Assalamualaikum. Amalan berpuasa sunat sangatlah digalakkan dalam agama Islam. Selain daripada dijanjikan pahala oleh Allah s.w.t, amalan berpuasa sunat ini dapat menyihatkan tubuh kita terutama sekali kepada mereka yang mempunyai berat badan berlebihan. Pahala dapat, tubuh pun kekal sihat! 

Puasa sunat ini boleh dibahagikan kepada amalan puasa sunat sepanjang tahun dan puasa sunat pada hari-hari tertentu. Jom kita buat ulangkaji puasa sunat ini? Selamat membaca dan beramal, wahai kawan-kawan. Sharing is caring. Am I correct?

A. PUASA SUNAT SEPANJANG TAHUN

1. PUASA ISNIN DAN KHAMIS

Dalam riwayat Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: "Diangkat amalan seseorang pada Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa (Hadis riwayat Tarmizi).
 

2. PUASA TIGA HARI SETIAP BULAN (PUASA HARI PUTIH/AYYAMUL BIDH)

Afdal sunat berpuasa pada hari putih iaitu 13, 14 dan 15 setiap bulan Hijrah. Pada tiga tarikh ini, bulan sedang mengambang penuh. Jadi cahaya bulan menerangi. Sebab itu dinamakan 'Hari Putih'. 

Sabda Nabi s.a.w, maksudnya: "Apabila kamu berpuasa tiga hari dalam sebuian, maka puasalah pada hari ketiga belas, empat belas dan lima belas" (Riwayat Tirmizi) 

3. PUASA HARI INI, ESOK TAK PUASA (PUASA NABI DAUD)

Selang seli puasa sehari, tak puasa sehari. Ini juga termasuk puasa sunat yang afdal. Sabda Nabi SAW: Maksudnya "Seafdal-afdal ialah fesyen puasa Nabi Daud. Adalah Nabi Daud berpuasa sehari dan berbuka puasa sehari" (Riwayat Bukhari) 

B. PUASA SUNAT PADA HARI/BULAN KHUSUS

4. HARI AWAL ZULHIJJAH (1-9 ZULHIJJAH)

Diriwayatkan dari lbn Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda: "Tiada amal soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijah)." (Hadith Riwayat al-Bukhari).

5. PUASA PADA HARI ARAFAH (9ZULHIJJAH) 

Bagi orang yang tidak mengerjakan haji. Hari Arafah ini ialah Sembilan Zulhijah. Puasa pada hari tersebut besar fadilatnya. Rugi jikalau puasa hari Arafah ditinggalkan. 

Sabda Nabi SAW, maksudnya: "Puasa hari Arafah, aku mengharapkan pahala kepada Allah bahawa ia menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya." (Riwayat Muslim)

6. PUASA 'ASYURA

Puasa 'Asyura ini dilakukan pada hari kesepuluh dari bulan Muharram dan lebih baik ditambah 9 Muharram, atau 11 Muharram bagi membezakan dengan Yahudi' Maksud Hadith Riwayat Ahmad). 'Asyura berasal perkataan Arab iaitu Asyarah yang bermakna sepuluh.

7. PUASA PADA BULAN 'HARAM' IAITU MUHARRAM, REJAB, ZULKAEDAH & ZULHIJJAH 

Tidaklah puasa empat bulan penuh tetapi maksudnya memperbanyakkan puasa pada bulan-bulan ini. Sabda Nabi SAW maksudnya:.. dan seafdal-afdal puasa selepas Ramadan ialah bulan Allah iaitu bulan Muharram" (Riwayat Muslim).

8. PUASA BULAN SYAABAN 

Ini juga besar fadilatnya. Nabi SAW memang selalu berpuasa bulan Syaaban sebagaimana yang diceritakan oleh isterinya Aishah r.ha. (Riwayat Bukhari)

9. PUASA ENAM DI BULAN SYAWAL

Puasa enam ialah puasa sunat yang dikerjakan sebanyak enam hari di bulan Syawal. lanya sunat dan lebih afdhal dikerjakan secara berturut-turut di awal bulan Syawal iaitu bermula dari 2 haribulan Syawal, dan boleh juga dikerjakan secara berselang-seli ataupun dikerjakan bukan pada awal bulan Syawal.

SEMOGA IANYA BERMANFAAT. TERIMA KASIH.



13 Comments

  1. Terima kasih. Perkongsian yang baik.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian. banyak juga hari-hari yang kita disunatkan untuk berpuasa rupanya.

    ReplyDelete
  3. Berpuasa sunat sebagai salah satu cara berdiet

    ReplyDelete
  4. Baru lepas puasa sunat hari tarwiyah.
    Tq info puasa sunat.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih bang atas perkongsiannya.. Banyak rupanya puasa-puasa sunat yang masih saya tidak tahu,

    ReplyDelete
  6. ALHAMDULILLAH PERKONGSIAN ILMU TKSH CIKGU

    ReplyDelete
  7. thankx for sharing..masih dlm cuma amalkan puasa isnin khamis. kdg2 tu terlepas jgk

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas perkongsian ni abe

    ReplyDelete
  9. mari kita sama-sama amalkan. cuma puasa hari putih tu mama selalu terlupa hihi

    ReplyDelete
  10. waalaikumussalam. terima kasih share abam kie ^_^

    ReplyDelete
  11. Moga kuat untuk laksanakan puasa puasa sunat yang dianjurkan. Kumpul pahala selagi bernyawa. Kan

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.