Assalamualaikum. Beberapa minggu selepas Hari Raya Aidil Fitri barulah abam kie sempat pergi shopping. Maklumlah kan...keutamaan pakaian baharu untuk Aidil Fitri diutamakan kepada anak2. Bapa mereka ni baju2 masih baharu sebab nak membeli baju atau seluar baharu tu tak semestinya bila menjelang hari raya. Kalau nak beli baju tu bila2 pun boleh asalkan ada keperluan.

Memang abam kie masih ada byk stok pakaian di dalam almari tu. Ada yg berusia berbelas tahun masih dipakai. Nak dibuang sayang, nak dermakan kpd org nanti dikatakan mereka tempat kita membuang pakaian pulak. Tak sampai hati rasanya. 

Jadi baru2 ni abam kie ada pergi membeli-belah di sebuah pasaraya di Tanah Merah ni. Memang hajatnya nak beli kemeja kerja sebab yg sedia ada ni dah buruk dan turun warna pula. Kemeja lengan pendek ni dipakai untuk majlis kenduri kahwin dan bersiar-siar di shopping mall. Baru nampak bergaya sikit! Macam daddies gitu yg perut boroi bersiar2 dgn keluarga pd hujung minggu. Hehehe.

Fuh! Sekali beli siap 5 helai! Ambik kau! Abam Kie ni jrg shopping. Sekali shopping terus sapu byk2 terus. Sebenarnya abam kie x mampu nak beli jenama yg branded. Cukup je la yg biasa2 janji cantik dan selesa dipakai. Macam kemeja lengan panjang tu harga dalam RM80++ sehelai. Kemeja lengan pendek tu cuma RM30+++. Salesgirl tu kata harga dah jatuh sebab sebelum Raya kemeja tu dekat RM120. Tapi abam kie rasa memang harganya pun RM80++ tu. Saja dia mark up price lps tu letak harga offer kononnya! Macam la abam kie tak tahu taktik pasaraya nak meniaga ni.

Sesungguhnya kita perlu sesekali merasa teringin untuk berbelanja mewah sikit untuk memberikan ganjaran kpd diri sendiri slps berpenat-lelah mencari rezeki. Betul kan cakap Abam Kie ni?

17 Comments

  1. shopping utk diri sendiri ni kira mcm reward kpd diri sendiri.... penat lelah keja. kan?
    ok la tu... bukan selalu

    ReplyDelete
  2. Btul tu Abam Kie.. Samalah macam saya ni. Kalau beli baju atau seluar, mesti beli 2 atau 3 helai sbb shopping hanya 1 tahun sekali... hahaha :)

    ReplyDelete
  3. Jarang beli kecuali ada keperluan..tapi bila beli lebih dripada sehelai..betul sangat..

    ReplyDelete
  4. BETRL TU HAK DIRI PERLU DITUNAIKAN

    ReplyDelete
  5. Tanah Merah kampungku..hihi..kan abam kie, reward..tp tulah bila memang xde duit nak reward pun xdapat..sedih!!..

    ReplyDelete
  6. kadang-kadang yaya pun terlup untuk shopping untuk diri sendiri as a reward..heheheh

    ReplyDelete
  7. Masalahnya hampir hari hari nak reward kat diri sendiri...acaner?

    ReplyDelete
  8. betul abam kie kalau jarang membeli ni, sekali membeli mesti lebih dari 1..

    ReplyDelete
  9. sy sebulan sekali bagi reward dengan diri sendiri.. bagus macam ni

    ReplyDelete
  10. betul,asal tak boros,kira ok dah cikgu =)

    ReplyDelete
  11. saya setuju.
    serupa la dgn mr.asben saya.
    meskipun saya paksa, dia nak juga dahulukan anak-anak dan isteri.
    but, sekali saya ajak dia shopping brg dia, hmmm beratus habis.
    tapi tu la sekali setahun, abamKie.
    dia selesa camtu, ikut kan je. kalau dipaksa nanti, hati tak ikhlas kan.
    so, once a year shopping brg dia, saya relakan jer meskipun mahal.

    taktik pasaraya tu - ha ha ha ha kan :)
    kita da tau. diorang mark up harga time sales. then harga yg dah diskaun tu sebenarnya harga tulen.
    saya pernah terkena.
    sebelum sales aim dah nak something. 50% ni, ok la. dlm bajet.
    tetiba time sales the next day, harga sales adalah harga yg saya tgk.
    dia up kan 50%, abamKie!!! membebel la saya dgn salesperson tu.
    tinggal lagi saya tak snap gambar jer the day before! lepas tu, saya da tak layan dah member's day ke, sales day ke, hape ke.
    time nak beli, saya terus jer beli.

    ReplyDelete
  12. Barang yang saya selalu beli untuk reward diri sendiri adalah buku. Sudahnya bukunya berkoyan-koyan tapi tak tersempat-sempat nak baca hehehehehehe. Reward untuk diri sendiri memang perlu sangat.

    ReplyDelete
  13. yeaah....sesekali reward diri sendiri.....

    ReplyDelete
  14. banyak nya sekali shopping baju..:)

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.