Makan makanan ringan adalah faktor risiko utama untuk kanser, walaupun ia sememangnya tidak dinafikan sedap apabila dimakan, namun ingatlah, dalam jangka panjang, ia dapat merosakkan kesihatan anda secara serius dalam banyak cara. Tetapi ada juga beberapa makanan lain yang akan hampir sama buruknya kepada kesihatan seperti makanan ringan dan juga boleh menyebabkan kanser. Dan ingin tahu apa yang lebih teruk? Anda mungkin tidak mengesyakinya langsung. Di sini, Abe Kie menyenaraikan 15 makanan yang sangat berpotensi untuk meningkatkan risiko kanser dan kita biasanya memakannya pada kehidupan seharian kita, bersama dengan beberapa alternatif yang lebih sihat.

1. Air Berkarbonat


Air berkarbonat ataupun air Soda dipenuhi gula – gulalah bahan bakar kanser yang utama, dan walaupun ada air berkarbonat yang “tanpa gula”, ia sudah cukup buruk untuk anda – kerana ia juga sering mengandungi pewarna karamel tiruan. Warna tiruan ini dipanggil Caramel IV dan mempunyai bahan kimia karsinogenik (penyebab kanser) 4-MEI sebagai hasil sampingan proses berasaskan ammonia. Alternatif – Air biasa selalu menjadi pilihan terbaik, tetapi jika anda benar-benar mengidam kemanisan air soda, pilihlah jenama yang tidak menggunakan Caramel IV.

2. Daging Merah Panggang


Walaupun daging panggang sungguh lazat, para saintis mendapati bahawa dalam suhu tinggi yang digunakan untuk memasak, ia menghasilkan hidrokarbon penyebab kanser kerana perubahan struktur kimia dan molekul daging. Alternatif – Makan daging merah dengan berhati-hati dan masak dengan teliti, pilihan lain adalah makan daging putih sebagai ganti, seperti ayam.

3. Bertih Jagung (Popcorn) Ketuhar Mikro


Diacetyl adalah apa yang membuatkan rasa bertih jagung ketuhar mikro anda menjadi lazat apabila ia keluar dari ketuhar mikro, tetapi apabila dipanaskan, bahan ini menjadi asap bertoksik kepada manusia. Juga, lapisan di dalam beg itu karsinogenik. Dan akhirnya, pengeluar popcorn tidak perlu melaporkan sama ada biji mereka adalah GMO atau tidak, kerana kemungkinan besar ianya tidak. Alternatif – Beli biji organik dan popkannya dalam ketuhar (oven) dengan minyak zaitun, atau dalam “air popper”.

4. Makanan berkaling, terutamanya tomato


Makanan berkaling  berbahaya kerana tin dipenuhi dengan BPA kimia, pengubah hormon yang telah didapati mengubah sel-sel otak tikus. Tomato dalam tin adalah sangat memudaratkan kerana keasidannya menyebabkan BPA meresap ke dalam makanan, menjadikannya lebih tidak sihat untuk dimakan. Alternatif – Beli produk segar atau beku bergantung kepada apa yang sesuai dengan anda.

5. Minyak Terhidrogenasi


Minyak sayur ini diekstrak dari sumbernya secara kimia. Mereka juga mempunyai paras lemak omega-6 yang berbahaya, yang mengubah struktur membran sel kita, dan akhirnya boleh menyebabkan kanser. Alternatif – Pilih beberapa minyak yang diekstrak secara semulajadi, seperti minyak Canola atau Zaitun.

6. Ikan Ternak, Terutamanya Salmon


Walaupun salmon yang ditangkap liar mempunyai kandungan protein yang baik untuk anda, lebih daripada 60% salmon yang digunakan di AS berasal dari hasil pertanian di mana mereka diberi makanan yang penuh dengan antibiotik dan racun perosak, yang terkumpul di dalam badan haiwan , dan apabila dimakan manusia, ia menjadi sesuatu yang memudaratkan. Alternatif – Makan ikan-liar atau gunakan suplemen minyak ikan yang dimurnikan untuk diet yang lebih baik.


7. Pemanis Tiruan



Pemanis buatan kebanyakan dihasilkan oleh proses kimia, dan data tidak mencukupi untuk benar-benar mengetahui jika ia selamat atau tidak. Beberapa kajian mengatakan bahawa pemanis buatan menyebabkan toksin DKP (Diketopiperazine) terkumpul didalam badan dan berpotensi menyebabkan tumor otak. Alternatif – Jika anda mesti menggunakan perasa manis, pilih Stevia kerana ia semula jadi. Resipi tertentu juga boleh menggantikannya dengan penggunaan sos epal.

8. Tepung Putih Halus



Tepung putih halus tidak mempunyai apa-apa khasiat pemakanan kerana proses kimia yang perlu dilalui. Dan lebih buruk lagi, ia dilunturkan dengan gas klorin untuk mencapai warnanya putih. Ia juga penuh dengan karbohidrat, yang sangat mudah ditukar kepada gula – iaitu makanan kegemaran si Kanser – pada badan anda. Alternatif – Pilih tepung gandum yang tidak dilunturkan untuk memasak, dan baca label dengan berhati-hati untuk menentukan berapa banyak peluntur digunakan didalam produk yang dibungkus.

9. Buah-buahan konvensional, atau buah-buahan “kotor”


Buah-buahan dan sayur-sayuran amat baik untuk anda, tetapi jika ianya disembur dengan racun perosak, ianya amat memudaratkan. Sebagai contoh, Altrazine adalah pembunuh rumpai yang telah diharamkan di Eropah kerana menyebabkan masalah kesihatan yang teruk pada manusia, tetapi masih biasa digunakan di AS. Kumpulan Kerja Alam Sekitar (EWG) mendapati bahawa hingga 98 peratus dari semua hasil pertanian konvensional, adalah tercemar dengan racun perosak yang menyebabkan kanser. Alternatif – Belilah yang organik sebagai keutamaan anda ketika memilih, dan cuci dengan cermat semua buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum makan.

10. Daging Diproses


Ini termasuk produk seperti bacon, “hot dog”, sosej, dan daging deli. Pemprosesan makanan sering menambah jumlah garam yang banyak serta bahan kimia berbahaya, terutamanya nitrat dan nitrit yang digunakan untuk memelihara makanan bersama garam. Aditif ini bertujuan untuk membuat makanan ini lebih enak untuk dinikmati tetapi membawa risiko yang tinggi kepada kesihatan anda. Alternatif – Makan daging organik dan cari produk lain dengan pemprosesan minimum dan tiada bahan pengawet, dan jangan lupa untuk mencuci bahan-bahan dan masak dengan teliti.