As salam. Kawan2 pernah dengar ke apps e-wallet bernama Boost?

Boost App merupakan aplikasi Mobile Wallet (e-wallet) yang dibangunkan oleh Axiata (parent company bagi Celcom). Boost, secara ringkasnya ialah aplikasi yang memudahkan transaksi digital dengan mudah hanya menggunakan smartphone Android dan juga iPhone.

Ianya mula dilancarkan tahun lepas lagi tetapi baru kini Boost mula mendapat momentum dan semakin popular dikalangan pengguna di Malaysia. Terbaru, banyak bazar Ramadhan di sekitar KL juga turut menggunakan Boost sebagai kaedah pembayaran.

Cara Gunakan Boost Mobile Wallet



Sebelum guna Boost, download dulu app Boost di App Store dan Play Store.

Boost menggunakan teknologi QR Code dan tidak bergantung kepada NFC atau MST seperti Samsung Pay. Pembayaran hanya semudah scan QR Code sahaja dan tidak perlu tap atau swipe di credit card terminal. Secara teori, Boost boleh dipasang di mana-mana iPhone dan Android Phone.

Masa buka akaun Boost, jangan lupa masukkan invite code 'marzs9e' untuk dapatkan kredit RM5 percuma selepas pembelian minimum RM10 pertama.


Kegunaan Boost App Mobile Wallet

Ringkasan apa yang Boost App boleh buat :

* Pembayaran mudah di kedai-kedai fizikal seperti Nandos, Tealive dan banyak lagi
* Pemindahan wang daripada user kepada user
* Pembelian topup prepaid Celcom, Maxis, Digi, Umobile dan sebagainya dengan cashback
* Pembelian voucher Lazada, Zalora, Shopee, 11street dengan harga lebih murah – contoh voucher  RM50 bayar hanya RM45
* Pembelian kredit video game Steam, Garena dan sebagainya
* Diskaun bagi pembelian di kedai atau platform terpilih – seperti harga air Tealive yang lebih murah
* Cashback bagi pembelian – contohnya promosi 11street dapat cashback RM10 setiap pembelian



Konsep Boost ini mudah. Baki wallet boleh ditambah menggunakan debit card, credit card atau online banking. Setiap transaksi pula memerlukan nombor PIN 6 angka untuk pengesahan sekuriti. Untuk membolehkan baki Boost Wallet dipindahkan kembali ke akaun bank, anda memerlukan akaun Boost Premium yang boleh dinaik taraf secara percuma. Tapi harus ingat! Caj sebanyak 2% daripada nilai pindahan akan dikenakan. Contohnya, kwn2 nak cash in RM100 ke dalam akaun bank tapi cuma RM98 je yg dapat!



Gambar di atas merupakan screenshot sejarah transaksi akaun Boost Abam Kie. Bila abam kie beli topup, maka Boost akan bagi cashback sama ada 20 sen, 50 sen, RM1 atau RM2. Kira mcm nasib la kalau dapat nilai yg tinggi. Tapi wajib boleh tau! Ini x tipu sebab Abam Kie selalu beli topup utk sendiri atau jual kepada guru2 n murid2.

Selain drp itu, bila Abam Kie bayar bil telefon TM, Astro dan Air Kelantan, maka abam kie dapat gak cashback tu. Tricknya ialah bayar bil tu sikit2. Contohnya jika bil Unifi tu RM100 maka abam kie bayar RM10 sehari. Katakan setiap kali bayar dapat cashback RM0.50 maka selepas 10 kali bayar dpt la RM5! Itu jauh lebih banyak drp TM bagi jika bayar bil mereka secara autopay iaitu RM2 sebulan. Jadilah pengguna bijak, OK? Tengoklah berapa banyak kita dapat berjimat sebulan.

Mudah sahaja kan guna Boost App e-wallet? Jom kongsi dan tag rakan-rakan kita tentang kelebihan apps ini. Abam Kie dah ceritakan segala kelebihan dan penjimatan bila guna apps Boost ni. Kalau x nak rebut peluang ni memang tak reti ekonomi la. Sekian. Terima kasih.

9 Comments

  1. Hai,jemput join segmen saya!!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/10/segmen-saya-nak-buku-free-by-cuya.html

    ReplyDelete
  2. Nice sharing cikgu.
    Menarik juga boost ni dpt cash back tu yang best.
    Tak terfikir pulak trick pembayaran bil secara installment tu hiks!

    ReplyDelete
  3. pernah daftar haritu pastu takreti nak guna haha

    ReplyDelete
  4. Wow dunia dah semakin ke arah cash less dah kan

    ReplyDelete
  5. ejulz guna phone murah je.. dah x muat app.. hehe

    ReplyDelete
  6. Thank you abg kie share.. Baru tahu kewujudan apps sebegini.. Nice

    ReplyDelete
  7. Terima kasih Abam Kie atas perkongsian maklumat. Nak kena riki-riki juga apps nih sebab sekarang nih semuanya nak cepat dan tuntas tetapi selamat

    ReplyDelete
  8. ada terbaca gak boleh cuba ni nanti

    ReplyDelete
  9. mcm menarik jer??!
    dpt cashback tu yg best.
    mcm dpt balik duit yg kita da byr, kan...

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.