Kita hok gagal. Bkn kerajaan.

Bacalah dengan tenang.

1. PKP Semula
– Marah kata kerajaan zalim.

2. Laksana PKPB
– Marah kata ia tak cukup berkesan.

3. Perketatkan SOP
– Marah sebab rasa terkongkong.

4. Longgarkan SOP
– Marah sebab kes masih tinggi.

5. Tak boleh rentas negeri dan daerah.
– Marah.

6. Bagi rentas negeri dan daerah
– Marah.

7. Buka Sesi Persekolahan
– Marah bahaya.

8. Tutup Sesi Persekolah
– Marah susah belajar. Anak tiada siapa nak jaga.

9. Tutup kilang dan pembinaan
– Marah sekat rezeki pekerja.

10. Buka kilang dan pembinaan
– Maki hamun punca kluster.

11. Dikuarantin 14 hari
– Marah sebab lama sangat susah nak cari makan.

12. Dikuarantin 10 hari
– Tak cukup masa boleh sebar kes.

13. Kuarantin di Hotel
– Marah sebab mahal kena bayar.

14. Kuarantin di Hostel Kerajaan
– Marah sebab tak selesa/rasa dianaktiri oleh kerajaan sendiri.

15. Bagi keluarkan KWSP akaun 2
– Marah itu duit sendiri kenapa kerajaan tak bagi bantuan.

16. Tak bagi keluarkan KWSP akaun 1.
– Marah lagi sebab itu duit sendiri kenapa nak sekat.

17. Bagi BPN 2021
– Marah sebab hanya bersasar
untuk B40/M40.

18. Tak bagi BPN 2021
– Mengamuk sebab rakyat terjejas.

19. Cucuk Vaksin
– Marah kata itu agenda Yahudi.

20. Vaksin lambat sampai
– Maki kerajaan lembab bagai.

21. Menteri Cucuk Vaksin Dulu
– Marah. Kenapa Ambik Slot Vaksin Kami? Kenapa Tak Bagi Frontliners Dulu?

22. Menteri Tak Cucuk Vaksin Dulu
– Kenapa Menteri Takut Vaksin? Jangan jadikan kami tikus makmal.

23. Polis Buat SJR
- Marah juga jalan jammed.

24. Bagi Bantuan
- Cakap pilih bulu.

25. Tutup Masjid
- Marah. Suruh ikut SOP, komplen.

Ada lagi nak tambah?
Apa pun semua tak boleh, semua tak kena.

Itulah perangai rakyat Malaysia, serba-serbi kerajaan buat tak kena.

Apa yang anda mahu sebenarnya wahai insan yang bernama manusia di MALAYSIA?