Assalamualaikum. Semasa belajar Pendidikan Islam di tingkatan 4 tahun 1989 di SM Sains Machang, Kelantan dahulu, ustaz ada mengingatkan kami sekelas tentang tanda-tanda hari kiamat bakal menjelma. Dia bagitahu tanda2 kiamat tu ada dua iaitu hampir kiamat dan memang dah kiamat! Jadi pada hari ini abam kie nak kongsikan tanda2 hari kiamat makin hampir. Tapi bukannya esok dah nak kiamat pun. Tanda2 hampir kiamat perlu dihayati dan diperingatkan semoga kita sedar akan hari pengakhiran dunia ini. Terima kasih ye, kawan2...

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Ambillah sebagai iktibar…

15 Comments

  1. Semua tanda-tanda ni dah ada sebenarnya,cuma kita cakna atau sebaliknya sahaja.

    ReplyDelete
  2. Bila baca entri abam kie ini, terus meremang bulu roma sebab semuanya dah ada

    ReplyDelete
  3. Moga kita semua terpelihara dan di tempatkan bersama orang yang beriman di akhirat kelak..aamiinn..

    ReplyDelete
  4. seram bulu roma bila tgk tanda2 ni..then semua depan mata..sighhh ..

    ReplyDelete
  5. Semua tanda2 tu dah berlaku kan abam kie, tapi ia hanya menjadi iktibar kpd golongan yg mencari ilmu, sedangkan golongan yg leka terus menerus leka, malah tak ambil endah pun...ngeri bila difikirkan..
    Tq sharing bermanfaat.

    ReplyDelete
  6. banyak yang dah terjadi, sama-sama kita beringat

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas perkongsian, tersentak sejenak

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas perkongsian ini..

    ReplyDelete
  9. Tanda-tanda ni nampak macam semua dah ada.

    ReplyDelete
  10. no 17. selalu pesan dekat anak kena rajin baca Al-quran jadikan panduan. Alquran itu kata-kata Allah. nanti mati kita.. alquran akan teman kita.. harta benda ummi abi tak kan ada.huhu..

    ReplyDelete
  11. Terima kasih di atas peringatan ini Mr Abam Kie. semoga kita semua sentiasa berada di dalam lindunganNya. InsyaAllah. Aamin. :)

    ReplyDelete
  12. Semua tanda dah ada.. beringatlah kita semua.. thanks abam kie untuk perkongsian ni

    ReplyDelete
  13. dah ada dah tanda-tanda itu...

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.