Koleksi buku 'BICARA MATA HATI' ditulis oleh Allahyarham Tuan Haji Abd Ghani Haron. Pernah bekerja sebagai guru di Sekolah Menengah Sutan Mohd Jiwa dan SMK St Theresa, Kedah. Kemudian beliau menjadi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SMK Tikam Batu, Penolong Kanan di SMK AmanJaya. Pernah menjawat Pengetua di SMK Bukit Selambau dan SMK Sg Pasir. Kerja terakhir sebelum bersara pada 2011 adalah Pegawai  Pelajaran Daerah Kuala Muda, Yan, Kedah. Allahyarham telah meninggal dunia pada tahun 2019.

Sebahagian besar isi buku ini adalah himpunan tulisan Tuan Abd Ghani Haron di Facebook. Tulisan dalam bidang agama dan motivasi diri dari pengalaman kerja dan hidup beliau.

Setiap isu atau peristiwa semasa ditafsir dan dipadan dengan agama. Contoh yang baik dikemuka untuk dicontohi secara terus bukan diulas berjela-jela sampai pembaca tidak tahu mahu ikut yang mana satu.

Selain itu banyak isi yang ditulis untuk mencetuskan pemikiran, menyingkap pemikiran baru supaya pembaca dapat berfikir dari sudut yang berbeza dari biasa.

Setiap tulisan yang dihimpunkan dalam buku ini ditulis sebagai dakwah supaya pembaca berminat mendalami ilu agama, membaiki gaya hidup dan menyingkap pemikiran baru.

Abe Kie melawat FB Allahyarham yang kini diuruskan oleh anak2nya. Abam Kie menghubungi salah seorang anak Allahyarham yang bernama Husna. Melalui dialah Abam Kie memesan buku ini. Ada 6 buah buku yang dijual pada harga RM100 tidak termasuk kos pos. Jika kawan2 berminat untuk membeli buku2 ini, boleh saja lawati FB Allahyarham di https://www.facebook.com/ali.abu.9 

Mari kita membeli sambil menderma kepada anak2 Allahyarham yang masih melakukan kerja kebajikan bapa mereka semasa hayatnya. 

6 Comments

  1. moga peninggalan arwah terus berkembang dan memberi manfaat

    ReplyDelete
  2. Semoga pahala arwah berterusan.
    Alhamdulillah anak-anaknya teruskan kerja kebajikan.

    ReplyDelete
  3. Semoga rezeki pahala arwah mengalir di setiap bait2 kata dalam bukunya

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah buku terbaik dibaca

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Menarik.. Harganya pun berbaloi..

    ReplyDelete
  6. rajin a.kie membaca..cik nor dah jual buku2 yang ada..mls nak membaca..baca online jer sekarang..:)

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.