ekopelancongan

Pelancongan berkonsepkan alam semulajadi atau ekopelancongan terus mendapat tempat dalam kalangan mnasyarakat. la bukan saja mendekatkan pengunjung kepada alam semula jadi malah menjadikan mereka lebih tenang. Pada masa sama, khazanah di lokasi ekopelancongan ini juga perlu dipelihara dan dipulihara demi kelestarian alam sekitar. Ini kerana ia khazanah berharga negara bagi melindungi flora dan fauna yarng penting untuk keseimbangan ekosistem hutan.

Ekopetancongan yong semakin popular ini turut mampu menjana pendapatan untuk negara. Bagi pencinta tegar alam sekitar mereka tentunya akan nmencari lokasi pelancongan yong tidak dinodai dengan pembangunan kerana mahu menghayati keaslian keindahan di kawasan pelancongan berkenaan.

Pada hari ini Abam Kie ingin berkongsi 11 lokasi pelancongan berkonsepkaan alam sekitar menarik di Malaysia yang masih terpelihara, malah mungkin ramai yang tidak mengetahui kewujudannya.

Bukit Keteri, Perlis



Lokasi terbaik untuk menyaksikan pemandangan matahari terbenam di Perlis. Dikelilingi kehijauan bendang dan mengambil masa beberapa jam untuk menyempurnakan pendakian. Denai yang diteroka sejak 2007 ini difahamkan mempunyai kira-kira 50 laluan berbatu dan antara laluan pendakian paling sukar di Asia Tenggara.

Hutan Lipur Jerangkang, Maran, Pahang


Hutan lipur terkenal di Maran, Pahang ini hanya 55 kilometer dari Kuantan. la menyajikan pemandangan air terjun bertingkat selain kolam biru kehijauan. Keistimewaan hutan lipur ini yang tidak diketahui umum ialah memiliki 39 tingkat air terjun. Namun, pengunjung perlu berjalan kira-kira dua jam untuk menikmati pemandangan lebih cantik dan air terjun yang lebih dalam.

Pulau Dayang, Mersing, Johor


Pulau ini di Mersing, Johor. Kurang terkenal berbanding pulau lain di Johor, tetapi memiliki pantai yang cantik, malah ramai tidak mengetahui kewujudannya. Ia terletak kira-kira 80 kilometer dari Mersing dan sebahagian daripada Taman Laut Johor.
Semakin popular kerana keunikan pulau itu yang memiliki kolam semula jadi di luar pesisir pantai, batu karang berwarna-warni dan pantai yang cantik.

Pantai Ban Pecah, Parit Buntar, Perak


Pantai di Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak. la kawasan sawah padi yang bersebelahan dengan laut. Menjadi tarikan kepada penduduk setempat untuk memancing ikan dan menghayati keindahan kehijauan kawasan berkenaan serta pemandangan matahari terbenam.



Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh, Perak



Taman rekreasi ini kira-kira enam kilometer dari bandar raya Ipoh, Perak. Sangat sesuai kepada mereka yang gemar aktiviti santai di kawasan semula jadi. Sebelum tiba ke taman
rekreasi ini, orang ramai perlu menaiki bot yang akan membawa mereka menyeberangi tasik ditemani pemandangan indah bukit batu kapur.

Tasik Cermin, Gunung Rapat, Ipoh, Perak



Tasik ini di Ipoh, Perak, tetapi tidak ramai mengetahui kewujudannya kerana lokasi agak terpencil dan terlindung oleh kawasan kuari dan berbukit-bukau. Tasik Cermin dalam kawasan Gunung Rapat dan orang ramai perlu melalui kawasan jalan tidak berturap, berbatu kelikir dan penuh debu. Dinamakan Tasik Cermin kerana bayangan yang ada di tasik ini memantulkan landskap di sekeliling seperti cermin.

Tasik Biru Kangkar Pulai, Johor



Lokasi di pesisir Gunung Pulai dan empangan tadahan air Syarikat Áir Johor (SAJ) yang dikelingi kuari serta ladang kelapa sawit. Tasik biru ialah keindahan yang tersembunyi di Johor, Pada asalnya tasik ini ialah kawasan bekas lombong kuari yang kebiruan airnya menyerlahkan keunikan tasik berkenaan. Kini menjadi tumpuan orang ramaì melakukan aktiviti riadah seperti mendaki.

Lagun Biru Lok Heng, Kota Tinggi, Johor


Kawasan paya ini berkonsepkan 'taman tema' dalam kebun kelapa sawit bertempat di Felda Lok Heng Selatan, Kota Tinggi, Johor. Paya ini tidak asing dalam kalangan penduduk di kawasan Felda itu sejak dibuka 30 tahun lalu dan mula menjadi tumpuan pada 2008. la diberi gelaran 'Sunwit' kerana paya seperti kolam renang ini dikelilingi pokok dan ladang kelapa sawit. Antara tempat menarik di Johor yang menjadi tumpuan kebelakangan ini sebagai tempat rekreasi dan mandi-manda.

Lembah Danum, Lahad Datu, Sabah



Di Lahad Datu, Sabah. la kawasan tadahan yang luas selain menjadi habitat badak sumbu Sumatera, gajah Asia, orang utan, kancil dan harimau bintang. Selain itu, terdapat kira-kira 300 spesies burung di lembah berkenaan. Lembah ini masih menyimpan kepelbagaian flora dan tauna yang menjadikan ia sebagai 'syurga alam' di Sabah.

Lembangan Maliau, Tawau, Sabah



Lembangan di Tawau, Sabah dan seluas 588.4 kilometer persegi. Diwartakan sebagai Hutan Simpan yang dilindungi (kelas 1). Digelar sebagai 'Sabah Lost World' yang menyimpan banyak misteri alam sekitar yang belum terungkai. Ada 12 jenis hutan di Maliau Basin.

Pantai Tusan, Miri, Sarawak



Pantai ini mula menjadi tumpuan pada 2008 selepas berlaku fenomena air mata biru. Fenomena ini berlaku pada September hingga Disember setiap tahun. la terjadi disebabkan warna alga di pantai berkenaan yang mempamerkan warna biru pada waktu malam. Hamparan cahaya biru ini menjadikan Pantai Tusan ini sebagai satu destinasi pelancongan baharu.

4 Comments

  1. cantik² semua landskap yang abam kie share.

    Bukit keteri tu dekat area tempat Atul je...

    ReplyDelete
  2. alamak, semua tempat ni mama tak penah sampai la huhu

    ReplyDelete
  3. tak pernah tahu pun pasal Pantai di Tanjung Piandang, Parit Buntar ini.. Nak gi sinilah.. tq share abam kie..

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.