Berita yang kita dah lama nantikan. Ciri GO+ dalam aplikasi TnG eWallet kini dah patuh shariah.

Pada Mac 2021 yang lalu, Touch n Go telah membuat satu kejutan apabila mereka menyediakan perkhidmatan GO+ pada aplikasi TnG eWallet. Mereka adalah penyedia eWallet pertama yang menawarkan perkhidmatan seumpama ini.

Malangnya, pada ketika perkhidmatan GO+ ini tak patuh shariah. Ini kerana duit di dalam GO+ pada ketika itu dilabur ke dalam dana pasaran wang Principal e-Cash Fund yang mana ianya tak patuh shariah.

Namun pada 16 Ogos 2021, Principal telah mengubah dan mengemaskini prospektus dana Principal e-Cash Fund ini. Objektif pelaburan telah ditukar kepada instrumen pasaran wang islam yang patuh shariah di mana penasihat syariah mereka adalah Amanie Advisor.

Untuk makluman, Fungsi Go+ ni membolehkan anda memindahkan sebahagian baki dalam akaun TNG eWallet (minima RM 10) untuk dilaburkan ke dalam dana amanah saham atau sebahagian orang sebut sebagai unit amanah yang melabur ke dalam pasaran wang (money market).

Pulangan pelaburan ke dalam pasaran wang ni hampir sama dengan simpanan tetap. Apa yang membezakan ialah simpanan tetap mempunyai lock-in period iaitu satu tempoh tak boleh keluarkan duit tetapi pasaran wang sangat cair yang boleh dikeluarkan bila-bila masa dan kadar keuntungan adalah berdasarkan kadar keuntungan harian.

Menarik kan ciri GO+ ni?

Ada tiga langkah untuk mengaktifkan ciri GO+ ini iaitu:

1. Selesaikan pengesahan akaun – anda perlu menyerahkan ID dan maklumat peribadi anda melalui Touch ‘n Go eWallet
2. Kemas kini maklumat peribadi anda di Touch ‘n Go eWallet
3. Terima pengesahan bahawa pendaftaran anda berjaya, dan anda sudah boleh memindahkan kredit anda ke GO+.

Mudah kan?



Abe Kie ada letak RM100 di dalam Touch n Go Go+ ni. Dengan keuntungan 1.50% memang la sedikit dapat tapi kenaikan tu dimasukkan ke dalam akaun kita setiap hari. Orang kata, 'sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.' RM0.0040 sehari tu... X apalah, ini lebih tinggi drp simpan di dalam akaun simpanan. 

Jadi kepada kawan2 yg nak join pelaburan ini silalah install apps Touch n Go e-wallet tu... Selamat mencuba!