Assalamualaikum. Pada bulan Julai lalu Abam Kie akhirnya berkesempatan berjumpa dengan sahabat lama yang sama2 mengajar di Papar, Sabah dahulu. Abam Kie mula2 berkhidmat sbg guru di SMK Majakir pada 16 September 1997 sehingga berpindah ke Kelantan pada awal Jun 2001. Manakala sahabat lama Abam Kie ni bernama Azrul Abdul Wahab mula bertugas di SM St. Mary pada 2000.

Kali terakhir kami bertemu pada Julai 2001 semasa kenduri kawan kami di Bachok. Selepas itu kami langsung tak bersemuka biar pun rumah keluarganya di Kota Bharu manakala Abam Kie menetap di Tanah Merah. Satu negeri je kan? Biarpun dia ada pulang ke kampung namun takdir belum mengizinkan kami bertemu kembali sehinggalah dia berpindah ke SMK Manek Urai pada Jun 2017. Kira lama la juga dia berbakti di Sabah. Katanya dia minta pindah kerana nak menjaga arwah abahnya yg sedang sakit. Sama la dgn kisah abam kie. Abam Kie minta balik Kelantan tu sebab nak jaga arwah ma. Jadi, kami berdua adalah anak2 yg soleh kiranya. Alhamdulillah.

Merujuk kepada hari kami berjumpa kembali tu pada hari Khamis berkenaan, abam kie ada urusan di SMK Pahi sehingga hampir tengahari manakala Azrul pula menghadiri meeting di PPD Kuala Krai. Selepas urusan masing2 selesai kami berjumpa di sebuah restoran di Bandar Baharu Kuala Krai. Dia masih kacak seperti dulu ada iras2 Norman Hakim gitu. X banyak berubah susuk badannya. Cuma kepala je makin bersinar! Abam Kie biasalah, 17 tahun dulu slim mcm Aiman Tino, tapi skrg dah bambam mcm Rafizi Ramli. Hahahaha...


Gambar ni diambil semasa kami bercuti di Labuan sekitar tahun 2000. Naik feri di KK dan sampai di sana lalu menginap di rumah kawan Azrul selama 2 malam. Bila balik ke Papar habis kulit muka menggelupas kerana cuaca di Labuan sangat panas! Kenangan tak dapat dilupakan masa di Labuan tu bila tayar motor pancit di tengah bandar. Jenuh juga nak menyorong motor ke bengkel!

Kami berbual2 dalam sejam jugak la sebelum abam kie meminta diri nak pulang sebab nak ambik anak2 dari sekolah. Maklumlah, dari KK ke TM ambik masa 45 minit gak bergantung kepada trafik. Selang dua minggu kemudian abam kie dan keluarga pergi ke rumah Azrul di Kubang Kerian sebab dia ada buat kenduri kesyukuran 3 dalam 1: naik rumah baharu, kakak nak pergi Makkah dan tahlil arwah abahnya. 

Sesungguhnya abam kie bersyukur kerana dapat bertemu kembali dengan sahabat lama tersebut. Talian ukhwah dan silaturrahim sesama kita umat Islam hendaklah dikekalkan. Kena selalu bertegur sapa biar pun menerusi apps dan media sosial. Betul tak kawan2?

13 Comments

  1. KENANGAN SILAM BERTAUT KEMBALI

    ReplyDelete
  2. kira jejak kasih laa ni ya abam kie ;-)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah berjodoh akhirnya. Banyak benda nak dibualkan bila lama tak jumpa tu kan. Lepas 17 tahun masing2 dah berubah bentuk ye. Hehe

    ReplyDelete
  4. singgah sini

    https://messarah.blogspot.com/2018/08/altheas-real-fresh-skin-detoxer-review.html

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..ikatan persahabatan terjalin kukuh...

    ReplyDelete
  6. semoga persahabatan hingga ke jannah

    ReplyDelete
  7. Wah seronok jumpa kwn lama, KLMJ gitu 😁

    ReplyDelete
  8. Semoga ukhwah dan silaturrahim antara abam kie dan shaabat akan sentiasa berkekalan.. Aamiin..

    ReplyDelete
  9. kenangan yg lama menjelma.. hehehe

    ReplyDelete
  10. wah segak dan hensem abam Kie suatu ketika dahulu

    ReplyDelete
  11. Bestnya dapat jumpa kawan lama, mesti banyak nak dibualkan

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.