BUKAN SAJA PADAH TAK TEPATI MASA, INI JUGA PADAH BUDAYA DOUBLE STANDARD

Jelas sekarang, Ziyad Zulkefli bukanlah mangsa protes kotor dari Ukraine, tetapi kesilapan besar pegawai kontinjen Malaysia yang bertanggungjawab menguruskan kepatuhan protokol athlet istimewa itu di Paralimpik Tokyo.

Bukan saja mereka melakukan kesilapan dengan tidak memastikan Ziyad sampai ke call room dan mendaftarkan diri untuk pertandingan mengikut masa yang ditetapkan, tapi Malaysia juga dihidangkan dengan cerita putar alam kononnya kita kehilangan emas akibat protes dari negara di mana terkuburnya pesawat MH17 itu.

Cerita protes Ukraine ini turut dimainkan oleh Menteri Belia dan Sukan sendiri, maka netizen pembawang negara pun pantas bertindak meranapkan kesejahteraan hidup Ukraine di alam cyber.

Cerita sebenar pantas terbongkar juga. Tiada langsung protes dari Ukraine, tetapi rupanya Ziyad bersama 2 athlet lain telahpun diklasifikasikan sebagai non-starter apabila gagal mendaftarkan diri di call room. Beliau hanya dibenarkan memasuki gelanggang sementara protes dari Malaysia dipertimbangkan oleh juri.

Tak perlulah saya ulas panjang tentang kejadian itu, kerana ia satu peraturan yang memang biasa. Malah kekhilafan warga Malaysia dari aspek itu juga adalah satu kebiasaan. Biasalah. Malaysia.

Saya teringat betapa munafiknya pentadbiran sukan di Malaysia dalam aspek menepati masa ini. Dan ini mungkin satu petunjuk dari Yang Maha Esa untuk kita sedar. Akhirnya.

Saya berikan contoh dalam perlumbaan berbasikal kategori nasional dahulu.

Banyak kali berlaku kejadian di mana pelumba didiskualifikasi atau tidak diklasifikasikan dalam result akibat gagal sign-in sebelum permulaan perlumbaan.

Ada juga berlaku insiden di mana perlumbaan dilepaskan tepat pada waktu atau ikut budaya Malaysia "give or take 15 minutes", dan ada pasukan yang tertinggal akibat lambat sampai ke garis permulaan.

Ini semua perkara biasa berlaku dalam sukan tempatan kita.

Namun, munafiknya juga ada.

Banyak juga berlaku insiden di mana perlumbaan tertangguh, kadangkala hingga berjam, kerana menunggu Menteri, Meneri Besar atau VIP yang dijemput hadir untuk flag-off perlumbaan.

Tidak pula VIP itu diperludahkan saja supaya race jalan tepat pada waktunya. Apakah dalam sukan ini VIP lebih penting dari athlet? Memang tidak penting, tapi jelas diberi keutamaan dan double standard yang condong melebihkan mereka.

Inilah budaya amalan kita yang bukan saja memudaratkan bila tidak pernah dibendung, malah membawa bala besar dengan kehilangan satu pingat emas yang sepatutnya jelas milik kita. Itulah petunjukNya.

Maka kita tidak perlu berdalih, mengkambinghitamkan negara lain yang tidak bersalah.Malah sempat juga memfitnah Ukraine memprotes sedangkan mereka tidak melakukan perkara itu. Ukraine cuma mendapat menfaat dari disiplin dan amalan budaya profesionalisme yang lebih tinggi dari kita. Dan menfaat itu adalah pingat emas ke-15 mereka di Paralimpik Tokyo. Mustahil mereka begitu dahagakan pingat emas sehingga mahu mengautnya ikut pintu belakang.

Kita yang harus sedar bahawa kita telah mendapat satu pengajaran yang amat perit akibat pembudayaan amalan yang salah dalam kehidupan kita sendiri.

Sekian.

20 Comments

  1. Haha. Standard Malaysia 'on the way', padahal masih atas katil

    ReplyDelete
  2. oo..itu cerita sebenarnya..semoga kita semua mengambil pengajaran..

    tepat sekali..masa itu emas..

    ReplyDelete
  3. malaysia khasnya, kita umumnya, , memang sering fail bab2 masa. penuh dengan janji2 YB

    ReplyDelete
  4. Itulah kena tahu cerita sebenar.
    Pengajaran untuk mereka yang melakukan khilaf. Harap muhasabah diri.

    ReplyDelete
  5. perangai rakyat malaysia yang sukar untuk dibuang, tidak menepati masa, tak kira lah siapa..

    ReplyDelete
  6. Apa yang berlaku sangat perlu dijadiakn pengajaran.

    ReplyDelete
  7. Pengajaran buat kita untuk lebih menghargai masa

    ReplyDelete
  8. Sayang sekali..jauh tu Tokyo..apakan daya bukan rezeki

    ReplyDelete
  9. Itulah pasal.. Netizen Malaysia yang pergi serang pemain Ukraine tu buat apa.. Saya lihat di sini, pegawai pengiring atlit Malaysia ini yang perlu bertanggungjawab..

    ReplyDelete
  10. Ada ramai org pakai jam mahal2 tapi masih tak tepati masa..

    ReplyDelete
  11. Demi masa sesungguhnya hamba dlm kerugian sekiranya xmenepatinya kan

    ReplyDelete
  12. sedih..kesilapan mcm ni terus hancurkan harapan.

    ReplyDelete
  13. Sekali lagi ziarah paparan ini..betul masa itu amat bernilai..bila melepas kesalan tak berhujung..mean selamanya menyesal..so ubah dari jadi bijak ..hargai masa..bersyukur adanya peluang dan peluang

    ReplyDelete
  14. alahai sayangnya atas kecuaian juga ni.. patut perkara macm ni perlu diambil berat

    ReplyDelete
  15. Begitu cerita sebenarnya tq Abam kie bagitahu ya

    ReplyDelete
  16. sedih tetapi itulah yang telah terjadi. Tidak wujud istilah OTW di sana

    ReplyDelete
  17. Yeee..salah di pihak kitaaa..Dia umpama, dah tahu jalan jem, tapi tetap gerak lambat dari rumah...Sepatutnya dorang kena plan awal macam pasukan negara lain, kena sampai 10 minit awal keee....Kan~ Tapi kenapa tak terus batal je masa nak start pertandingan..itu yang netizen persoalkan jugak.....Dah tunggu orang tu berusaha, barulah cakap camtu.hm

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.