Banyak keputusan kewangan yang kita lakukan hanya dengar nasihat kawan atau ikut ikutan saja.

Semua ini menelan duit kita secara perlahan ;

1. Keahlian gym yang mahal tetapi perginya hanya sebulan sekali, kita daftar sebab kad ahli cantik menawan.

2. Beli Insuran hayat atau takaful yang mahal sedangkan anak yang bergantung harapan belum ada.

3. Berlanggan Astora 'full channel ' cuma tonton bola bila hujung minggu saja.

4. Beli Honda Sidek baru tapi balut dengan plastik dan kerja naik moto saja. Jimat katanya.

5. Beli sebidang tanah dan biarkan kosong berpuluh tahun, cadangnya pencen nak bina rumah ada kolam dalamnya.

6. Masih bujang tapi menyewa satu rumah 3 bilik 2 bilik air dan tinggal sesorang, ramai tak selesa katanya.

7. Dah bertahun beli rumah tidak duduk dan tidak sewakan, takut rosak kelengkapan katanya.

8. Buat Pembiayaan Peribadi RM20k untuk kahwin meriah sebab berpegang falsafah " Kahwin itu sekali, biar meriah berkali-kali"

9. Dapat duit pencen renovasi rumah besarkan macam astana siap ada kolam dan menara tinggi, tapi hidup berdua sahaja.

10. Ada simpanan KWSP tapi tak manfaatkan untuk rumah pertama, nak guna bila pencen katanya.

11. Rajin tukar kereta baru tiap kali model baru dilancarkan, alasannya demi keselamatan dan keselesaan.

Banyak tindakan yang buang duit kita, kita tak sedar atau kita buat buat lupa.

Gegadis suka jika kita pinang mereka, kerana itu akan menjadi punca pintu rezeki dibuka :-p

#CariPuncaKenapaKitaTakKayaKaya.

#KongsikanBagiKawanPaham

19 Comments

  1. Betul dan bergantung pada kewangan individu juga. Fikir dulu sebelum nak lakukan sesuatu.. Ada yg terlalu memikir utk jangka masa panjang..

    ReplyDelete
  2. Alamak, no.2 dan 7 tu macam kena kat den lah....hehehe

    ReplyDelete
  3. Dalam keadaan sekarang ni, ramai yang hilang perkerjaan. Jadi memang kena teliti bab kewangan..elak duit bocor tanpa sedar.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, rasanya tabung duit sy tak ada bocor disebabkan perkara di atas.. tapi bocor sebab suka beli makanan mahal, huhu

    ReplyDelete
  5. kadang tak perasan juga... hihihi.. bagus info ni dapat sedarkan golongan yang berkenaan....

    ReplyDelete
  6. good sharing

    https://norminieza.blogspot.com/2020/10/angan-merintih-iqa-nizam.html

    ReplyDelete
  7. Tabung bocor berbalik pada diri sendiri,bocor kerana besarkan kehendak atau tuntutan keperluan.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. 11 perkara itu tidak pernah saya lakukan.

    ReplyDelete
  9. tak sempat nak baca habis, number satu pun dah buat tersedak sbb betul hahahaha

    ReplyDelete
  10. banyak yang kita terlepas pandang

    ReplyDelete
  11. Ada kawam suami, dia beli kereta lepas tu ubah sana sini, tambah itu tambah ini. Last2 bila nak jalan jauh tumpang kereta kawan. Sebab takut kalau ada roadblock polis saman.

    pandai ke tidak??

    ReplyDelete
  12. nombor 1 pun dah relatable sangat walaupun bukan gym tapi benda lain yang jarang pergi pun hahah

    ReplyDelete
  13. bab beli tanah tu ok pandang jauh tu

    ReplyDelete
  14. pesanan hujung tu simple tapi hati berbunga baca. Haha Bagus checklist macam ni suruh kita fikir jauh lagi.

    ReplyDelete
  15. Berjaga-jagalah demi kesihatan dompet kita semua

    ReplyDelete
  16. statement yang last macam menarik sangat-sangat hahaha

    "Gegadis suka jika kita pinang mereka, kerana itu akan menjadi punca pintu rezeki dibuka"

    ReplyDelete
  17. hmmmmm tu la hakikat kan.
    beli benda x perlu, x patut...
    hmmmm...

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.