Assalamualaikum. Pada pagi Selasa ini, Abam Kie ingin berkongsi tips untuk menjadi kaya dalam masa 3 hari! Tak percaya ke? Memang mudah nak diamalkan jika kita beristiqamah kerana syurga bukannya percuma! Semoga kita semua mampu melaksanakan tips di bawah ini dengan sebaik mungkin. Anda mampu melakukannya! 

1. Bangun pagi, usap muka cakap 'Terima kasih Allah'. Usap seluruh badan dan bernafas dalam-dalam, ucap thanks Allah lepas tu senyum sensorang...

2. Mulakan dengan solat sunat sebelum Subuh 2 rakaat dan solat Subuh.. 

3. Cukup waktu, mulakan dengan solat Dhuha, buat 2 rakat kemudian 2 rakaat lagi. (4 rakaat)

4. Hari ni tanam dalam diri tak mau sembang dengan kawan opis pasal orang lain, tak mau baca atau tulis yang bukan-bukan.

5. Nak zikir dan sebut nama Allah sahaja. Sebut ulang-ulang (boleh jadi sebak tau!)

6. Solat di awal waktu, habis solat terus berdoa. Bersembang mintak kat Alah agar nak kaya dunia akhirat. Minta sungguh-sungguh.

7. Lepas tu cakap thanks berkali-kali kat Allah sebab bagi kita tumpang di dunia.

8. Hari ni tekad, kalau sapa2 minta sedekah bagi jugak, walaupun RM1.

9. Call mak dan abah. Bersembang dan tanya khabar walaupun hanya 5 minit.

10. Bangun pukul 3.30 pagi. Buat tahajud 2 rakaat kemudian ambik masa termenung fikir salah diri. Kenapa ujian datang kat aku? Mungkin aku pernah buat salah....

11. Buang ego dan kaji sedalamnya. Apa salah silap kita? Kalau tak jumpa, mohon Allah tunjukkan.

12. Ulang selama 3 hari berturut-turut. In Shaa Allah di hari ke 3 akan ada jalan keluar dan kita akan jadi kaya! 

Kalau tak menjadi, jangan salahkan orang lain. Semak diri sendiri dulu. Moga bermanfaat.