1. Ramai yang 'terbakar' semalam akibat membeli kereta baru. Marahnya luar biasa.

2. Dengan rasa rendah hati izinkan saya ulangkaji bagaimana nak beli kereta baru berdasarkan gaji dan kemampuan kita.

3. Kereta kita adalah bersamaan setahun gaji kita.

4. Jika gaji RM3,000 x 12 = RM36,000. ini bersamaan harga Saga FLX , Axia atau MyVI sahaja.

5. Jika gaji RM9,583 x 12 = RM RM115,000. Ini bersamaan dengan Honda Civic baru, baru boleh beli.

6. Guna juga fomula ini dalam menentukan kereta layak beli;

20:5:15

20% Deposit Awal Kereta
5 Tahun Tempoh Pembiayaan
15% Dari gaji untuk bayaran kereta. Pastikan di bawah 15%.

7. Jika gaji tak cukup nak beli kereta juga sebab keperluan keluarga atau kerja, saya cadangkan beli kereta terpakai saja. Ia bukan dosa 😂

8. "Tapi salesman kata gaji saya lepas, layak pakai kereta Honda baru nie?"

Adik yang mulia, dalam dunia ini ada dua jenis manusia. Pertama JURUJUAL, Kedua PENASIHAT.

Pilih nak dengar cakap siapa, masa depan kita bukan di tangan mereka.

9. Jika kita mampu beli kereta Honda City BARU, kita mampu beli rumah sebenarnya. Kita salah 'kira' kita marahkan Yahudi punya angkara.

10. Jika bayaran kereta baru RM1200 sebulan, kita dah boleh beli sebuah rumah pangsa di Seksyen 7 Shah Alam bawah RM200k sebulan.

11. Sahabat berniaga saya beli kereta 'mahal' untuk atasi kadar cukai yang mereka kena. Mereka bijak bergaya.

12. "Tapi saya dah 'Terbeli Kereta Baharu', dan loan rumah dah tak lepas nak buat camner"

Anggalah itu yuran 'kebodohan' kita suatu masa dulu, semua orang pernah silap yang penting bertaubat.

13. Rumah lebih utama dari kereta itu nasihat saya. Jika nak beli Honda baharu dan teruskan menyewa, silakan saja. Saya tumbang 'bahagia'.

14. Baca tulisan dan pengalaman Dr Mohd Fadhil Mohd Fauzi dan Harith Faisal tentang kereta dan hartanah juga. Baik tulisannya.

15. Saya pernah ajarkan beli rumah dapat kereta percuma, boleh baca kembali tulisan saya. Ianya percuma.

16. Raya dah dekat, jangan lupa tempah awal sebelum terlambat nanti kecewa tak dapat.😉

Sumber: Azizul Azli Ahmad
Pemandu Perodua Sahaja