Abam Kie sudah melanggan perkhidmatan TM sejak 2003 lagi. Masa tu masih guna dial-up. Kalau nak sambung Internet akan keluarlah bunyi dial yang 'annoying' tu. Masih ingat lagikah? 

Dalam tahun 2010 rasanya Streamyx baru ada di Tanah Merah ni. Harga masa tu memang mahal tapi line slow je. Tapi ini je pilihan yang ada di bandar kecil ni maka hadap la juga. 

Pada zaman cyber ni banyak kawasan di Semenanjung telah diliputi jalur lebar atau fibre optic. Bila tengok kawan2 di negeri2 lain tentang jalur lebar ni aku cuma mampu telan air liur je. Kakak aku di Dungun sudah 5 tahun guna Unifi tapi rumah aku cuma baru pasang semalam (7 Okt 2021). Memang ketinggalan betul Kelantan ni dalam arus teknologi berbanding negeri2 lain. Tapi dalam carta Covid 19, Kelantan sentiasa berada di atas podium gitu! X reti2 nak turun. Geram tul dengan tabiat org2 Kelate yg gagal mematuhi SOP ni. 

OK. Berbalik tentang cerita UNIFI ni, sejak bulan September gigih benar aku tengok kontraktor yg dilantik TM memasang kabel optik di tiang2 telefon di sekitar perumahan aku. Tanah Merah di terbahagi dua iaitu hulu dan hilir. Kawasan hulu yang diduduki oleh rakan blogger Sis Hawa sudah dipasang Unifi sejak awal tahun ini. Jealous gak aku... Huhuhu... Tapi kawasan aku tinggal di sebelah hilir ini cuma masuk bulan 10 baru dapat. Sepatutnya sama2 upgrade la. Huh!

Itu pun banyak proses harus dilalui sehingga aku dapat confirmation email and SMS from TM. Bila dah dapat pengesahan tersebut maka sah la pemasang Unifi akan datang ke rumah. Alhamdulillah, pemasangan berjalan lancar dan dua orang technician itu nampak cekap dalam menyelesaikan tugasan mereka. Abam Kie bagi 5 ha! 

Jadi sekarang Abam Kie ingin menikmati internet yg laju sedikit daripada biasa. Ni pun ambik pakej RM69/bln dengan speed 30Mbps je. Selepas setahun yuran naik kepada asal iaitu RM89. Kalau perlu aku upgrade kpd 100Mbps. Akaun Unifi ni ada kontrak 2 thn. Tengoklah camner. Kalau TM bagi servis baik aku teruskan utk tahun ketiga. Jika tidak, aku berpindah ke telco lain. Kita ada pilihan kan? 

OK. Itu aje celoteh Abam Kie pada pagi Jumaat ini. Terima kasih kerana sudi membaca sehingga tamat.