Bulan April apa yang saya paling ingat ialah bulan LHDN. Saya pernah kena penalti RM2600.00 pada tahun 2014 kerana tidak berjaya menyerahkan resit rebat cukai. TAK ADA ILMU dan kerana itu hampir semua resit pembelian, rawatan kesihatan dan lain-lain dibuang kerana berpindah rumah semasa tempoh tujuh tahun perkhidmatan daripada 2007 hingga 2013. Dan tidak mustahil saya akan diaudit lagi kerana LHDN memang kerjanya mencari duit kita semua, sehingga dianugerahkan ISO atas khidmat cemerlang melakukan audit seluruh Malaysia. 
.
Jika kita didakwa bukan setakat disuruh bayar kerugian kehilangan cukai oleh kerajaan tu malahan kena 45% penalti lagi, adehhh. Sudahlah kakitangan kerajaan yang membantu kerajaan bangunkan kerajaan, upah dibayar pun kena bayar cukai 27% kalau tak silap daripada jumlah pendapatan, macam orang gaji yang kerja kat rumah kitalah,,,kita kata, bayar cukai gaji aku bagi tu...ha ha ha ha ha. Kereta dan tanggungan isi rumah bukan dikirakan tak boleh ditolak rebat, duduk kat area maju pulak memang struggle nak hidup, cost of living sangat tinggi.  

SO berhati-hatilah kerana semua kakitangan kerajaan atau badan berkanun tidak akan terlepas daripada di AUDIT. Paling terperanjat sebulan sebelum pencen anda dihubungi LHDN untuk membuktikan laporan cukai pendapatan tahunan anda. Begitu juga dengan para peniaga dan usahawan, mereka senantiasa memerhatikan dari jauh dahulu.
.
Tips untuk LHDN bagi kakitangan kerajaan dan berkanun:

1. Simpan semua resit pembelian barang yang boleh ditolak rebat cukai, seperti buku, pembelian komputer, rawatan, pembelian alatan sukan, pembelian rumah pertama selama 7 tahun dan lain-lain. Kalau malas buat hari-hari, simpan aje resit tu dalam satu kotak macam kotak kertas A4 tu. SImpan aje semua resit, nanti baru sorting.

2. Tampal pada kertas, Kalau dakwat boleh pudar, wajib fotokopi untuk simpanan, macam kalau resit kedai buku atau 'mall' ink mudah tanggal, so perlu fotokopi untuk simpanan. Ada kawan Abam Kie cadangkan scan dan simpan dalam google drive. Bagus ni.

3. Buat filing ikut tahun dalam satu fail besar yang kena tebuk-tebuk tu dan susun ikut tarikh.

4. Semua resit sumbangan, sedekah, hadiah atau pemberian pun simpan juga. Buat macam no. 1-3. Sebab tu kena mintak resit kalau bagi sumbangan bukan sebab berkira tapi resit itu membantu kita menghadapi LHDN.

5. Penuhkan kuota insuran, daripada bayar cukai lebih baik bayar insuran untuk faedah kita pada masa akan datang.

6. Penuhkan kuota i-SSPN, bagi yang ada anak-anak, daripada bayar cukai lebih baik buat simpanan tabungan untuk anak-anak.

7. Jika isteri, sila buat pengisian cukai berasingan dengan suami, ada sebabnya. Kalau bergabung hanya faedah untuk suami tapi kita mungkin dikenakan cukai nanti. So bayar asing-asing. 

8. Ada anak ramai bawah 18 tahun lebih baik untuk mengurangkan kadar cukai so, beranaklah,,,ha ha ha ha ha.

9. Jika bekerja dan berniaga isytihar lebih baik daripada merahsiakannya kerana ianya lebih telus. Mungkin boleh lantik freelance accountant untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut.

11. Perkongsian tambahan yg saya lupa nak sebutkan, PCB cukai berjadual tu boleh tukar jadikan zakat dan ia akan dikira utk rebat cukai jugak. Boleh terus ke Lembaga Zakat untuk isi borang dan mohon bantuan pegawai zakat negeri masing-masing. Alhamdulillah sejak saya terkena tu saya tukar status PCB ke bayaran zakat tapi gaji kita meningkat setiap tahun so, PCB akan ada juga potongan saban tahun nanti.

12. Gaya hidup spt pembelian peralatan sukan, hp, laptop, buku dan internet ada rebat around RM2500.00 sahaja so takyah beli hp mahal sangattt ha ha ha...sikit jer rebatnya untuk gaya hidup.

13. Ibubapa yang ada anak kecik rasanya yuran pusat pengasuhan ada rebatlah, juga barangan penyusuan tapi tak pasti berapa had maksima

14. Oklah see you guys and semoga Allah mensucikan harta kita. Oh ye kalau saya tersalah mohon betulkan ye, saya ni bukan tahu sangat pun setakat sharing pengalam aje, semoga apa yang berlaku pada saya tidak berlaku pada orang lain. 

Allahumma yasir untuk urusan hari ini dan pagiiii.