Sebut saja KELANTAN, semua orang tahu akan loghatnya yang tersendiri. Sebagai anak jati KELANTAN, rasa bangga perlu ada dalam diri kerana adanya identiti sendiri. Bukan untuk berpecah dari kelompok yang sedia ada (1 Malaysia), tapi inilah keindahan yang sekian lama terpatri dalam sejarah Malaysia. Sehingga kini, ramai orang dari luar Kelantan pun sudah ada yang mahir bertutur dalam loghat Kelantan. Bukan setakat itu, malah orang asing pun, contohnya dari Arab pun mampu untuk menuturkan loghat Kelantan.

Tak dikecualikan negeri-negeri lain di Malaysia. Masing-masing ada loghat tersendiri. Sama juga seperti negeri Terengganu dengan loghat G : makanG, ikanG, etc, Melaka dengan longat U : ulaU melingkaU atas pagaU, Negeri Sembilan dengan loghatnya : poi mane? poi pokan ke?, Kedah, Perlis, Penang dengan loghat utara : Hang nak pi mana, mai minum ayak ni. Jangan duk loqlaq lagui tuh, Perak dengan loghat koma, teman, ayor dan sebagainya. Tak terlepas pandang dengan negeri-negeri seberang laut sana, Sabah dan Sarawak dengan loghatnya yang susah untuk faham dan difahami tetapi mampu untuk dipelajari : kitak, kamek, bah, dan sebagainya. Menarik bukan?

Walaupun 1 bahasa yang sama, Bahasa Melayu, tapi pertuturan kita dalam dialek/ loghat yang berbeza-beza mengikut budaya dan lokasi. Cukup hebat dan istimewa. Itulah pesona utama dalam sistem komunikasi dan interaksi di Malaysia.

Sebut soal loghat Kelantan, pun berbeza mengikut kawasan dan daerah. Daerah Kota Bharu, Pasir Putih, Bachok, Machang, Tanah Merah, Jeli, Pasir Mas, Tumpat mahupun Rantau Panjang ada slang dan dialek tersendiri. Kadang-kadang, penggunaan kata yang digunakan oleh orang berlainan daerah pun masih ada yang tak pernah kedengaran dan diketahui maksudnya. Maka, tercetuslah idea untuk menghasilkan segmen EDISI LOGHAT KELANTAN di blog ini. Khas ditujukan kepada semua orang Kelantan terutamanya supaya menghargai bahasa/dialek sendiri dan juga untuk makluman dan informasi tembahan kepada pembaca di luar sana.

Segmen edisi sulung EDISI LOGHAT KELANTAN kali ini akan menampilkan isu mengenai LOGHAT KELATELISH (istilah rekaan sendiri penulis). Sesungguhnya tutur kata yang dikeluarkan oleh orang-orang Kelantan, kadang-kadang diperli dan dijadikan jenaka. Kalau bercakap bahasa standard (cakap luar), maka ada yang akan akan perli "bau budu weh". Kalau ada yang speaking English, pasti akan ada suara-suara nakal yang berjenaka, "pecoh botol budu tuh" ataupun "retak doh la botol budu".

Apa yang menarik dalam loghat Kelantan, banyak perkataan pinjaman English yang digunapakai dalam sebutan/intonasi (pronounciation) dengan cara tersendiri dalam percakapan sehari-hari. Cuma, kita perasan atau tidak yang menjadi bezanya. 

Sebut soal English plak, orang Kelantan dilabelkan sebagai golongan yang agak tercicir dalam penggunaan English. Mungkin faktor geografi dan urbanisasi yang menjadikan jurang cukup berbeza jika dibandingkan dengan negeri maju yang lain. Tapi, tak boleh dinafikan masih ada ramai anak jati Kelantan cukup hebat dan fasih berbahasa Inggeris. Tapi kebanyakaanya, kurang mampu dan kurang diberi pendedahan.

Jadi, bila English mula berkembang maju, banyak kosa kata yang dipinjam dan diasimilasikan untuk digunapakai dalam pertuturan sehari-hari. Menariknya, dengan tone dan rima yang unik dan tersendiri. Maka wujudlah koleksi kata KELATELISH antaranya seperti di bawah:

KOLEKSI KATA KELATELISH

CARA BACA : Kelatelish - English - Malay

1) strow - straw - penyedut minuman
2) bolpen - ballpen / pen mata bola
3) bok - book - buku
4) bekwoh - big work - kenduri-kendara
5) stapenah - staff nurse - jururawat
6) skru deba - screw driver - pemutar skru
7) undo - reverse - pusing balik
8) pomen - foreman / mechanic - mekanik / juruteknik
9) loyar - lawyer - peguam
8) neja - manager - pengarah
9) dreba - driver - pemandu
10) epot - airport - lapangan terbang
11) guste - go as turn - pusing balik
12) erek - erect - tarik / perbuatan mendirikan dan membangunkan sesuatu
13) gohek - go ahead - maju ke depan / mara (pandu kenderaan)
14) broka - broker - orang tengah
15) pasengja - passenger - penumpang
16) jem - jam - kesesakan lalu-lintas
17) speka - speaker - pembesar suara
18) saksoba - absorber - penyerap tekanan (kenderaan)
19) poda - powder - kapur kasut
20) paik - modified - ubahsuai
21) tra - try - cuba
22) teh - test - cuba
23) stemek - estimate - jangkaan
24) pintu gek - gate - pintu pagar
25) grenti - warranty - jaminan
26) henda - handle - pemegang
27) stek - staight - lurus / jalan terus
28) kona - corner - pusing / belok
29) op - stop - berhenti
30) karen - current - arus elektrik
31) goli / keypo - goolkeeper - penjaga gol
32) daba lain - double line - line berkembar
33) stetmi - statement - kenyataan / laporan
34) pok gad - guard - pengawal keselamatan
35) maik - mike- mikrofon
36) kalbork - culvert - pembentung

Orite, apa khabar ore-ore Qlate? Sedar tak sedar, dari kecik sampai loni, kito sebenarnyo sangat mahir bertutur dalam dialek English.

Cuma satu je masalah kito, PRONOUNCE je glecoh rail sikit. Tapi takpo, kito patut berbanggo dengan nenek moyong dan generasi sebelum kito. Bakpo? Sebab mereka lah hok jadi perintis kepada KELATELISH ni. Hebat jugo demo ni :)

Pastu, kito pakat kena antar ke skoloh-skolah. Kito blaja English hok betul ikut tajwid dia dan cara nok sebut hok betul. Hari ni la baru kito sedar sbenarnyo hari-hari kito duk guna perkataan English cumo tok sedar jah.

8 Comments

  1. ada jugak perkataan yg sama macam orang kedah guna :D

    ReplyDelete
  2. sejak ada ramai kawan orang kelantan, banyak perkataan dan bahasa kelantan yang saya paham cuma nak berborak dalam bahasa kelantan memang susah sikit lah

    ReplyDelete
  3. uik betul ke perkataan bekwoh dari bahasa inggeris? wow hebat aa

    ReplyDelete
  4. it's unic and pelbagai actually. proud to be a malaysian. nanti izzati pun nak belajar loghat kelantan lah hehe.

    ReplyDelete
  5. saya pun tak mahir sangat English...cuma sekadar faham yang asas kira lepas juga la

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.