KERJA GOMEN DISAYANGI MERTUA

Kebanyakan mentua impikan calon menantu kerja gomen. Katanya kerja gomen ini terjamin. Ada pencen dan boleh diwariskan pencen.

Jika anda dilanggar lori oren, isteri tetap dapat pencen. Ada pinjaman perumahan dan banyak keistimewaan.

Istimewa kerja gomen;

1. Mudah dapat pinjaman peribadi.

2. Kadar pinjaman peribadi lebih rendah dari yang swasta perolehi.

3. Kadar kenaikan gaji, naik setiap tahun walaupun tsunami ekonomi.

4. Orang bank suka kakitangan kerajaan meminjam. Gaji mereka tetap setiap bulan.

5. Sejarah menunjukkan pekerja gomen bila pencen, mereka tidak kerja lagi (sejarah mungkin berubah nanti).

6. Kemudahan kesihatan ikut gred gaji. Ada hospital satu bilik menanti jika pegawai tinggi.

7. Bakal mentua lompat tinggi-tinggi bila menantu kerja di Putrajaya nanti, walaupun jawatannya cuma kerani.

8. Ada rumah persekutuan untuk bercuti, dan banyak lagi.

9. Kenaikan pencen seiring dengan kenaikan gred gaji.

10. Boleh jalan-jalan ke Sydney dan Bali bila pencen nanti.

Pekerja gomen tidak menyimpan sangat sebab mereka lihat mak abah senang lenang bila pencen sekarang. (Mereka tiada pinjaman peribadi, jauh sekali Honda City)

Mereka masih anggap nasi lemak akan kekal RM1 dua puluh tahun mendatang.

Pekerja gomen paling banyak bina hutang kerana mereka bank sayang. Mereka sedang bina lubang hitam untuk masa depan.

Berhentilah bina hutang kerana ia mudah diluluskan. Kerajaan tidak kekal selamanya kaya.

Sumber: Azizul Azli Ahmad

#PenjawatAwamPalingBanyakHutang.

25 Comments

  1. masa kerajaan bertukar dulu, tergugat jg mana2 lantikan politik dlm kerajaan..tapi overall kerja gomen ni stabil...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah mertuaku sayangkan menantu walaupun bkn kerja kerajaan

    ReplyDelete
  3. Bukan mentua je sayang...masuk bank pakai baju kurung, tudung bawal dan bawa handbag.. berebut orang bank nakn entertain sebab ingatkan saya kerja kerajaan datang nak buat loan.

    ReplyDelete
  4. Ada baik dan buruk kerja kerajaan. Kebajikan memang terjamin.

    ReplyDelete
  5. ada ek..statement mcm ni? emmmm...

    ReplyDelete
  6. Jika pandai mengurus kewangan ia akan menjadi kebaikan kepada orang gomen. Kalau boros tak tau cam mana nak habaq hehe

    ReplyDelete
  7. Sampaikan nak kahwin pun cari bakal isteri yg kerja kerajaan

    ReplyDelete
  8. Ada eh mertua yang pilih menantu kerja kerajaan @ kerja swasta? Adooyaiii ! Jenuh kalu dapat mertua camni 😅😅

    ReplyDelete
  9. MENTUA BERFIKIRAN JAUH TENTANG KEHIDUPAN MASA DEPAN ANAK CUCUNYA NANTI

    ReplyDelete
  10. Semoga menantu kerja gomen tak kuat komen mertua.

    ReplyDelete
  11. Scammer pun suka pesara pegawai kerajaan

    ReplyDelete
  12. waaaaa yg kerja swasta ni tak disayangi la ye :(

    ReplyDelete
  13. syukur alhmdllh kerja kerajaan ni tak kaya tapi stabil...nk kaya kena ada bisnes sampingan.

    ReplyDelete
  14. nak tergelak pula bila baca statement ni. Sebab saya nyaris dapat mak mertua macam tu. awal-awal lagi dah nampak perangai. kita undur diri la.

    ReplyDelete
  15. memang ada betul juga kan
    family sy 3 org keja gomen,menantu pula semua swasta ha haa
    maybe arwah mak ayah sy dulu tak kisah dan tak pilih menantu asalkan baik dan bekerja
    cuma masa baru abis belajar tu arwah ayah memang beriya nak sy keja gomen . masa tu sy pula tak endah saranan arwah sb lebih seronok dpt tawaran keja swasta kononnya gaji lebih besar huhuu bila tgk abg sulong dan 2 org adik keja gomen wahh untungnya skrg
    skrg menyesal jga juga tak ikut saranan ayah

    ReplyDelete
  16. Mertua oh mertua, topik hangat ni hahaha

    ReplyDelete
  17. untung siapa kerja kerajaan,macam saya kerja sendiri siapa nak pandang, =)

    ReplyDelete
  18. Gurau kasar untuk orang yang bekerja kerajaan ni cikgu opss!
    Mujurlah Mrs. A kerja swasta muahhahaaa...

    ReplyDelete
  19. Katanya secure gitu bila kerja kerajaan ni

    ReplyDelete
  20. saya kerja gomen pon takde mentua lagi... tipu jer kata mentua sayang. hahaha

    ReplyDelete
  21. ala.. mama keje swasta mak mertua tak sayang la mama wuwuu... hakikatnya mama la yg dia paling sayang tau ahaha

    ReplyDelete
  22. kerja gomen je la orang pandang tinggi. tak kisahlah kerja apa pun, yg penting halal..hehe

    ReplyDelete
  23. half gomen pun boleh jugak, janji pendapatan tetap tiap bulan.

    ReplyDelete
  24. Para mertua, tak baik pilih kasih tauuu... Huhuuuuu

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.