Friday, 5 July 2019

Kerana dia suamimu....



SUAMIMU...

Kerja atau tidak kerja
Dia suamimu
Berilmu atau jahil 
Dia imammu
Romantis atau kaku
Dia ayah dari anakmu
Ramah atau kasar
Dia bekerja menafkahimu

Ini bukan tentang
Kenapa kita harus patuh
Dan hormat kepada suami
Tapi tentang siapa yg menyuruh 
Taat kepada suami

Sudah berapa kali suara kita
Meninggi di hadapannya?
Berapa kali kita merengek
Meminta sesuatu yg membebani fikirannya?
Berapa kalikah kita
Menghargai pendapatnya?
Menghargai pertolongannya? 
Berapa kalikah kita juga
Menceritakan keburukannya?

Mari para isteri 
Dia suamimu
Syukuri kebaikan suamimu
Sebelum Allah mengambilnya
Darimu..
Sebelum semuanya terlambat

Jika kau mentaati suamimu
Maka Allah janjikan syurga untukmu
Jadi kau tidak akan rugi
Meskipun kau mempunyai
Suami bertabiat buruk
Taatilah suamimu
Selagi perintah itu masih dalam
Hal yang ma'ruf 

Dan ingatlah juga
Tatkala Tuhanmu memaklumkan
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur
Pasti kami tambah nikmat kepadamu,,
dan jika kamu mengingkarinya maka azabku amatlah pedih"
(Q.S. Ibrahim 07)

Bersabarlah atas tabiat suamimu karena ALLAH AZZA WAJALLA

23 comments:

  1. Assalamualaikum Abam Kie. Lama tak mai sini.. Heheh. Bila baca entry ni teringat pulak kat suami. Harap2 selama jadi isteri dia ni, dia takdelah kecil hati ke apa dgn sy...

    ReplyDelete
  2. Betul tu... Jika kita terima seadanya pasangan kita... Dan bersyukur. In Shaa Allah, flow kehidupan pasti tenang. Mudah²an hendaknya.

    Peringatan yang sungguh baik.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah , pesanan yang hebat ini sangat maq hargai.

    "Terima kasih cikgu ..."

    ReplyDelete
  4. Hormat,sayang,hargai dan sabar di alam rumahtangga semua kerana Allah.Moga nanti di akhirat..destinasinya adalah syurga..dan bila di syurga suami atau isteri tetap memilih kita menjadi pasangannya di syurga.

    ReplyDelete
  5. dan jangan lupa, tanpa reda suami siapalah isteri...

    ReplyDelete
  6. tq for reminding.
    isteri. suami.
    pertama - suami yg utama.
    kedua - isteri diutamakan :)

    ReplyDelete
  7. suami isteri saling melengkapi...

    ReplyDelete
  8. ALHAMDULILLAH SUAMI MITHALI

    ReplyDelete
  9. terima kasih cikgu atas perkongsian =)

    ReplyDelete
  10. Pesanan yang amat berguna...tq untuk peringatan..

    ReplyDelete
  11. nice sharing.. bagus utk tatapan para isteri

    ReplyDelete
  12. Suami pun kena sedar akan kekurangan dan kelemahan dirinya.
    Allah letakkan tanggung jawab suami lebih berat daripada kepatuhan seorang isteri.

    ReplyDelete
  13. Singgah baca entry abam kie..

    ReplyDelete
  14. Mudah bg para isteri utk masuk syurga, slh 1 taat pd suami..

    ReplyDelete
  15. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  16. nice sharing abam kie. Pasangan seharusnya saling melengkapi, terima baik buruk dan cuba perbaiki diri masing-masing

    ReplyDelete