Perkhidmatan langganan televisyen berbayar, ASTRO atau nama penuhnya All-Asian Satellite Televison and Radio Operator sering dikecam kerana gemar menayangkan program atau siaran yang sama secara berulang-ulang secara kerap.

Selain itu, kewujudan perkhidmatan seumpamanya dari UnifiTV, Netflix, Disney+ dan banyak lagi telah memberikan saingan yang sihat kepada Astro yang telah lama mendominasi perkhidmatan siaran televisyen berbayar di negara ini.

Sekiranya anda hendak menamatkan langganan ASTRO, anda perlu melakukannya dengan cara yang betul kerana segelintir pelanggan mendakwa masih menerima bil walaupun telah berhenti melanggan.

Terdapat beberapa cara untuk berhenti melanggan, terminat atau menutup akaun ASTRO anda dan kali ini kami akan kongsikan caranya.

Cara Menamatkan ASTRO Melalui Panggilan ke Customer Service Center

Cara paling pantas dan mudah adalah membuat sendiri panggilan ke Customer Service Center dan bercakap dengan operator yang bertugas.

Dail nombor 03-95433838

Setelah berjaya bercakap dengan operator, sila lakukan langkah-langkah berikut:

Semak baki kontrak akaun ASTRO anda

Semak baki bayaran bil ASTRO anda

Dapatkan tarikh bil ASTRO yang berikutnya

Semak status kontrak sama ada masih dalam kontrak atau tidak

Jelaskan baki bil anda (jika ada)

Maklumkan kepada pihak operator hasrat anda untuk mnghentikan langganan

Setelah selesai, tunggu sehingga 24 jam sebelum akaun ASTRO anda ditamatkan

Sekiranya selepas 24 jam akaun anda belum ditamatkan, sila hubungi semula pihak ASTRO untuk semakan semula status penamatan langganan

Cara Menamatkan Servis ASTRO Melalui Emel

Untuk menamatkan langganan ASTRO, anda juga boleh melakukannya melalui emel, ianya tidak perlu dalam bahasa Inggeris tetapi perlulah ditulis dengan professional.

Pastikan anda memasukkan butiran-butiran penting berikut dalam emel yang dihantar ke pihak ASTRO:

Alamat emel: wecare@astro.com.my

Subjek emel: Penamatan Perkhidmatan ASTRO

Nyatakan tujuan emel tersebut dihantar:

“Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. Saya ingin memaklumkan akaun ASTRO di bawah berhasrat untuk menamatkan perkhidmatan langganan ASTRO”

Sertakan butiran akaun ASTRO

Nama pemilik akaun

Nombor kad pengenalan

Nombor akaun ASTRO

Alamat

No telefon

Akhiri emel tersebut dengan menyatakan agar pihak ASTRO dapat melakukan proses penamatan kontrak ini dengan segera.

Adakah kita wajar menutup akaun ASTRO?

Segalanya terpulang kepada anda kerana pada masa kini kita mempunyai lebih banyak pilihan berbanding dengan 10 tahun lalu dimana perkhidmatan seperti Netflix, DisneyPlus dan seumpamanya belum wujud atau masuk ke Malaysia.

Apa-apa pun segalanya bergantung kepada keperluan dan status kewangan masing-masing kerana anda juga yang akan membayar bil setiap bulan.

Pertanyaan dan persoalan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, kemusykilan atau persoalan mengenai cara terminate ASTRO, sila layari halaman FAQ ASTRO dimana anda boleh menghubungi mereka melalui Chat di WhatsApp atau mengisi borang pertanyaan secara online.



13 Comments

  1. bosan rancangan kat astro sekarang. kalau mak xtengok tv tu memang dah lama terminate astro ni..haha

    ReplyDelete
  2. Bagus kongsi cara kalau ada orang tercari-cari cara yang betul.

    ReplyDelete
  3. dah jarang tengok channel astro..

    ReplyDelete
  4. Sesekali tengok rancangan astro,,semua di hujung jari..rasanya sesuai di terminatedkan..

    ReplyDelete
  5. kami dah lama tutup astro, dah tak larat nak layan cerita yang samaaaaaaa setiap hari

    ReplyDelete
  6. saya pun dah matikan astro di rumah mak abah... pasangkan njoi sahaja. sebab mak tengok tv3, tv9 dan alhijrah sahaja

    ReplyDelete
  7. still ada astro, sbb 1 je smart tv, 1 lagi tv biasa so...masih ada astro.

    ReplyDelete
  8. saya juga pengguna astro tegar suatu masa dahulu. sayang sangat nak terminate dan sanggup bayar tiap2 bulan. kini dah setahun rasanya terminate astro. saya dulu call customer service sahaja. nak dapat panggilan dijawab tu lama jugak lah, tp proses terminasi tu sekejap jer tanpa masalah.

    ReplyDelete
  9. Pasang njoi saja.. astro ni banyak siaran ulangan

    ReplyDelete
  10. Ammi pun baru je terminate ASTRO selepas hampir 19 tahun guna. Pernah sekali ada org astro call nak mintak kita ambil recorder..ammi cakap dekat dia..

    Awak dok ulang cerita seminggu 8 kali...pastuu awak nak saya record apa lagi?

    ReplyDelete
  11. rumah aida lama xde astro. more to utube, movies online, netflix.
    bulan mei ari tu, delete akaun astro rumah arwah mak mertua. memang kami pasang & byr kan. so bila rumah da kosong selepas arwah takde, kami disconnect la kan.
    hmmmmm tak boleh batal within 24 hours da skang. kena tunggu cycle bill yg akan dtg. meaning, we still have to pay 1 month. gitu la, abe Ki. memang gitu la terma diorang, jahat! meskipun kita call masa tu takde hutang and the next bill belum tiba, still kena tunggu. nonsence sgt kan!

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.