Mahal sgt kah cuti tanpa gaji, demi anak2. Kalau dulu, ayah je.. Tp skrg, kdg2 isteri pun balik lewat... Anak2 redha di tempat org... Belajar, bermain... Riang... Kongsi makan dan kongsi penyakit... x pe, KLINIK ADA!!

Sepanjang di tempat kerja, anak2 di rumah pengasuh/taska rindu kat kita... Rindu ayah.... rindu mama.. Tp... Nak ckp rindu x reti... Nak tulis surat, x reti gak... Jadi, bila kita ambil anak jam 6:00 ptg, diulang, 6:00 ptg, saat anak nampak mama dan ayah dia, anak kita tekad... Dia nak mama tgk dia... Nak ayah dukung, peluk dia... Dia buat perangai... Nak makan sndri... Nak itu... Nak ini... Nak dukung... Tumpah air.. Kerna hanya bahasa PROTES dan BUAT PERANGAI shj yg anak2 tahu utk bgtau yg... "Mama, saya rindu n sayang sgt kat mama..."

TAPI.....

Apa kita buat...
Bila anak2 bising... Kita marah...
Bila anak2 main... Kita herdik...
Dia nangis, kita jerit "DIAM!!!!"
Dia suruh ajar... Kita jawab "AYAH NAK TGK TV, FAHAM!!!!"
Dia tumpahkan makanan/air kita tengking seolah2 dia sudah cukup matang...
Sedih hati seorg anak yg rindu mama... Yg rindu abah... Yg rindu pelukan ibu... Rindu dukungan abi...

Apakah duit boleh ganti kasih sayang?
Apakah jus tok guru boleh ganti suapan kasih sayang?
Apakah mainan berlambak2 boleh ganti saat bergurau senda sesama keluarga?
Apakah masing2 makan kat luar boleh ganti nilai makan bersama...

Fikir sahabat...
Fikir teman2...
Fikir ayah ibu yg mulia..
Ingatan bersama...

9 Comments

  1. realiti kehidupan zaman sekarang...suami isteri kena bekerja..

    ReplyDelete
  2. terima kasih cikgu untuk ingatan...
    Aiyan sekarang walaupun dah darjah 3 makan memang mintak saya suap, saya suap jelah...
    kalau dia tengok kartun,kita layankan buat-buat tanya kenapa itu ini biar dia bercerita tentang kartun tu mcm kita paham...

    ReplyDelete
  3. betul, penting sbb anak2 dia membesar perlukan perhatian

    ReplyDelete
  4. Realiti kehidupan sekarang.. Tapi walau apapun, kebahagiaan anak-anak tak dapat ditukar ganti dengan wang ataupun kuasa.. Hanya perhatian daripada ibu bapa yang menjadi taruhan untuk kebahagiaan anak-anak..

    ReplyDelete
  5. Saya tak kerja dok rumah 24 jam, teman anak siang malam pun kadang2 anak buat perangai macam tak cukup perhatian.Haha.. Tak tahu lah kalau saya bekerja cemana anak2 ni.

    Tapi yang bagus nya bila hari2 mengadap anak ni, anak susah nak berahsia dengan kita. Anak terbuka nak cerita apa je tentang diaorang pada kami suami isteri.

    ReplyDelete
  6. terima kasih perkongsian abam kie <3

    ReplyDelete
  7. Sekarang memang banyak juga yang macam tu.. parents dua dua kerja. Anak hantar kat pengasuh. Harap parents dapat lebih luangkan masa dengan anak2. Ambil tahu pasal sekolah okay ke tak.. kawan2 okay ke tak.. kerja sekolah dah buat ke belum.. dan ambil tahu apa yang mereka perlukan..

    ReplyDelete
  8. tak berani nak komen ape2 pasal xde anak lagi. tp perkongsian ni amat penting untuk semua

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.