Assalamualaikum. Caj perubatan di klinik dan hospital swasta kini semakin naik seiring dengan kenaikan harga barang di pasar. Meh, abam kie ni cerita tentang pengalaman abam kie dicaj dengan kadar yang tidak munasabah pada bulan Syawal lepas. 

Pada satu hari Isnin tu adalah hari terakhir abam kie melakukan puasa sunat Syawal.  Tetiba abe kie merasa sakit di bahagian pinggang dan ari-ari. Sebenarnya abam kie ada penyakit batu karang. Dah buat pembedahan pada April 2019 tapi selepas 6 bulan penyakit tu datang lagi semenjak akhir tahun lepas. 

Pada mulanya abam kie nak bertahan je namun setakat jam 12.45 pm sakit tu masih ada. Makin kuat plak rasa sakitnya. Lalu abe kie call klinik A yg biasa abe kie pergi. Tapi doktor tu kata dia nak rehat untuk makan tengahari. Nanti jam 3 pm baru dia buka. Lalu abe kie tel klinik B ni. Hmmm...dulu abe kie dah kena caj melampau dgn doktor di klinik B. Dah boikot dia. Tapi sebab dah terpaksa dan tak tahan sangat abe kie kena gi jumpa dia gak. Arrgghhh!

Dalam jam 2 pm abe kie gi la ke klinik B. Lalu doktor tu suntik bontot dgn ubat tahan sakit. Sebolehnya abe kie nak habiskan puasa hari tu juga sebab tak nak ulang balik. Kalau bukan hari akhir puasa sunat Syawal memang abe kie telan ubat tahan sakit je. 

Nak tahu berapa caj yg dikenakan? RM70 kau! Matilanak! Selain daripada kena suntik, abe kie diberikan 4 jenis ubat iaitu ubat tahan sakit, ubat lawas kencing, ubat batu karang dan ubat sakit perut? Pelik tul kenapa dia bagi ubat sakit perut!


Sebenarnya jika abe kie beli ubat tahan sakit di farmasi ia cuma berharga RM9 utk 10 biji. Memang la x baik guna painkiller tapi bila tak tahan terpaksa telan je la. Abe kie rasa doktor berkenaan tak seharusnya caj mahal sangat kpd abe kie dan pesakit2 lain. Iyolah kan, tinggal di pekan macam ni sepatutnya harga dan caj tu kenalah sepadan dgn taraf hidup penduduk2 di sini. Kalau nak caj mahal2 silalah buka klinik di KL, PJ, Putrajaya, JB dan kawasan2 yg sewaktu dengannya.

Apa komen kawan2? Pernah mengalami pengalaman spt ini? Sila kongsi pendapat anda di kotak komen di bawah. Sekian. Terima kasih.

12 Comments

  1. Pernah juga. Rasa khidmat doktor itu mahal mungkin sebab dia pakar.
    Lepas itu tidak pergi lagi.

    ReplyDelete
  2. Klinik swasta kalau caj RM70 tu biasa sangat.
    Ada yang sampai RM100 lebih untuk sesuatu rawatan

    ReplyDelete
  3. die akan caj consultation sekali..aritu pernah kne cunsult je rm50 gila kan harga swasta

    ReplyDelete
  4. baru ni sakit gigi, ingat nak pi kk je tapi sabtu tak bukak terpaksa la pi swasta... dr tu cek je pun dgn xray pastu bagi ubat tahan sakit dgn oradex.. kena sampai rm81.. sudahnya tak guna pun ubat tu tetiba dah lega sakit sebab kena bayar mahal haha

    ReplyDelete
  5. PC pernah juga..tiga jenis ubat kena seratus lebih..itu siang..kalau pergi malam lagi la..Allahuakbar.

    ReplyDelete
  6. kalau kat sini rm70 untuk 4 jenis ubat dan 1 cucuk tu harga biasa di klinik swasta cikgu... ada yang jauh lebih mahal, kalau pergi malam lagi lah mahal, jumpa doktor je pun kalau lepas kul 9 malam dah sekali jumpa rm50 tau

    ReplyDelete
  7. Banyak jugak ubat yang abam kie dapat tu. Caj klinik swasta memang boleh tahan harganya :)

    ReplyDelete
  8. Pernah kena macam ni. Saya kena gegata. lepas tu pergi klinik dia chekc gitu2 je lepas tu tak de suntikan apa pun.

    sampai kaunter nak ambik ubat tu dia sekali dia kata rm200. suami tanya budak kaunter tu apa benda yang sampai rm200.

    Dia tunjuk la, sabun 2botol, ubat makan je ada 4. hahaha..

    lepas tu suami kata sabun sampai 2 botol ni nak buat apa banyak2.hahah..

    Tak nak sabun, tak nak vitamin. Nak ubat gatal2 je. dari Rm200 jadi rm50. je..

    Kelakar je klinik tu. Dia jual produk sekali rupanya..

    ReplyDelete
  9. Ish mahal sangat tu ya Allah!

    ReplyDelete
  10. 4 jenis ubat.. sekali dengan suntikan dengan harga tu saya rasa berbaloi... Sebab kalau kat tempat saya dengan pekan koboi ni... Lebih seratus tu...

    ReplyDelete
  11. Mrs. A rasa harga tu normal siap dengan jap sekali tu cikgu. Kalau di Seremban ni dah tak dapat kot harga tu wallahulam.

    ReplyDelete
  12. ubat warna biru tu naproxen. Kalau beli kat farmasi murah saja.. tak ada allocation untuk outpatient medical fees ke?

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.