Bila isu car seat ni baru nampak sikap-sikap segelintir orang yang lebih suka membangga.

Kakak, abang.. tahap struggle setiap keluarga tak sama. Jangan samakan kasut kulit kita dengan kasut getah orang lain. Memang tak akan sama.

Orang yang tak ada carseat, bukan sebab tak sayang anak. Tapi sebab kemampuan untuk struggle hidup cukup cukup makan. Antara car seat dan makanan untuk anak-anak, mana yang lebih diutamakan?

Kita yang ada, bolehlah cakap car seat murah. Sedangkan orang yang struggle untuk hidup, hatta untuk beli beras, andai letak car seat tu berharga RM 50 pun belum tentu mampu untuk mereka beli.

Jangan ingat rakyat Malaysia ni semua berada macam kita.

Sedangkan di luar sana berapa ramai keluarga yang masih terpaksa ikat perut demi bagi makan anak bini.

Family planning?

Bodoh sangat bila ada yang masukkan isu family planning dalam isu car seat ni. Sebab apa bodoh? Sebab isu anak ramai ni bab rezeki. Kalau kau dah planning cantik punya, install mycalender, pasang iud, makan pil, tetap Allah kata rezeki, rezekilah. Jangan letak rezeki anak tu kat tangan kita. Kita merancang, Allah merancang tapi perancangan Allah tetap yang terbaik.

Bangga ada carseat seolah-olah kita ni mak bapak yang terlalu sayang nyawa anak? Sehingga tanpa sedar memperlekehkan kemampuan orang lain? Syabas bette! 👏👏👏. Anda makbapak hebat 🙄

Jangan lupa car seat tu sebagai salah satu usaha dan asbab saja. Bukan terlalu bertuhankan car seat sampai lupa ajal maut di tangan Allah jua.

Bukan apa, ada terbaca, at least kalau kemalangan, anak yang pakai car seat ni tak mati. Are you sure dear? 🤔

Jangan menghentam, jangan menghina. Tahap kemampuan kita semua tak sama.

Kredit: Aimuni Ummi Abrarhafeez

17 Comments

  1. assalamualaikum & selamat pagi

    ReplyDelete
  2. rasanya kerajaan dah bagitahu kelonggaran diberikan pada yang kurang berkemampuan tapi tak tahu lah kerajaan yang baru ni

    ReplyDelete
  3. pada saya apa2 hal yang melibatkan undang2 jalan raya, terlebih dulu kita mesti disiplin (ajar) para penggunanya. perketatkan pengambilan lesen. tak ada guna kalau ramai beli baby car seat tp yang menyebabkan kanak2 meninggal adalah kerana pemandu lain...

    ReplyDelete
  4. car seat? Jemput anak balik sekolah pun naik moto pun sampai bertiga berempat. Van sekolah pun penuh sendat padat.... bahaya tu jadi perkara nombor dua.

    ReplyDelete
  5. saya tengok trending kat malaysia sekarang ni memang jenis suka menunjuk dan bangga diri ya, silap sikit pelik sikit mesti kene hentam. Saya setuju bila jangan samakan kasut kita dengan kasut orang lain memang takkan sama. Saya si aiyan memang belum 12tahun tapi berat dah sama dengan orang dewasa, saya suruh dia pakai talipinggang keselamatan yang sedia ada dalam kereta ja.

    Kadang sikap pemandu tu sendiri yang buatkan kita mengurut dada, pakai la car seat pun, kereta mahal macamne pun kalau ada segelintir pemandu yang jenis tak berdisiplin memang payah

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sangat dengan Dana.. sikap pemandu tu turut memainkan peranan sebenarnya..

      Delete
  6. Setuju sangat dengan perkongsian abam kie ini..
    Bila isu carseat ini keluar, jari-jemari netizen kemain laju menghentam, menghina dan membangga diri.. Langsung terlupa nak letak diri di bumi.. semuanya nak ke langit belaka.. Geram bila baca komen-komen yang dasyat tuh..

    ReplyDelete
  7. Fuh, panas. Betul juga apa yang Abam Kie kongsikan ni. Alhamdulillah untuk anak-anak tak ada berbeli pun car seat, rezeki dorang dapat free je. ^^

    Tapi masing-masing tak nak duduk. Acane? Hehe

    ReplyDelete
  8. Masa anak kita baby pun, kita riba aja, yang penting pandu hemat, jiwa selamat, insyaAllah, sama2 kita berhemah di jalanraya

    ReplyDelete
  9. un sendiri tak pakai kan anak pun..tapi ajar mereka dok diam2 dan kita nak drive pun kenalah bawa elok2

    ReplyDelete
  10. Setuju,car seat ni salah satu solusi mengurangkan risiko...MENGURANGKAN YA..bukan sifar risiko..kadang kita menjaga,,berhati-hati..sedang orang lain tidak menjaga dan tidak berhati-hati..mangsa dan pemangsa boleh bertukar kedudukkan..konsepnya,awak mampu beli car seat mahal dan terbaik,silakan..jangan sinis pada yang tidak mampu..tidak mampu bukan bererti tidak mahu ya.Daripada asyik sinis pada yang tidak mampu..apa kata belikan dan hadiahkan..sedekahkan..

    ReplyDelete
  11. Sepatutnya kalau nak buat undang2, jangan pengguna aje yang kena.
    Kereta2 baru yang keluar perlu sertakan sekurang2nya 2 baby car seat sebagai komponen wajib.

    ReplyDelete
  12. Zaman ada baby saya dah berlalu..cantik car seat tu

    ReplyDelete
  13. kalau family yg keretanya kecik
    tak muat nak pasang car seat tu..
    bagaimana pulak pemandu yg mabuk?

    ReplyDelete
  14. ini salah satu kaedah perlindungan. tapi isu yg utama pastinya kaedah memandu, moral pemandu dan pastinya kes pemandu mabuk :(

    ReplyDelete
  15. nak buat sebarang peraturan kena lah fikir dulu.. bukan tak boleh nak wajibkan car seat tapi kena fikir kedudukan kewangan isi keluarga.. klau yang ada duit boleh la beli 3 klau anak 3 tapi kena fikir bab kereta.. takat naik kereta myvi, mcm mn pulak.. kerajaan kena kaji balik bab ni.. boleh je klau anak baby hingga umur 4 tau 5 tahun pakai carseat.. tp still kereta tu nak arrangekan susunan mcm mn..
    yang tak mampu tu kena juga difikirkan, melainkan bagi secara percuma

    ReplyDelete
  16. ya, tak semua ibu bapa mampu beli car seat untuk anak...adik kat shah alam tu pun takde car seat..ade macam bakul baby tu je letak dalam kereta...anak dah dua, banyak lagi benda lain perlukan duit...

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.