Anda mungkin pernah merasa atau melihat ibubapa yang memelihara anak-anak yang kadangkala memberi layanan berbeza antara yang sulong dengan yang bongsu, yang lelaki dengan yang perempuan, yang cerdik dengan yang kurang, yang OKU dengan yang sempurna. Kali ini saya nak perturunkan Hadis riwayat Anas bin Malik mengenai layanan terhadap anak, katanya, “Pada suatu hari ketika seorang lelaki duduk dengan Rasulullah, tiba-tiba datang anak lelakinya lalu dia menciumnya dan didudukkan di ribanya. Tak lama kemudian datang pula anak perempuannya, lalu didudukkan di sampingnya. Nabi yang melihat hal ini bersabda, “Kamu tidak adil kepada anakmu.” (Riwayat Baihaqi)

Jika sekadar berbeza layanan mencium dan duduk di riba dengan duduk di samping pun ditegur oleh Rasulullah, maka mungkin pada kita banyak lagi ketidakadilan kepada anak-anak yang dilakukan tanpa sedar atau sedar.Anak yang cerdik dipuji, yang kurang cerdik diherdik dicaci, yang perempuan dibeli itu ini, yang lelaki dibiar bermain lumpur, yang berjawatan dibangga, yang kerja buruh, dicebek mulut, yang cantik, yang come, dibawa ke majlis, dipapar di FB, yang sedikit hodoh, tak sempurna ditinggal di rumah, berat hati nak snap kamera, sedangkan semua anak adalah kurniaan Tuhan. Siapa pun tidak tahu ketentuan nasibnya. Subhanallah!

Bila anak memprotes berebut dengan saudara lain itu antara ciri ketidakadilan. Dengan demikian ada ibubapa membeli pakaian yang serupa, memberi pilihan tempat duduk di kereta, pilihan memilih makanan di restoren dan lain-lain. Berhati-hatilah. Saya faham perkara adil kepada anak adalah sukar terutama yang ramai anak, tetapi tanganilah agar mereka tidak masam perasaan, fahamkan mereka, dengar hujah dan permintaan serta bantahan mereka, sesungguhnya Tuhan Maha Mengetahui. Yang penting jangan menunjukkan ciri ketidakadilan yang jelas.

Telah banyak teladan kita melihat anak yang disanjung kerana bijak dalam pelajaran, cantik, akhirnya tidak peduli ibubapa yang tua bila berjawatan besar, sedangkan anak yang kurang cerdik, akhirnya tinggal dengan ibubapa yang tuadan memelihara mereka. Itu balasan Tuhan, sindiran Tuhan kepada ketidakadilan kita dahulu kepada anak. Bahkan ada anak yang dihantar mengaji pondok kerana tak dapat 5A dalam UPSR (dengan sindiran hang pi jadi lebai pondok sudahlah) akhirnya menjadi penyejuk mata ayah bonda, dan ketika solat jenazah ibubapanya, dia yang mengimamkannya, sedangkan anak yang dibangga hanya menunggu di kubur dengan cangkul di tangan untuk menimbus tanah kubur ibubapanya. Allahuakbar.

Saya cuma ingin mengajak anda semua menoleh ke belakang melihat kembali layanan kepada anak untuk membetulkan kesilapan agar Hadis ini dipatuhi. Kepada mereka yang akan ada anak, beringatlah untuk berlaku adil meskipun pada kadar ciuman sayang dan antara yang di riba dengan yang didudukkan di sisi. Isk,isk,isk!

Penulis: Abd Ghani Haron

15 Comments

  1. Allah.. terima kasih abam kie perkongsian ini

    ReplyDelete
  2. Allah..semoga anak2 tak terasa dengan sikap kita. Kadang-kadang bukan berniat nak bezakan pun..cuma tak sedar

    ReplyDelete
  3. anak saya seorang aje, tak ada adik beradik nak dicemburukan tapi cemburu plak ngan sepupu, jadi kena hati2 jugak agar dia tak terasa

    ReplyDelete
  4. Peringatan yang baik buat para ibubapa sekalian 🌼

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas peringatan dan perkongsian abam kie :)

    ReplyDelete
  6. Tq atas perkongsiannya. Nak kena audit balik layanan kat anak2 ni...

    ReplyDelete
  7. Entri yg betul2 mendidik mak ayah..

    ReplyDelete
  8. alahai tq abam atas perkongsian. mama ni anak sorang tapi kekadang tu terfikir gak mama ni berlaku adil atau tak pada dia

    ReplyDelete
  9. jom join GA ni

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/520-giveaway-by-garaeki.html

    ReplyDelete
  10. Allah.. tq atas sperkongsian ini Abam Kie..

    ReplyDelete
  11. peringatan yang baik untuk kaum ibubapa. terima kasih atas perkongsiannya abam kie

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.