Pada 28 hingga 30 September lalu, sekolah Abe Kie telah menganjurkan Kem Kecemerlangan SPM di Permai Beach Resort, Bachok untuk 114 orang calon SPM 2022. Kem ini melibatkan 5 kelas sahaja kerana 3 kelas terdahulu telah melaluinya pada bulan Julai. Tak boleh buat serentak sebab masalah logistik. Semua calon SPM ada 171 orang jadi kalau buat serentak maka tak cukup tempat. 

Jadi pada petang Rabu, 28 Sept tu Abe Kie bertolak dari rumah di Tanah Merah pada jam 6 pm. Drive sorang2 je. Sebelum masuk waktu Maghrib, Abe Kie singgah di sebuah restoran di Tok Bali untuk membeli nasi goreng pattaya. Sesampai di resort tu pelajar2 baru je selesai solat Maghrib. Abe Kie menunaikan solat Maghrib sebelum kami semua guru dan pelajar menikmati makan malam di dewan makan resort berkenaan. Selesai makan kami menunaikan solat Isyak berjemaah. 

Slot pada malam Khamis itu ialah Bahasa Inggeris yang disampaikan oleh Sir Asai. Dia adalah guru yang popular di IG dan Tiktok kerana selalu memuatnaik video belajar Bahasa Inggeris secara ceria dan mudah menarik. Ramai pelajar sukakan videonya kerana mereka lebih cepat faham jika pengajaran dilakukan secara demikian. Buktinya pelajar2 Abam Kie asyik nak wefie dengannya selepas sesi ceramah BI pada malam tersebut. Kawan2 boleh je cari profil dia di IG dan Tiktok dengan menaip @sir_asai. Pasti jumpa!

Dalam gambar di atas ialah Miss Ba Siew Inn, Cikgu Syarifuddin, Sir Asai dan Sir Kie. Sebelum murid2 wefie, baik kami yang buat dulu!  

Sesi BI selesai pada jam 11 mlm. Kami menikmati jamuan ringan atau supper. Malam tu Abam Kie tidur kat chalet di sana la sebab tak berapa nampak nak memandu malam2. Tidur pun tak lena mana sebab berubah tempat tidur. Huhuhu... Sabar je la. 

Pada pagi esoknya Abe Kie berjalan2 di tepian pantai sambil snap gambar sebagai kenangan. Sarapan pula pada jam 8 pagi, lewat sikit. Selepas menikmati sarapan, Abe Kie memandu pulang ke rumah. Sampai di rumah jam 10 am. Cuba la tidur kejap tapi tak berapa lena. Pukul 11.15 am tu kena pergi ke sekolah sebab ada hal yang perlu dibereskan. Pukul 2 pm barulah pulang ke rumah untuk ganti tidur yang tak cukup. Huhuhu....

Demikianlah pengalaman Abe Kie menghadiri Kem Kecemerlangan SPM untuk tahun 2022. Kali terakhir buat pada 2019 sebelum Covid 19. Sekian. Terima kasih.