As salam. Kerja sebagai guru ni memerlukan abam kie menyelesaikan kerja2 sek di rumah juga. Memang la kerja cikgu ni pukul 2 pm dah boleh punch out tetapi kerja persekolahan x berakhir di situ aje. Kadang2 tu kena bawa balik buku latihan murid2 untuk disemak. Nak semak di sek x sempat plak sebab kena masuk mengajar. Masa rehat tu cukup untuk gi makan di kantin dan membuat kerja2 perkeranian. Jika tiba musim exam kena plak menyemak skrip jawapan. Jika nak buat di sek aje memang la lambat siap. Melainkan jikalau stay back at school until 5 pm. Sanggup ke?

Baiklah, abam kie dah menyediakan satu ruang di rumah untuk meja kerja atau workstation gitu! Konsep meja kerja ni mudah je. Ada kerusi n meja. Pas tu letak satu pencetak laser, stationey holder, file holder, plug dan laptop atas meja tu. Meja abam kie di bilik guru pun lebih kurang mcm ni jugak cuma x de printer je. Nampak simple kan? Jadi sejak dahulu kala lagi abe kie telah 'work from home'. 

Akhir kata, kerja sebagai guru ni x berhenti di sek aje. Di rumah juga perlu melakukan tugas2 seorang guru selagi guru tu balik jam 2 ptg. Jika ditakdirkan guru bertugas mengikut waktu pejabat, memang abam kie haramkan diri membuat tugas2 sek di rumah. Begitulah kiranya. Sekian. Terima kasih.

29 Comments

  1. best ada meja kerja sendiri, IQ tak der lagi nak buat, tunggu anak2 da besar baru sediakan kot. huhuh

    ReplyDelete
  2. Org kata tugas guru tu senang, tp hanya seorang guru jer yg tahu hakikat sebenarnya..

    ReplyDelete
  3. Simple dan kemas.. tapi kalu wayar di wrap dengan spiral wrapping band wire, lagi nampak kemas😊.. hihi just cadangan disbbkan penangan EKSA / 5S punya pasal kat opis saya..

    ReplyDelete
  4. Tahniah! Anda guru yang hebat! Semoga berhasil mendidik anak bangsa.

    ReplyDelete
  5. cikgu memang wajib ada meja kerja, kalau tidak kang bersepahan buku-buku heheheh

    ReplyDelete
  6. Besar tanggungjawab seorang pendidik yang bergelar guru ni. Ayah LeYa pun guru jugak. Tapi dah lama pencen dah.. Hehe.. Memang tak akan sempat dan siap bila di sekolah. Pasti dibawa ke rumah. Kadang2 tu LeYa turut membantu menanda kertas jawapan ujian.

    ReplyDelete
  7. Rabia pun menanda kertas kanak kanak di rumah jugak

    ReplyDelete
  8. Banyak kerjanya seorang guru.. sampai ke rumah pun masih dicari anak murid dan ibu bapa..
    Kemas dan simple meja kerja abam kie..

    ReplyDelete
  9. kemas je. eh baru teringat saya pun nak kena beli meja ni

    ReplyDelete
  10. Best jugak ada meja kerja camni :)

    ReplyDelete
  11. memang mencabar kerja sebagai guru ni ya.

    ReplyDelete
  12. kerja sebagai guru mmg tak pernah habis..saya paham abam kie..
    sampai kena bawa ke rumah jd meja juga memainkan peranan mood
    kita sebagai guru..dapat meja mcm abam kie..tenang je nk siapkan keja dirumah kan.

    ReplyDelete
  13. Beza meja guru lelaki dan perempuan...guru prmpuan file lebih tebal.

    ReplyDelete
  14. Simple! Janji ada benda-benda penting, takde frame frame bagaii..hehehe

    ReplyDelete
  15. simple dan kemas.. tak serabut.. lau meja sy mmg serabut haha

    ReplyDelete
  16. Memang... kalau half day mmg x cukup masa kan? I feel u abe.. tapi skrg kakmim haramkan diri bawak keja balik umah... sebolehnya kena setelkan kat ofis jugak... tp mungkin 'kasut' kita tak sama so bolehla tak drag ke umah kan? hehehe... apapun tq cikgu² semua

    ReplyDelete
  17. kemas meja abam kie... kalau sy pn lepas 5.30 sy akan tutup laptop layan anak.. hahaha...

    ReplyDelete
  18. btl tu..sbb anak buah nieyl suami isteri cikgu , selalu nampak dia buat kerja di rumah, semak buku murid..dia kata dkt sekolah x sempat

    ReplyDelete
  19. agak kemas juga workstation ni

    ReplyDelete
  20. Saya punya meja kerja, ni la dia...Meja letak komputer nih..ahaha. Saya tak de laptop. ada komputer je. Jadi nak tak nak kena ada meja.

    Dulu masa ada laptop tak terfikir nak ada meja.

    ReplyDelete
  21. Ringkas tapi lengkap.Begitulah kerjaya seorang guru.

    ReplyDelete
  22. simple and nice. Tapi rasanya wayar tu boleh kemaskan sikit abam kie

    ReplyDelete
  23. Sebenarnya, jika seorang guru betul-betul komited dan ikhlas, insyaAllah mampu mendidik anak bangsa ni. Yang penting niat. LH pun nak buat work station versi minimalize juga. Terima kasih sumbangan idea ya

    ReplyDelete
  24. faham sangat masalah guru. belum lagi kalau dapat GB yang mcm2 idea dia nak buat.

    itulah orang kata...guru ibarat lilin

    ReplyDelete
  25. moga Abam Kie akan bekerja dengan lebih selesa sekrang ni..kerja leklok!

    ReplyDelete
  26. seronok tengok workstation abam kie..

    ReplyDelete
  27. cikgu ni kerja nyer 24 jam. kerenah murid. kerenah pentadbir. nak ngajar lagi. kerja pentadbiran lagi.
    laptop & printer wajib. bila ada workstation,mudah la abam nak buat keje. terutama ari tu time pkp kan :)

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.