Minggu lepas keputusan SPM keluar. Ramai yang berjaya. Alhamdulillah.

Namun dalam tidak sedar, dalam ramai yang senyum tertawa bergembira, banyak jiwa yang telah dibunuh tanpa sedar oleh masyarakat. Pada tahun 2020, kita masih lagi membicarakan bilangan A yang diperolehi pelajar. Pelajar-pelajar banyak A ini akan diraikan seluruhnya. Naik ke pentas, dijulang namanya seterusnya dibawa ke media sosial tidak kira oleh organisasi sekolah, guru, ibubapa, jiran tetangga sehinggalah mak saudara musim buah. Semua turut berbangga. Menjadi lumrah, kejayaan ini perlu diraikan. Maslow juga mejelaskan tentang keperluan penghargaan diri di tahap keempat dalam teori keperluannya.

Apa pula jadi kepada pelajar yang tiada A? atau A nya sikit? Atau yang sekadar lulus. Adakah mereka ini akan gagal seluruhnya dalam kehidupan? Adakah mereka ini tidak perlukan sedikit kasih sayang dengan penghargaan?

Jiwa-jiwa ini sebenarnya sedang dibunuh kita semua tanpa sedar. Kita sering berbicara tentang mereka yang dapat banyak A.

Bolehlah lepas ni pergi Universiti, mohonlah JPA, boleh ke luar negara dan macam-macam lagi nasihat dan perangkaan masa hadapan kita berikan sebab banyak A.

Siapa yang menulis di media social tentang apakah laluan yang ada untuk mereka yang tiada A? Walaupun hakikatnya masih banyak institusi pendidikan lanjutan yang disediakan untuk mereka seperti IKM, IKBN, KPTM, Giat Mara.

Pada masa ini mungkin ada antara pelajar ini yang tidak keluar dari rumah, memeruk didalam bilik menangisi masa depan di bucu katil. Pergi ke sekolah, nama tidak disebut kerana tidak dapat banyak A. Ambil slip dan balik. Tiada siapa ajak bergambar. Balik ke rumah ibu bapa pula acuh tak acuh kerana tidak seperti anak jiran sebelah yang keputusannya 700 A. Tidak cukup dengan itu, di media social juga sama. Ditikam-tikam jiwa dan emosi dari segala genap.

Buka media social cikgu Laila upload gambar bersama kawan-kawan yang sama-sama belajar dalam satu kelas di sekolah dulu. Tapi tidak dirinya.

“Alhamdulillah dah jadi orang semuanya”

Yang bergambar pula memegang segala jenis kertas warna warni dengan kasta tersendiri. 10A, 9A, 8A, 7A. Dikastakan mengikut bilangan A.

Scroll bawah sikit, Ziana, crush masa kat sekolah dulu upload gambar tayang slip peperiksaan 5A. Sama-sama belajar dulu tidak kira kemana berdua. Semakin malam menjelma, semakin tertekan hanya kerana keputusan peperiksaan tiada A atau A dia sikit.

Belum dikira kawan-kawan bergurau sebab bilangan A yang tak banyak tadi walaupun hakikatnya telah berusaha bersungguh-sungguh.

Pelajar yang tiada A terus hilang dari pandangan semua. Ada yang mungkin tak kisah dengan keputusannya. Tetapi ada yang sangat kisah dan sangat peduli. Misalnya pelajar yang menjawab peperiksaan dalam keadaan demam, masalah peribadi yang mengacau jiwa hingga hilang fokus.

Mungkin ada yang mampu bangkit setelah ditikam dari segenap arah kehidupan kerana tiada A didalam slip peperiksaan SPM. Mungkin ada yang akan terus tenggelam kerana tiada tangan yang sudi menyambut.

Aku personally bukan pelajar cemerlang dalam SPM. Tiada A pun. Malahan ada juga subjek yang gagal. Bila kawan-kawan bercerita tentang Matematik Tambahan, aku membalas matematik biasa pun ada yang aku tak faham.

Adakah orang-orang macam aku bodoh, bukan manusia, tiada kehidupan?

Adakah murid-murid yang mengambil keputusan SPM semalam yang macam aku langsung tiada hala tuju masa depan?

Sampai bila A dalam SPM menjadi kayu ukur untuk diberi penghargaan?

Sampai bila A dalam SPM menentukan kemanusiaan?

Sampai bila A SPM menjamin kejayaan di masa hadapan?

Sampai bila jiwa-jiwa seperti ini akan terus dibunuh hanya kerana A dalam SPM?

Aku terpanggil untuk menulis sedikit pasal perkara ni akibat dari perbincangan dan persoalan dalam group whatsapp dengan beberapa rakan guru senior.

Tidak salah untuk diraikan mereka yang berjaya, tidak sekalipun aku nyatakan ia satu kesalahan.

