1. Tuntutan Agama

Putri Rasulullah menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.” Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu? 

Lantas Rasulullah SAW menjawab: “Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya…

 2. Mengurangkan dosa 

Sehelai rambut yang diperlihatkan kepada lelaki yang bukan muhrim, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut SENGAJA diperlihatkan kepada 10 lelaki bukan muhrim, maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? Dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?

 3. Lebih pintar dan tenang

Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakain tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak membuatkan otak dapat berfikir dengan cepat dan baik.
  
4. Tidak membazir

Tidak perlu pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut, beli segala rawatan untuk menjadikan rambut kelihatan cantik.

 5. Lebih sopan dan manis

Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. Maka anda mempunyai ‘nilai tambahan’ di situ.

 6. Rambut lebih tahan lama dan sihat

Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran ultra-ungu (UV) akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampu pelindung, hakikatnya syampu itu sendiri mengandungi bahan kimia merosakkan.

 7. Menjadikan diri anda ‘mahal’

Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal yang lain.

 8. Lebih dihormati

Wanita bertudung lebih dihormati ramai. Setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi.

(PERINGATAN UNTUK WANITA-WANITA DI LUAR SANA)
  • Perlu diingatkan bahawa bertudung mestilah berlandaskan tuntutan agama. Bertudung bukanlah satu fesyen terkini, tetapi merupakan suruhan Allah kepada wanita dalam menutup aurat
  • Dan perlu diingatkan bahawa aurat wanita bukan hanya pada rambut, tetapi juga bentuk tubuh wanita itu sendiri. Pilihlah tudung yang menutupi dada. Juga longgarkanlah pakaian yang dipakai agar kurang menampakkan alur bentuk tubuh yang mampu menaikkan ghairah lelaki yang tidak halal untuk wanita itu sendiri.

Wallahualam…..

10 Comments

  1. tak tau nak komen ape. tapi ade jer perempuan di luar sana yang bertudung tapi perangai.. masyaAllah!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi tu. Ada yg bertudung tapi cara gelak-ketawa tu masyaAllah! Susah nak tau manusia tu dari luar.

      Delete
  2. Alhamdulillah..ramai yg bertudung...

    ReplyDelete
  3. semoga pasangan, keluarga dan keturunan kita istiqamah dalam bertudung..

    ReplyDelete
  4. Owg pompuan ni, pakai tudung pun tetap macam2 nak dibuat kat rambut.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih abam kie atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  6. Bila pakai tudung kita nak buat perangai tak senonoh pun rasa segan sebab sedar tudung atas kepala.

    ReplyDelete
  7. Alhamdullillah.. moga lebih ramai yang bertudung n mntup aurat..

    ReplyDelete
  8. Alhamdullilah. Perkongsian yang bagus untuk kita semua. :)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. Perkongsian yang bagus abam kie..
    TQ..

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.