Assalamualaikum. Di dalam kehidupan di dunia yang fana ini, terdapat dua kejadian dimana kita dikunjungi dan dikelilingi ramai orang. Jom Abam Kie nak cerita sikit.

Pertama sekali apabila kita baru saja dilahirkan ke dunia ini. Pasti ramai ahli keluarga, saudara-mara, sahabat handai dan rakan taulan yang akan menemui kita yang masih bayi itu. Masing-masing akan datang bertanya khabar dan mengucapkan tahniah kepada ibubapa kita yang baru mendapat cahayamata. Lepas tu tetamu bukannya datang dengan tangan kosong. Mereka akan bawa cenderahati untuk bayi seperti pakaian, tuala, botol susu, tilam, bantal dan sebagainya. Selalunya sebelum balik, mereka akan menyelitkan duit di bawah bantal bayi. Seingat Abam Kie la, boleh tahan juga la wang yang diperolehi oleh anak2 semasa bayi dulu. Lalu duit tu Abam Kie simpan di Tabung Haji. Alhamdulillah.

Kejadian kedua dimana kita dikunjungi ialah bila kita meninggal dunia kelak. Memang di dalam hadis pun digalakkan menziarahi saudara seagama kita yang telah meninggal dunia supaya memberi keinsafan kepada kita yang masih hidup ini. Sudah tentu bila menziarahi si mati itu, kita akan menderma sedikit wang kepada keluarga si mati. Kos pengurusan jenazah sekarang makin mahal. Nak bayar kepada penggali kubur, beli kain kafan, sewa van jenazah, kenduri tahlil dan sebagainya. Kalau di kampung selalunya memang satu kampung pergi ziarahi si mati. 

Demikianlah kisah tentang saat kita dikunjungi dan dikelilingi ramai orang. Semoga kita semua akan lebih mengingati kematian yang bakal tiba kelak. Sekian. Terima kasih.