1. Kalau Imam bangun (terlebih rakaat), jangan ikut. Sapa ikut batal solat. Bilangan rakaat solat dah tetap tak boleh tambah dengan sengaja melainkan terlupa.

2. Kalau Imam lupa tahiyat awal dan terus berdiri, kena ikut. Jangan pandai2 suruh Imam duduk semula. Kalau imam duduk, batal solat dia, (Mazhab Syafie).

Nak cerita sikit pengalaman sebenar:.....

1. Ada solat kat satu masjid baru-baru ini, *Imam terlupa duduk tahiyat awal*. Beliau terus berdiri tegak. Kemudian punyalah ramai jemaah belakangnya tegur 'Subhanallah'... (sambil duduk tahiyat awal). Aku yang dah berdiri ni harap sangat janganlah Imam pergi duduk semula. Tiba-tiba Imam turun pergi duduk balik. Terpaksa Mufarraqah (berpisah dari imam).

2. Pernah berhenti solat kat satu surau waktu Zohor, dah rakaat ketiga. Tiba-tiba *Imam terbatal ketika duduk antara dua sujud* (kentut yang berbunyi). Semua jemaah bubar dan batalkan solat tersebut. Sepatutnya, orang belakang imam tu ambil alih jadi imam dengan kuatkan suara. Boleh langkah ke depan selangkah bila berdiri. 

3. Ketika Solat Asar kat masjid kampung sendiri tahun lepas. *Imam terus berdiri selepas rakaat ke 4*. Ramai yang ikut berdiri sedangkan mereka tahu itu dah masuk rakaat ke 5. Imam tu sah solat sebab dia terlupa. Tapi makmum yang ikut dengan tahu/sedar, semua batal solat. Takde solat Asar 5 rakaat. Kita ada 2 pilihan, Mufaraqah (berpisah dari imam dan terus bagi salam) atau tunggu Imam kat Tahiyat akhir dan bagi salam bersama-sama. 

Sebab tu dalam hadis ada sebut, *"orang yang belakang Imam tu kena yang paling baik ilmu agamanya"*. Supaya tahu nak buat apa untuk gantikan Imam bila diperlukan.

*Jom sama2 Ulangkaji solat....*

Barakallahu fiq...

ws

11 Comments

  1. keliru ada... lupa pun ada....

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang bagus. betul ramai yang masih tak tahu bab solat yang sah ni

    ReplyDelete
  3. betul kadang nampak imam buat mcm ni tp tak ikut. walaupun ilmu tak byk tp pelik kenapa dh lebih rakaat ni.

    ReplyDelete
  4. Pernah dengar pasal terlebih rakaat itu.

    ReplyDelete
  5. Benar abam... Dulu saya pun diajarkan oleh ustad , bahwa di saat sholat berjamaah ramai, orang di belakang iman seharusnya lah orang yang paham dan baik ilmu agamanya, sehingga bisa menggantikan iman jika diperlukan. Terkadang hal macam ini msh banyak dilupakan

    ReplyDelete
  6. Bagus perkongsian Abe Kie. Mekasih ye. Dulu saya pernah merasa sekali, masa solat isyak, sebelum terawih. Terpaksa pisah dari imam. Masa tu, keliru juga, nak ikut dia ke, nak solat sendiri. Yakin la pada diri, dan serah pada Dia.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.