Assalamualaikum. Pada kali ini Abe Kie nak berkongsi pengalaman menggunakan alatan di dapur yang tidak berkualiti. Sepanjang umur abe kie yg kini mencecah 47 tahun ni, inilah kali pertama abe kie menyaksikan alu lesung patah! Alu lesung yg digunakan sejak 3 tahun lalu telah menemui ajalnya. Pada ptg terakhir Ramadan lepas, abe kie meletakkan alu ini di atas meja dapur. Tetiba je ia bergolek dan jatuh ke lantai lalu patah dua! Mujurlah jubin lantai x pecah. Jika tak, memang terkilan sesangat la. 

Selepas raya abe kie gi beli alu baharu di pasar. Harganya RM10. Rupa2nya boleh beli asing. Kalau kena beli satu set memang rugi la. Peristiwa ini menunjukkan kualiti barang2 sekarang memang teruk. Tak selasak barang2 zaman dulu. Bila abe kie tanya biras, dia bagitahu yg dia sudah 2X mengalami peristiwa kepatahan alu. Hmm... x syak lagi kualiti barang2 zaman ini memang rendah.


Perkara yang sama berlaku kepada papan pemotong plastik yang Abe Kie beli di kedai Happy Home. Pada suatu hari yang nyaman, abe kie memotong ayam di atas papan pemotong ni. Sekali tetak terus pecah papan plastik ni. Mungkin sebab ia nipis agaknya. Jadi tidak lama kemudian, abe kie gi beli papan pemotong plastik setebal 1 inci terus. Biarlah mahal janji tahan lama dan berkualiti.

Jadi nasihat abe kie kepada rakan2 blogger agar membeli barangan dapur atau chicken utensil yang berkualiti. Alah membeli menang memakai. Barang2 di kedai RM2.10 memang dicipta untuk kegunaan sekejap aje. Padan la dengan harganya. Setuju?

24 Comments

  1. dana pakai lesung jenis lama tu cikgu, jenis yang warna kelabu tu... buat masa ni tak pernah patah walaupun jatuh berkali...

    papan pemotong tu pun dana memang beli jenis yang tebal, takpe mahal sikit janji senang kerja... ye kadang bila beli murah kualiti nya pun tak berapa ok

    ReplyDelete
  2. Betul. Kekadang barangan kedai murah kualiti barang adalah gred C huhu.

    ReplyDelete
  3. setuju sgt..
    barang rm2.10 tu byk dari china
    pakai 1 hari dah rosak

    ReplyDelete
  4. Setuju. Lagi pun orang-orang sekarang suka beli barang jadi permintaan tinggi jadi buat asal siap.
    Terkejut alu boleh pecah 2. Alu saya berapa kali jatuh pun tidak pecah. Jadi fikir macam mustahil untuk pecah.

    ReplyDelete
  5. saya pun masih pakai lesung batu, cara tradisional lagi seronok memasak, setakat ni belum pernah pecah lagi hihi. Ye sesuai dengan harganya kan

    ReplyDelete
  6. betul, kalau barang dapur, beli la yg berkualiti kan, sbb kita nak pakai hari hari

    ReplyDelete
  7. Aduhaiii... mcm mn alu boleh patah 2 hihihi nmpk sgt menipu je jual brg xberkualiti

    ReplyDelete
  8. Alu lesung kalau ore dulu-dulu guna batu sungai betul dop abam kie. Loni material lain tu xtehe tu

    ReplyDelete
  9. Lapik pemotong tu skarang kalau beli kedai eco kena beli banyak kali 😆

    ReplyDelete
  10. Papan pemotong rasanya dan dua tiga kali berganti. Potong ayam terus terbelah dua papannya.

    ReplyDelete
  11. memang kena beli yang mahal sikit , boleh guna utk jangkawaktu yang lama. lesung saya pun alunya dah patah tapi kat bahagian atas, still boleh guna lagi. Kalau patah dua di tengah tu memang kena gantilah jawabnya.

    ReplyDelete
  12. Betul. sangat setuju. berbeza dengan kualiti barang zaman dulu. cut cost atau bahan yang kurang kualiti tak tahu lah. setuju sangat, kalah membeli menang memakai :)

    ReplyDelete
  13. Setuju. Maybe moto kedai 2 ringgit adalah nak selalu orang dtg membeli di kedainya.

    Tu yg barang yg dijual tak tahan lama hehehe

    ReplyDelete
  14. uishhh kuat sangat tumbuk tu hehe. kita dah follow you back :)

    ReplyDelete
  15. betul tu..kualiti brg skrg tak sama mcm dlu..batu lesong legend tu takde dh skrg ni

    ReplyDelete
  16. Harga murah memang sepadanlah dengan kualiti barang kan. Tapi, 1st time Eina tengok anak lesung patah dua tu, hehhe

    ReplyDelete
  17. Papan pemotong saya pun.pernah patah dua lepas tetak kambing. Hahah..

    Lepas tu pakai yang papan punya. Tebal 3 inci. Tetak orang pun boleh.hahah

    ReplyDelete
  18. Alah membeli menang memakai. Benda nak guna hari-hari kenalah yang berkualiti.

    ReplyDelete
  19. abg kie ganas sgt kot guna benda2 tu... sepatutnya kene guna dengan lemah lembut lagi gemalai

    ReplyDelete
  20. betul.. knapa ada benda yang dijual mahai.. sbb datang dengan kualiti dan investment kita untuk guna lama. tapi saya rasa di kedai rm2 ada barng yang berbaloi ada yang tak juga. pandai2 pilih..

    ReplyDelete
  21. Kualiti barang la tak sama macam dulu dah..tu yang kita boleh tengok barang lama dulu ada yang elok sampai sekarang..barang la..beli tak lama mana..kejap ja rosak

    ReplyDelete
  22. Pernah juga sekali terjadi. Alu lesung terbelah dua. Memang nasib baik masa terbelah tu benda tu jatuh tak kena kaki!

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.