Baru sebentar tadi saya kongsikan tulisan berkenaan menyediakan tempat tinggal berasingan adalah tanggungjawab suami. Tidak boleh mencampurkan isteri di sebuah rumah bersama orang lain termasuklah keluarga sendiri melainkan dengan keredaan isteri.

Masyarakat Asia sama ada Arab, Melayu atau India sangat mementingkan hubungan kekeluargaan. Arab terutamanya sangat mengutamakan keluarga dan qabilah mereka. Lelaki akan menjadi pelindung keluarga dan ibu bapa malah setelah berkahwin. Walau bagaimanapun mereka tidak membawa isteri mereka tinggal bersama ibu bapa. Setelah berkahwin, suami akan tinggal di rumah berasingan bersama isteri.

Menjadi adat kebiasaan masyarakat Arab dan Uzbekistan dan negara Islam lain, ibu bapa lelaki akan membantu menyediakan kelengkapan awal perkahwinan termasuk rumah bagi anak lelaki mereka berkahwin. Ya anak-anak perempuan akan mengikut anak lelaki tapi hidup dalam rumah yang berbeza.

Di Mesir contohnya, jika keluarga tersebut kaya, ibu bapa akan membeli sebuah rumah untuk setiap anak, biasanya jika di Mesir mereka akan membeli apartment di bangunan yang sama. Maka anak-anak lelaki mereka akan menduduki rumah tersebut bila sudah berkahwin. Jika anak mereka belum berkahwin, rumah tersebut akan disewakan terlebih dahulu. Bagi keluarga kurang berkemampuan mereka akan menyewa tempat tinggal berasingan.

Arab adalah antara kaum yang sangat mementingkan keluarga tetapi mereka tidak hidup sebumbung bersama pelbagai keluarga. Hidup berdekatan tapi bumbung dan pintu rumah yang berbeza melainkan rumah apartment, pintu berbeza dapur berbeza namun bumbungnya sama. Rumah sebelah-menyebelah. Tapi bukan serumah.

Budaya di Uzbekistan juga begitu, ibu bapa membelikan anak-anak sebuah runah untuk persediaan berkahwin kerana mereka mengetahui bahawa anak-anak yang baru memulakan hidup amat sukar untuk memiliki rumah sendiri. Dan anak-anak mereka akan menyediakan rumah untuk cucu-cucu mereka pula.

Tuan rumah saya sendiri di Mesir mempunyai sebuah bangunan yang didiami bersama anak-beranak mereka. Manakala rumah yang kosong disewakan kepada kami. Malah, menyediakan rumah seolah-olah satu hantaran perkahwinan yang perlu ada disiapkan oleh pihak lelaki.

Di dalam Islam suami wajib menyediakan tempat tinggal khas untuk isteri, melainkan terpaksa membawa ibu atau bapa yang sakit dengan kehendak dan kemahuan isteri.

Di Malaysia? Apa yang dicanangkan; Hantaran mas kahwin mesti rendah, isteri digalakkan bersedekah pda suami dan berkhidmat dengan keluarga suami itula yang selalu digambarkan sebagai isteri solehah oleh kebanyakan masyarakat kita. Sedangkan membiarkan isteri duduk bersama mertua dan ipar lelaki adalah satu pencerobohan kepada privasinya melainkan si isteri redha (again isteri tak boleh nak kata apa). Malah ada suami yang duduk rumah atas pinjaman isteri atau rumah sewa yang dibayar isteri. Di mana peranan suami dalam rumah tangga begini? Senget sebenarnya masyarakat kita ni. Makin ramai suami makan hasil gaji isteri juga bukan sebab apa, sebab pilihan sendiri taknak bekerja. Jika duduk bersama ibu bapa laagi la lemak lelaki sebegini dan ibu bapa biarkan sahaja.

Anak-anak perempuan ku, semaklah bakal suami mu carilah mereka yang qawiyy.

Ada beza lelaki yang berbakti dengan ibu bapa dengan lelaki yang nak berkepit bawah ketiak ibu bapa. Diburukkan lagi dengan ibu bapa mertua yang nak dictate hala tuju kehidupan perkahwinan anak mereka. A no no. Rapat dan berkhidmat itu perlu tapi bukan masuk campur. Berbeza tu.

Nasihat yang baik dari Dr Yasmin Hanani