Assalamualaikum.Sejujurnya Abam Kie merasa keberatan bila nak berurusan di sektor2 kerajaan pusat atau negeri kerana mereka selalunya kurang cekap didalam melayan pelanggan2 mereka. Ramalanku benar belaka bak tajuk lagu kumpulan Umbrella dua dekat yang lampau. Meh Abam Kie ceritakan pengalaman pahit berurusan dengan Pejabat Tanah dan Jajahan Machang tempohari.

Sebelum cuti Krismas 2017 Abam Kie dan ayah pergi ke PTJ Machang untuk permohonan menukar nama di geran tanah kerana ayah ingin memberikan sebidang tanah yang terletak di Kampung Bukit Bakar, Machang kepada Abam Kie. Jadi kami pergilah ke sana. Apabila abam kie menyerahkan geran tanah tersebut kpd kerani bertugas, didapati no kad pengenalan ayah tiada tercetak di dalam geran tersebut. Ini menyebabkan permohonan salin nama tidak dapat dilakukan. Sebaliknya kena buat permohonan mengemaskini no KP ayah dahulu di dalam geran tersebut. Sebenarnya geran tanah berkenaan mempunyai dua nama iaitu nama ayah dan arwah sepupunya. Sebelum bapa sepupu meninggal, dia telah menukar nama pemilik tanah itu kpd anak perempuannya. Jadi skrg atas geran tu ada nama dua pupu abam kie dan ayah. Nama dua pupu abam kie tu ada no KP tetapi nama ayah tanpa no KP. 

Selepas tu kena buka fail dan bayar cukai bagai. Kerani di situ siap beritahu akan ada tarikh perbicaraan atau soal-siasat nanti bagi mengesahkan tanah tu milik ayah juga. Jadi ada 3 org saksi lagi yg perlu hadir pada tarikh perbicaraan tersebut iaitu mak sepupu, dua pupu dan penghulu mukim. Mereka bertiga kena jadi saksi2 yg mengesahkan bahawa ayah adalah pemilik bersama tanah tu. Cuma tarikh bicara tu akan diberitahu kelak. Dia kata mungkin dlm masa 2 minggu je kot.

Namun tunggu punya tunggu x juga dia call. Last2 abam kie gak kena call dan tanya. Akhirnya bila abam kie meninggikan suara barulah kerani itu akan segerakan tarikh bicara yg ditetapkan pd 21 Feb 2018. Kata dua minggu tapi jadi dua bulan! Aku dah agak dah memang slow giler staff di sana buat kerja. 

Pada hari bicara tu syukurlah semuanya berjalan lancar cuma tok penghulu tu je yg terlambat tiba. Selesai bicara kerani tu kata kena tunggu dia call bila geran baharu tu siap. Sebulan lepas tu dia call dan bagitahu geran baharu dah siap dan boleh ambik bila2 masa. Lalu abam kie dgn ayah nak pi ambik geran tu pada cuti sekolah lepas. Bila sampai di sana kerani asal tu suruh gi ke jabatan yg menguruskan geran tu pulak. Bila sampai kat jabatan geran tu pulak ada ke patut kerani di situ kata geran belum dicetak dan ketua kerani yg uruskan geran tu bercuti pulak! Jadi x boleh ambik la pada hari tu! Ini yg buat abam kie bengang tahap gaban! Lain jabatan lain cakapnya! Yg jabatan pertama kata dah siap tapi jabatan kedua kata belum siap! Apa kes? Menyirap darah aku jika orang cakap tak serupa bikin ni! Dah la masa, tenaga, duit habis semata2 nak ambik geran tu! 

Kepada staff berkenaan aku ucapkan #silameninggal. Ingatlah, jika kita memudahkan urusan orang lain pada hari ini, In Shaa Allah, Allah akan memudah urusan kita pada masa akan datang.