Assalamualaikum. Apa khabar pembaca2 blog Abam Kie yang dihormati sekalian? Abam Kie harap semuanya sihat walafiat. Selamat menjalani ibadah puasa ye. Semoga segala ibadah yang kita lakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini akan diberikan ganjaran oleh Allah s.w.t. Aamiin. Baiklah. Pada 12 Ramadhan 1444 yang mulia ini, Abam Kie ingin mengumumkan pemenang bertuah yang bergelar sebagai pengomen tegar bulan Mac 2023. Beliau yang dimaksudkan ialah Cik Nor dari Machang, Kelantan! Orang kampung sebelah je ni... Hehehe.... Tahniah Cik Nor! Kawan2 boleh mengunjungi blog Cik Nor iaitu Cik Nor's Blog



Kepada Cik Nor, ada dua pilihan untuk menuntut hadiah tersebut. Sama ada mahu tunai RM5 atau topup pada nilai yang sama. Sila DM abam kie di 0129820100 pada kadar segera untuk menuntut hadiah ye. Tahniah sekali lagi dan rajin2 la mengomen lagi ye. Sekian. Terima kasih.