Tapi ada satu persoalan yang diutarakan seorang rakan,

"Pernah tak kita raikan pelajar yang berusaha seperti pelajar cerdas lain hanya untuk lulus?"

Credit to Shah Rafi

*Ini adalah pandangan peribadi sebagai bekas pelajar SPM yang melihat dunia dari sudut yang berbeza.

17 Comments

  1. Itu yang selalu berlaku kepada saya juga cikgu.
    Ramai suka bezakan pelajar dengan bilangan A.

    ReplyDelete
  2. sedih lagi kalau masuk sekolah asrama. Hanya murid straight A akan dpt naik pentas T^T

    ReplyDelete
  3. Setuju sangat. Yg takda A pun boleh berjaya. Allah Taala kan ada. Semua dengan izin-Nya

    ReplyDelete
  4. sekarang lepas 21 tahun saya amik SPM, dan ramai je kawan sekolah dulu yang keputusan cemerlang ada yang tak bekerja, ada yang jadi suri rumah, ramai je yang tak berapa cemerlang sekarang dah lebih berjaya dari yang dulu di panggil sebagai murid pintar atau murid cemerlang. SPM bukan segalanya, banyak lagi jalan berliku yang perlu di tempuh untuk berjaya...

    ReplyDelete
  5. Kalaulah pelajar yg dpt A dan tak dapat A itu tahu bahawa rezeki manusia itu berbeza beza hadirnya, Mungkin perasaan macam ini Takkan timbul. Usaha, doa dan tawakkal. Selebihnya terserahlah pd takdir yg menentukan. Nak fikir lebih pun benda dah jadi..

    ReplyDelete
  6. Itulah bak kata DFK peluklah anak walaupun keputusan SPM mereka 9E.
    Touching posting ni cikgu Mrs. A bersyukur dan terima seadanya walaupun Along tak dapat banyak A.
    Tipulah kalau tak terasa tengok anak-anak orang yang dapat straight A.
    Rezeki Allah itu luas pasti ada hikmah disebalikNYA.

    ReplyDelete
  7. setiap manusia punya jalan hidup berbeza.

    ada yg dpt banyakkkk A, berpeluang sambung belajar di IPT. namun bila dah msk IPT, dia sedar sebenarnya di situ ada lg hebat dr dia. akhirnya dia kecewa. putus asa. gagal. terkandas dan sebagainya.

    lain pula yg spm nya tiada A langsung. kalu tanda dgn pen, mungkin merah semua. then dia bangkit dan berbuat sesuatu utk majukan diri. dia pertingkatkan skill. belajar sn belajar sini secara tak formal. 10 thn kemudian, ramai rakannya tidak percaya, melihat dia kini salah seorg jutawan di kampung mrk...

    ReplyDelete
  8. Setuju. Saya dulu pun 1A sahaja.
    Alhamdulillah hari ini mampu meneruskan kehidupan bersama suami dan keluarga dengan bahagia. Yang penting kita percaya segala bentuk rezeki datangnya dari Allah SWT. Terus usaha dan berdoa walaupun kita bukanlah dari kalangan yang bijak pandai

    ReplyDelete
  9. Sebab bukan senang nak dapat A apatah lagi straigh A

    ReplyDelete
  10. Betul tu. Realiti kehidupan sekarang. Bukan sahaja di sekolah. Dlm mencari kerja pun keputusan sebegini menjadi ukuran.

    ReplyDelete
  11. Sedihnya, terkesan juga jika yang tidak diraikan sudah berusaha bersungguh-sungguh. Seolah2 kejayaan tidak memihak pada mereka dan akhirnya kecewa sendiri. Harap mereka tidak mudah berputus asa.

    ReplyDelete
  12. nieyl masa SPM pun xde A...kdg2 memperolehi A atau tidak bukan jaminan 100% future.. ramai kawan2 nieyl yang tak cemerlang SPM skrg berjaya bina kerjaya sendiri termasuklah berjaya buka biz sendiri yang berjaya. SPM bukanlah penamat untuk berjaya, masih ada lagi peluang untuk berjaya jika kita berusaha

    ReplyDelete
  13. keputusan spm saya dulu pon takde A. paling tinggi pon C3 jer.

    BTW, siapa cikgu Laila?

    ReplyDelete
  14. Berjaya itu sangat luas pengertiannya.Bagi PC,banyak A ke,sikit A ke,tiada A ke..yakinlah rezeki setiap kita sentiasa ada...cuma perlu usahakan betul-betul.

    ReplyDelete
  15. Tak apa tak ada A dalam akademik. Asal kan Akhlak kita dapat A.

    ReplyDelete
  16. mungkin cara keputusan yang lama dulu lebih baik, menggunakan pangkat dan agregat...

    ReplyDelete
  17. siapa yang dapat banyak A dalam SPM sangat beruntung..

    tiada A pun tidak bermakna kehidupan sudah berakhir

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.