Assalamualaikum. Sehari menjelang cuti Krismas ini Abam Kie nak sambung perkongsian tentang teknologi masa lalu yang sudah lupus. Semoga ianya memberikan manfaat kepada kita kerana jika tiada yang lama maka tiadalah yang baharu kan? Terasa nostalgik bila mengingati kembali benda-benda yang lama ni. Teringat masa muda remaja gitu. Baiklah, tanpa melengahkan masa, sila baca item2 teknologi masa lalu yang kini menjadi memori semata-mata. Terima kasih.

Tech From The Past #22: Lotus 1-2-3


Kembali jauh sikit ke zaman akhir 80-an dan awal 90-an untuk menjenguk tok nenek Microsoft Excel iaitu Lotus 1-2-3. Pencapaian terbesar Abam Kie belajar guna benda alah ni adalah dengan buat graf dan carta pai. Huhuhu...

Tech From The Past #23: Nokia 3310


Tak perlu bagitau apa lagi, ini memang lejen. Memang trendy tu jika guna Nokia 3310 pada awal alaf ini. Masa tu Nokia la champion jenama handphone di Malaysia. Zaman kegemilangan gitu. HP ni tahan lasak. Kalau jatuh dari tingkat 4, masih buleh pakai lagi. Cuba lempar HP android kwn2... Alamatnya berkecai la jawabnya. Kadang2 Nokia 3310 ni buleh buat baling kat anjing je jika dikejar haiwan tu. Hehehehe...

Tech From The Past #24: KaZaa


Kalau Napster dulu selalunya hanya untuk download MP3, KaZaa digunakan untuk download macam2 seperti movie, anime, software dan lain2 termasuk virus. Antara pesaing KaZaa adalah Limewire, Bearshare, Imesh dan lain2.

Tech From The Past #25: Clippy, Microsoft Office Assistant


Korang mesti kenal dia ni, korang mesti kenal punya... Semasa tgh taip dokumen di Microsoft Word, tetiba ia keluar. Konon2 nak tawar pertolongan gitu.

Tech From The Past #26: Dial-up Internet


Sama ada anda pengguna 1515 atau 1511, tekan Connect dan bersedia untuk dengar bunyi dari modem yang sangat menjengkelkan. Internet zaman akhir 90an memang slow tapi kita pasrah je. Kalau tgh guna internet, panggilan tak boleh masuk. Engaged memanjang!

Tech From The Past #27: Joystick


Seriously, siapa yang masih main game pakai joystick macam ni sekarang?

Tech From The Past #28: HTML Frame


Membangunkan website menggunakan frame memang sangat popular suatu ketika dulu, namun menggunakan frame dalam website zaman sekarang seperti melihat website zaman batu.


Tech From The Past #29: Cyber/Digital/Virtual Pet/Tamagotchi


Walaupun trend membela haiwan digital ini pernah popular sekitar tahun 90-an namun abam kie tak berminat untuk main sebab masa zaman tu abam kie dah mula bekerja, x de masa nak bela benda alah ni. Tambahan lagi sedangkan diri sendiri susah nak jaga apatah lagi nak jaga binatang tak wujud ni.


Tech From The Past #30: Microsoft Frontpage


Dulu gigih buat website pakai Frontpage, sekarang pakai Dreamweaver atau Notepad je.

Tech From The Past #31: Norton AntiVirus


Dulu kalau tak install Norton Antivirus memang tak sah, rasa tak selamat komputer. Sekarang masih ada yang setia menggunakan Norton Antivirus?

Tech From The Past #32: Dot-Matrix printer


Printer dot-matrix ni masih ada dipakai di bank, pejabat dan kedai, namun kalau masih dipakai di rumah memang rare, dah la bunyi bising ya amat.