Daddy memang tak berpuashati dengan perkhidmatan Poslaju ni. Sejak dipisahkan dari Pos Malaysia dan bergerak secara bersendirian makin menjadi-jadi pula kemalasan para posmennya.

Pada hari Rabu yang lalu, Daddy menunggu posmen Poslaju untuk datang menyerahkan bungkusan dari kawan di Pulau Pinang. Dua hari sebelum itu kawan berkenaan sudah memaklumkan kepada Daddy bahawa dia sudah mengepos item berkenaan. Tunggu punya tunggu posmen Poslaju ni tak juga datang-datang. Lalu Daddy pun keluar membeli makanan pada jam 2 petang.

Sebaik sahaja Daddy pulang ke rumah, anak sulung berumur 10 tahun memberitahu yang tadi posmen Poslaju ada datang nak serahkan bungkusan tetapi bila dia tahu Daddy tiada di rumah maka dia meninggalkan kad menyuruh Daddy mengambil bungkusan itu di pejabat pos. Hangin satu badan Daddy dibuatnya dengan mamat Poslaju ni! Kan org dah bayar untuk awak menyerahkan item tu kepada saya maka serahlah 'by hand'. Ini satu kesulitan pula untuk Daddy pergi ke pejabat pos dan memungut item berkenaan. Adakah sukar untuk menelefon pelanggan dan bertanyakan bila Daddy free dan ada di rumah? Patutlah kos pengiriman Poslaju murah!

Sepatutnya Poslaju mencontohi syarikat perkhidmatan penghantaran cepat yang lain seperti Nationwide, Skynet dan lain-lain. Syarikat ini akan menelefon penerima dahulu sebelum menyerahkan bungkusan. Penghantar cepat mereka akan cuba mencari lokasi rumah penerima berdasarkan tunjuk-arah yang diberikan. Ini baru professional!

Tapi Poslaju ni nak ambik jalan mudah. Bila sampai rumah tak ada orang terus je tinggalkan kad suruh kita datang ambik barang di pejabat pos. Banyak cantik! Wahai pihak pengurusan Poslaju, sila bekalkan elaun topup kepada posmen anda untuk buat temujanji penghantaran dengan penerima item pada masa depan, okay?

Akhir sekali Daddy harap adalah posmen yang akan baca entri ini. Kalau tak ada pun Daddy akan bagi link ke blog ini kepada pihak perkhidmatan pelanggan Poslaju. Sekian. Terima kasih.