Ada orang simpan emas dan kahwin free! Ye betul, saya tak tipu. Cerita dia begini...

Ada seorang kawan saya. Dia ni perempuan. Dia kumpul emas sikit-sikit. Saya tanya la dia, “kenapa kumpul emas?” 

Dia cakap, “nanti saya nak guna emas ni untuk kahwin free”.

Masa dia nak kahwin, dia cakap dengan tunangnya. “Nanti kahwin, saya taknak duit hantaran tau. Saya nak emas hantaran 50 gram”.

Tunangnya pelik, “kenapa nak hantaran emas. Bukan ke biasa orang bagi duit ke?”

Dia jawab, “kalau bagi duit nanti cepat habis. Tapi kalau bagi emas, tahan lama tak habis”.

Tunangnya tanya dia, “mana saya nak beli emas 50 gram tu?”

Kawan saya cakap, “beli la dengan saya”.

Sebab dia kan dah kumpul 50 gram tu sikit-sikit kan.

So, si tunang kawan saya ni pun beli la emas 50 gram tu dari kawan saya.

Masa tu saya ingat harga sekitar 7 ke 8 ribu kot.

Sekarang harga 50 gram pun dah sekitar 14 ribu.

Bila dah dapat duit jual emas tu kat tunang dia, kawan saya ni pun gunakan duit tu untuk persiapan kahwin.

Tempah baju pengantin. Sewa pelamin. Beli sikit sebanyak barang-barang hantaran.

Pendek kata duit jualan 50 gram emas tu sangat-sangat membantu.

Kawan saya tu tak keluar duit langsung untuk kahwin.

Sampai hari kejadian, datanglah bakal suaminya untuk majlis akad nikah.

Dalam banyak-banyak dulang hantaran, ada 1 dulang tu emas 50 gram.

Untuk siapa emas hantaran tu?

Ahaaaa... belanja kahwin guna duit jual emas 50 gram.

Hari akad nikah dapat balik emas 50 gram tu.

Sebab tu saya suka suggest orang perempuan kalau nak kahwin percuma, simpan la at least 50 gram emas dalam bentuk gold bar 999.

Jangan barang kemas. Gold bar atau dinar saja.

Mak-mak yang ada anak perempuan pun sama. Simpan emas untuk anak kahwin percuma.

Lagi berat emas tu, macam 70 gram ke, 100 gram ke, lagi bagus.

Kredit : KAB

Menarik tak tips begini?

19 Comments

  1. idea yg sgt bagus....guna akaun anak ni

    ReplyDelete
  2. umur2 ni kan, saya semakin tertarik dengan emas

    ReplyDelete
  3. Rupanya..boleh buat gitu nt haha

    ReplyDelete
  4. Sekarang dah ramai yang buat macam ni. Sebab kawan PC pun ada yang buat macam ni. Tapi bukan untuk kahwin sebaliknya untuk masa depan anak-anaknya katanya.

    ReplyDelete
  5. Menarik idea ni Abam Kie. Fiza ada 3 anak perempuan. Bolehla buat Dari sekarang. ☺️ Sebab Fiza pun suka bab² yang melibatkan Emas ni.

    ReplyDelete
  6. Untunglah lelaki tu ada duit nak beli emas 50 gm tu (dan sanggup nak bagi emas 50 gm). Susah nak cari lelaki macam ni zaman skrg tau

    ReplyDelete
  7. bijak..bijak.. saya pon kene buat macam tu lah.. sempat lagi kalau nak kumpul emas

    ReplyDelete
  8. kena kuat semangat klu nak beli emas utk simpanan ni. klu charm myra suka beli haha

    The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  9. merancang awal utk hari kemudian mmg terbaik

    ReplyDelete
  10. Kira pelaburan yang pasti menguntungkan

    ReplyDelete
  11. Seronok buat simpanan emas ni sebenarnya. Bila sesak boleh membantu kita.. hihi

    ReplyDelete
  12. mama dari dulu tak minat emas2 ni.. mama suka cash haha

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.