Assalamualaikum. Baru-baru ini Abam Kie ada update status di group Sahabat Guru Malaysia di FB. Status yang Abam Kie update tu spt gambar di atas dan di bawah. Ya, betul2 kasihan akan bekas murid Abam Kie yang kesempitan duit semasa belajar di USM Penang. Sekarang ni dia di tahun 2. Asalnya dia ni budak pandai. Masa STPM dulu dapat 4A. Bila masuk U dia terpaksa bajet makan dan perbelanjaan lain kerana keluarga di kampung kurang mampu nak support dia. Tahu2 la belanja di kampus ni semakin tinggi berbanding zaman abam kie belajar di UM 30 tahun dulu. Masa tu cukup dengan RM50 jika tinggal di asrama. Bayar asrama pun RM8 sehari termasuk makan di dewan makan.  

 
Siswa ini memang budak yang pandai. Tapi dia ni tak mahu membebani keluarganya sehingga sanggup hantar duit PTPTN kpd ibubapa di kampung. Selepas abam kie update status di FB tu rupa2nya ada guru2 yang hantar duit biasiswa ke kampung semasa mereka menuntut di U dan maktab perguruan dahulu. Mula2 tu rasa macam tak percaya je sebab abam kie sendiri pun biarpun mendapat biasiswa KPM sepanjang menuntut di Universiti Malaya dulu tetap meminta duit dgn ayah kerana duit biasiswa tu x cukup. Hmmm...lepas update status tu barulah abam kie tahu bahawa trend mengirim duit biasiswa atau pinjaman ke kampung ni sudah bermula sejak dahulu lagi. Now I know!

Tanpa disangka-sangka sejam selepas status itu dinaikkan, Abam Kie menerima DM dari seorang guru di Puncak Alam, Selangor. Dia menyatakan hasrat untuk membantu bekas murid abam kie ini. Puan Arbaah ini benar2 ingin menderma sejumlah wang kerana semasa menuntut di universiti dahulu, dia pun mengalami masalah yang sama kerana berasal dari keluarga miskin. Lalu Abam Kie pun menghubungi bekas murid ni, F. F ni pada mulanya enggan dibantu kerana dia rasa ramai lagi pelajar yang lebih miskin daripadanya. Lalu abam kie pujuk dia. Akhirnya dia sudi menerima bantuan dari Cikgu Arbaah. Alhamdulillah dan terima kasih kepada Cikgu Arbaah.

Sehari kemudian abam kie menerima DM dari Cikgu Farazi Razak pula yang mengajar di Pulau Pinang juga. Dia pun ingin membantu si F ni. Katanya dia sendiri akan minta kebenaran dengan HEP USM untuk masuk ke dalam kampus dan membantu siswa/i yg kurang berkemampuan. Cikgu Farazi turut menghubungi F dan memaklumkan bahawa dia akan menyalurkan bantuan berupa makanan dan kelengkapan belajar kepada F dan siswa/i yg lain. Cikgu Farazi ni memang ada team dia sendiri yang membuat kerja2 kebajikan kepada pelajar2 sekolah dan universiti. Dikhabarkan Cikgu F telah pergi ke USM beberapa hari yg lalu bagi menyerahkan sumbangan kepada F dan pelajar2 lain di asrama USM. Terima kasih dan Alhamdulillah. 

Sesungguhnya Abam Kie bersyukur dengan tindakan abam kie memuatnaik status di group FB telah mengizinkan dua hamba Allah untuk membantu dan memperolehi pahala bersedekah ke jalan kebaikan. Manakala pelajar2 yang tidak berkemampuan pula berjaya mendapat sedikit bantuan untuk meneruskan kelangsungan belajar di menara gading. Sekian. Terima kasih.





16 Comments

  1. Alhamdulillah. Semoga dimurahkan lagi rezeki dan diermudahkan segala urusan lepas ni.

    ReplyDelete
  2. Betul tu, kos sara hidup zaman sekarang memang tinggi kalau nak dibandingkan dengan 15 tahun yang lepas. Saya pun bergantung sepenuhnya dengan PTPTN. Tapi pelajar tu siap bagi lagi ke parents di kampung dan dia makan roti & megi je. Semoga urusannya dimudahkan oleh Allah dan dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah bro. Kita tolong apa yang mampu kan.
    Suka dengan rakyat Malaysia suka menolong.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah
    semoga usaha2 murni ini diberkati

    ReplyDelete
  5. moga dipermudahkan urusan mereka. moga diperluaskan lagi rezeki mereka yang menderma.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulilah, semoga siswa tersebut berjaya sampai ke puncak..
    semoga dipermudahkan segala urusan mereka yang menderma dan juga siwa tersebut..aminn

    ReplyDelete
  7. alhamdulilllah ramai insan prihatin pada masalah yg lain...belajar di u ni soal kewangan siswa siswi strugle sgt bagi mrk dari kalangan kurang berada

    ReplyDelete
  8. Well done Abam Kie,semoga dipermudahkan segala urusan dan lebih ramai yang dapat membantu mereka yang memerlukan.. together as a team, can do better for them, dengan izinNya...

    ReplyDelete
  9. syukur alhamdulillah, ada insan yang sudi membantu F dan rakan2 yang lain.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah
    ramai yang ingin membantu

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah ramai yang baik-baik membantu. Bagus juga student abe ni bagi kat family semua.

    Saya ni kalau dapat ptptn akan bagi sikit dekat mak, tapi hujung semester mintak balik dalam 3-4 kali ganda dari yang bagi masa awal sem tu huhu

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah. semoga dipermudahkan urusan siswa ni :)

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah.. sebab ada yang ingin membantu kan

    ReplyDelete
  14. Semoga siswa tu dapat study dengan cemerlang dan berjaya dalam hidupnya. Syabas Abam Kie kerana membantu mereka yang memerlukan.

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah.. Dengan status abam kie bukan sahaja pelajar abam kie tetapi pelajar lain yang kurang berkemampuan turut mendapat bantuan..

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.