Bila nak travel oversea, kos paling besar biasanya kos tiket flight.

Ini 7 tips cara book tiket flight dengan harga yang lebih murah.

1- Book hari Selasa & Rabu

Selasa dan Rabu ialah salah satu hari terbaik untuk korang beli tiket flight sebab majoriti syarikat penerbangan biasanya akan tetapkan sistem tempahan pada hari Selasa jam 7.00 malam.

Ini kerana syarikat penerbangan tahu kebanyakan penumpang akan hanya ada masa tempah tiket pada hari minggu.

Berdasarkan statistik, memang terbukti kebanyakan kita hanya akan belek-belek harga tiket pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad.

2- Tempah awal, tapi jangan terlalu awal

Berdasarkan pengalaman, korang kena tempah tiket sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal dari tarikh korang nak terbang.

Kebanyakan syarikat penerbangan sudah tetapkan dalam sistem untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh.

Jadi, di dalam sistem tersebut sudah ditetapkan kuota tertentu tiket-tiket penerbangan yang dijual pada harga yang sangat murah.

Contohnya, dalam sistem ditetapkan penerbangan dari KuaLa Lumpur ke London, hanya 20 penumpang terawal akan dapat menempah tiket pada harga terendah.

Sementara 200 penumpang seterusnya akan mendapat harga medium dan selebihnya lagi mungkin lebih mahal.

Pendek kata, sistem syarikat penerbangan memang akan tetapkan harga tiket berdasarkan margin yang syarikat itu mahukan semasa mereka nak terbang dari Kuala Lumpur ke London.

3- Pilih hari yang sesuai

Cuba korang tempah tiket untuk terbang pada hari Selasa atau Rabu.

Kebanyakan syarikat penerbangan memang akan tetapkan dua hari ini sebagai ‘hari kurang sibuk’ untuk sistem tempahan.

Lapangan terbang juga selalunya kurang sibuk pada kedua-dua hari ini, berbanding Jumaat dan Ahad yang mana sistem tempahan dan lapangan terbang akan menjadi sangat sibuk.

4- Best deal untuk international flight

Kebanyakan syarikat penerbangan akan tawarkan ‘Best Deal’ kira-kira 11 hingga 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa.

Jadi, korang kena rajin periksa harga tiket dalam tempoh ini.

5- Pilih untuk mendarat dekat airport yang kecik

Korang boleh cuba teknik ini, iaitu turun di lapangan terbang yang bukan ‘lapangan terbang utama’ bagi sesebuah destinasi itu.

Contohnya, kalau korang nak ke London, biasanya ramai akan terus pilih untuk mendarat di Heathrow.

Lepas ini, jangan turun di Heathrow, sebaliknya korang cuba turun di lapangan terbang ‘kecil’ lain yang dekat dengan Heathrow.

6- Buang cookies

Yang ini ramai yang tidak tahu. Sila buang cookies pada komputer riba, telefon pintar dan pc korang sekiranya korang dah melawat laman web penerbangan 30 hari sebelum itu.

Sebab melalui cookies ini, sistem tempahan syarikat penerbangan akan andaikan yang korang dah tengok laman web mereka berulang kali.

Jadi, sistem tempahan akan tetapkan harga yang sama sahaja walaupun anda sudah masuk laman web itu berulang kali.

Kadang-kadang, harga naik lagi ada! Jadi, korang amalkan tabiat padam cookies pada internet browser korang tu.

7- Compare harga

Jangan malas untuk google dan bandingkan harga tiket yang korang mahukan dekat laman-laman web yang lain. Jangan hanya tertumpu pada satu laman web sahaja.

Korang akan terkejut sebab kadang-kadang akan jumpa ada harga tiket yang lagi murah daripada syarikat penerbangan yang sama.

Berikut merupakan search engine yang aku kerap gunakan untuk travel:

1. Skyscanner
2. CheapFlight
3. Momondo
4. Kayak
5. Google Flight
6. Ita Software

Semoga dapat book tiket yang murah & selamat melancong.

Sumber: https://twitter.com/culturamy_

12 Comments

  1. cikgu nk terbang kemana pulak nih., hehe

    ReplyDelete
  2. good info.. MA dulu memang selalu la buka web check harga tiket flight ni.. now dah jarang

    ReplyDelete
  3. good sharing! no. 5 tu bergantung kpd syarikat penerbangan, maknanya kita kena pilih budget airlines, sbb syarikat penerbangan utama je yg selalu landing di airport utama..

    ReplyDelete
  4. lamanya tak naik flight..fulus tak berapa nak ada sekarang..haha

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas info yang diberi....

    ReplyDelete
  6. Saya pun tiap hunting tiket ke Luar negeri pasti cari cari Selasa atau Rabu .. terkadang memang dapat hrg lebih murah, tapi terkadang sama aja. Apalagi kalo destinasinya bukan destinasi fav. Agak susah dapat promo 😄

    Kalo cara itu masih belum berhasil, saya tunggu jadwal promo besar Traveloka, tiket(dot)com, free seat airasia, promo SQ, Emirates atau Etihad. Karena biasanya mereka selalu ada jadwal big diskount.

    ReplyDelete
  7. Kalau nak travel local, pilih flight paling awal. Pun boleh dapat harga paling murah juga, kadang-kadang.

    ReplyDelete
  8. satu informasi yang sangat menarik dan ia amat berguna kepada bakal travel yang ingin menjelajah dunia

    ReplyDelete
  9. Kena rajin semak San cari penerbangan murah.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.