Assalamualaikum kawan-kawan yang dihormati sekalian! Diam tak diam, kita sudah masuk ke separuh kedua tahun 2020. Sekejap je kan masa berlalu? Permulaan baru semestinya menjadi kegembiraan, jadi sekiranya kawan-kawan nak lebih bergembira, abam kie rasa makanan akan membuatkan kita semua lebih seronok kan? Jika kawan-kawan adalah pencinta burger, maka pada hari ini posting ini ditujukan untuk semua pencinta burger di luar sana. Sudahkan anda bersedia? Kawan-kawan nak tahu tak? Pada minggu lepas rangkaian makanan segera Burger King baru saja memperkenalkan bukan 1 tetapi 2 jenis burger baharu di bawah siri Smokey Sensations! Masa ni waktu yang sesuai untuk ke sana! Teruskan membaca posting ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Sensasi Smokey Burger King Terkini Akan Menyebabkan Anda Menginginkan Lebih Banyak!



Seperti yang kita semua ketahui, Burger King sentiasa mengeluarkan menu baharu untuk memuaskan rasa cinta kita terhadap burger. Dari Double Mushroom Swiss hingga Triple Cheese dan akhirnya tawaran-tawaran menu baharu yang tidak dapat ditolak, semua yang ditawarkan pasti menarik minat kita untuk menjamu selera di Burger King kan? Jika kita selalu mengikuti menu mereka, kita pasti tidak akan terlepas tentang hal ini. Sekali-sekala nak gak makan burger di Burger King yang sememangnya sedap dan berbaloi! Lagipun burger di sini lembut dan mengenyangkan! Takkan la nak beli burger di gerai tepi jalan setiap masa kan?


Hah! Kawan-kawan tengok gambar di atas mesti meleleh air liur kan? Kalau nak tahu, Siri Sensasi Smokey didatangkan dengan kepingan daging ayam dan lembu yang dilitupi dengan sos BBQ smokey. BBQ Tendergrill Chicken mempunyai paha ayam panggang yang diseliputi dengan sos BBQ berasap. Kini kawan-kawan boleh menikmati kepingan daging burger ayam dan lembu yang sangat empuk dan berair lagi penuh sensasi dalam satu burger sahaja! Yummy.....


Kawan-kawan rasa nak makan burger extra ke? Kalau gitu kena cubalah Double BBQ Beefacon. Ia didatangkan dengan dua keping daging lembu panggang khas dengan keju cair, potongan daging lembu dengan sos BBQ. Bila makan burger ini akan terasa daging smokey penuh yang penuh lazat! Sos BBQ tu pula cukup rasa manis, masam dan pedasnya. Kalau mak mentua panggil pun pasti tak dengar!


Jadi, siri baru ini sudah tersedia di semua gerai Burger King di seluruh negara. Oh! Lupa nak bagitahu bahawa setiap set dilengkapi dengan kentang goreng dan minuman ringan bersaiz M (sederhana). Dah makan fun fries dan minum minuman ringan tu pasti kenyang molek! Jadi kawan-kawan masih memikirkan apa yang boleh dimakan untuk makan tengah hari dan makan malam? Tak yah fikir-fikir lagi la. Pergi je ke cawangan Burger King terdekat anda dan pesan sendiri apa-apa burger dari Smokey Sensations. Bawa semua ahli keluarga. Tapi pastikan ada penjarakan sosial, OK? Kita masih di dalam tempoh PKPP.


Sekarang ni tak perlu pening kepala nak pesan makanan jika kita tak boleh keluar kerana kereta rosak atau hari hujan terutama sekali kepada mereka yang tiada kereta. Penjual makanan sekarang menyediakan online food delivery bagi memudahkan kita membeli makanan. Ada penjual makanan tu menghantar sendiri makanan mereka, ada yang guna runner dan yang lagi hebat mereka mengupah syarikat penghantaran makanan seperti FoodPanda menyerahkan makanan mereka kepada pembeli. Teknik pemasaran dan penghantaran tu penting dalam perniagaan makanan dalam talian, kan?

Kini kita boleh memesan Burger King pada bila-bila masa dan di mana jua dengan FoodPanda. Maklumlah sekarang ni kita selalu sibuk. Pagi pergi kerja. Malam baru pulang ke rumah. Balik rumah terus lapar. Nak masak masih terasa letih. Tapi jangan risau! Kini foodpanda boleh menghantar terus ke rumah kita. Jimat masa, petrol, tol dan parking lagi!


Jika nak beli makanan di foodpanda ni pun mudah. Kalau guna kad kredit atau debit boleh terus bayar semasa buat pesanan. Jika x ada kad debit (saya rasa mustahil anda tiada kad bank) boleh je bayar waktu terima atau COD. Sekarang ni rider foodpanda pun ada mesin pencetak resit mudah alih semacam cash register di kedai tu pulak! Cuma sediakan wang kecil je.

Walau apa pun keadaan, foodpanda memiliki kawasan penghantaran yang sangat besar, jadi mereka pasti akan menghantarnya ke rumah anda. Aplikasi foodpanda sangat cepat, dan sentiasa ada untuk membuat anda tersenyum.

13 Comments

  1. Lama tidak makan Burger King. Memang kali terakhir makan burger keju Swiss dengan cendawan.

    ReplyDelete
  2. sedapnya. bege king memang portion dia besar2. better dari mekdi. nak cubalah nanti

    ReplyDelete
  3. Lama tak makan bege king. terliur lak ase lps baca entri abam kie ni

    ReplyDelete
  4. Bolehlah cuba nanti food pandakan aje eh!

    ReplyDelete
  5. UN sangat suka burger king.. fries pun sedap kalau compare dgn fast food lain tu.. mudah la ni food panda ada.. nak makan klik2 je

    ReplyDelete
  6. Waduh waduhhh nampak sodap bangattt niiiiiii! Dia punya isi aumm teball! Confirm puas makan hahaha

    ReplyDelete
  7. Dah lama tak merasa BK ni. Tapi mmg tak mengecewakan burger dorang.

    ReplyDelete
  8. mesti sedap ni mama mmg penggemar burger king

    ReplyDelete
  9. lama tak makan BK sebab jauh sikit dr rumah..
    selalu dok amek yan mushroom.. boleh try yang baru ni pulak..

    ReplyDelete
  10. Yup, burger BK mmg special. My fevret is still Double Mushroom Swiss... cheezy fries pun sedap jugak.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.