Monday, 23 December 2019

Petua Dato Dr Haron Din Untuk Menyembuhkan Penyakit


Kena simpan ilmu ni sebaiknya...Orangnya pun dah takda lagi.😔

 (Al-Marhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din)

1) Apabila dipatuk ular, penawar ada pada ular itu.
 - Ambil sisik terakhir (hujung ekor ) ular tersebut.
 - Ambil dan makan. InsyaAllah ia akan jadi penawar bagi bisa ular itu.

2) Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut.
 - Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel
 - Ambil & sapu pada bahagian yang disengat

3) Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit.
 - Ambil buah, diketuk/dipecahkan dan diambil minyaknya
 - Jangan ambil menggunakan tangan, sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali
 - InsyaAllah hilang rasa sakit dan cepat sembuh

4) Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri
  - Surah Al - Baqarah, ayat 102

5 ) Resdung
 - Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan
 - Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada org dtg bersolat)
 - Setiap kolah masjid, 1 botol.
 - Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung
 - Letak air pada tangan kanan, Baca surah Al- Anbya' , ayat 83.
 - Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa'
 - Masukkan air ke dalam hidung & buang semula
 - Ulang sebanyak 7 kali
   Surah Al - Anbya', ayat 83

6) Masalah sakit tumit / sakit2 sendi (rheumatism)
 - Gunakan minyak zaitun
 - Baca Al - Fatihah & Ayat kursi
 - Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di bawah ini :
   Surah At- Taubah ayat 14 dan surah Al - Hashr ayat 21

7) Fibroid, atau masalah yang melibatkan wanita
 - Menggunakan madu asli
 - Baca Al- Fatihah dan Ayat kursi
 - Baca Surah An - Nahl, ayat 69, jampi ayat tersebut pada madu
 - Makan 1 sudu sehari
   Surah An -Nahl, ayat 69

8 ) Angin pasang
 - Menggunakan madu
 - Amalkan ayat-ayat di bawah ini
 - Surah Al - Isra', ayat 82
   Surah Al - Hashr, ayat 21
   Surah Ash - Shua'ra' ayat 70

9) Penyakit darah tinggi, kencing manis dan masalah jantung
    Bahan - bahan :
 - Ambil serai 3 batang (titikkan supaya pecah)
 - Halba (yang selalu diletakkan dalam nasi dagang)
 - Buah kelapa (yang berhingus)

Cara - cara :
 - Serai apabila sudah dititikkan, letak dalam buah kelapa,1 buah kelapa, 3 btg serai.
 - Ambil 7 halba, letak sekali dlm buah kelapa.
 - Ambil buah kelapa, letak atas api gas dan panaskan.
 - Jadikan serai sebagai sudu, ambil isi guna serai.
 - Minum air kelapa yang telah suam.
 * Satu biji kelapa, selang 2 hari.

10) Susah tidur malam
 Surah Al - kahf, ayat 11

11) Angin dalam badan, sakit - sakit sendi
 Surah - fussilat, ayat 44

12) Merawat histeria
 - Genggam tangan kanan, baca Bismillah, MasyaAllah..
 - Baca 3 kali, tiup dalam penumbuk, muncungkan mulut, tiup dengan tiupan yg halus, Tepuk atas  tulang belikat pesakit yang terkena histeria.

P.S. Pagar diri dahulu sebelum mengubati orang lain
       - As saffat , ayat 7

[Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din]

Ilmu yang harus dikongsi bersama..

11 comments:

  1. Alhamdulillah perkongsian yang baik

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang menarik. Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Infor kesihatan yang amat bermanfaat

    ReplyDelete
  4. Fuhh. Betullah. Setiap penyakit pasti ada penawar. :)

    ReplyDelete
  5. Tuan Guru dan Dr Amran Kasimin pernah berkolaborasi menghasilkan buku Doa dan Rawatan Penyakit. Tak pasti samada masih ada di pasaran atau tidak buku-buku ini

    ReplyDelete
  6. al-Fatihah untuk Almarhum Ustaz Haron Din

    ReplyDelete
  7. alfatihah buat ustaz haron din. tq abam sharing ni bagus utk refer nanti

    ReplyDelete