Pada hari Sabtu, 13 Mei 2023, telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan Persaraan Ustazah Che Zaiton. Kira majlis dua dalam satu la ni. Memang pihak sengaja pilih tarikh berkenaan kerana pada hari tersebut adalah hari persekolahan bagi menggantikan cuti raya tempohari. Dalam entri kali ini Abam Kie ingin berkongsi gambar2 yang diambil pada hari kejadian. Teruskan membaca ye....

Mula-mula sekali Abam Kie nak kongsi foto di photo booth kat lobi sekolah. Pagi2 lagi abe kie gi posing di sana sebelum keadaan menjadi lebih sibuk. 

Kebetulan terserempak dengan Aiman, pelajar tingkatan lima yang Abe Kie ajar. Dia juga memakai baju yang hampir sama warna dengan Abe Kie. Lalu kami pun bergambar. Kaler je sama tapi jenama lain ye. Kami beli pun di kedai berbeza...

Selepas itu Abe Kie gi ke dewan PIBG iaitu lokasi jamuan Aidil Fitri ni. Tengok ada banner majlis hari raya dan pentas yg sudah siap berhias, maka Abe Kie tak melepaskan peluang untuk bergambar lagi.

Ada pulak kawah untuk kacau dodol tapi apinya x ada. Boleh la menyamar pura2 rajin kacau dodol.

Ni plak foto di sebelah kiri pentas bersama periuk belanga dan bekas tembaga seperti layaknya rumah orang ada-ada aje pada zaman dahulu kala...

Ni la gambar yang paling rare sekali! Mengayuh beca di dewan terbuka sekolah. Ini antara beca yang masih terjaga rapi di daerah Tanah Merah ni. Pihak KGKT sewa selama 24 jam pada kadar sewa RM100. Hiasan tu kami buat sendiri agar nampak lebih menarik. Teringat zaman kanak-kanak dulu bila abe kie naik beca untuk ke pekan. Kebetulan di dalam kampung Abe Kie ada seorang penarik beca bernama Pak Cik Muin. Besar jasa arwah mengangkut penduduk kampung untuk ke bandar Machang sejauh 6 km dengan bayaran yang amat berpatutan. Rasanya dia mengayuh sehingga 1990.

Ini pula gambar Abam Kie dengan dua orang guru yg sporting iaitu Cikgu Din yg pakai baju sama warna dengan abam kie. Cikgu Din ada buat biz pasang pelamin. Mahunya duitnya x berkepuk2! Sekali pasang dapat minima RM400! Manakala yg pakai baju hijau tu Cikgu Zafni, bekas SU Akhbar MB Selangor.

Ini pulak kami AJK lelaki KGKT bergambar dengan yang diraikan, Ustazah Che Zaiton binti Muhammad. Beliau pencen pada usia 55 tahun pada 1 Mei 2023. Cuma majlis persaraan je kami buat lewat sikit kerana faktor kesibukan berhari-raya dan cuti panjang.

 

Ini gambar yang paling Abam Kie suka sebab muka nampak flawless sesangat! Hebat tul kamera Cikgu Din! Sokmo nampak comel bila wefie dengan dia. Kebetulan baju raya kami sama pelak hari tu. 

Akhir kata, semoga kawan2 terhibur membaca entri Abam Kie kali ini. Terima kasih.

N.B. Hari ini, 19 Mei 2023 maka genaplah usia Abam Kie 50 tahun. Kalau sudi, kirimlah hadiah kepada birthday boy! Hehehe.... Thank you in advance.