Pada bulan lepas Abam Kie ada gi dengar ustaz berceramah di Masjid Tanah Merah ni. Ustaz tu kata: "Buat apa mu dok simpan duit banyak2? Untuk anak cucu ustaz. Anak2 cucu mu ada rezeki masing2. Di usia tua, duit simpanan mu tak dapat menolong pun dalam kubur. Ada duit, baik mu menderma atau mengembara untuk melihat ciptaan Allah😊😊. Meme pun abe kie bercadang nak travel around the world bila dah pencen daripada mengajar nanti. Nak kenal negara orang. Masa tu nak gi dengan isteri je. Nak honeymoon tanpa campur tangan anak2 dan cucu. In Shaa Allah, kalau dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan tubuh badan.... Aamiin.....

Seketika kemudian Abam Kie teringat pesanan ibu yang meninggal dunia pada tahun 2002. Pesanan arwah ma membuatkan abam kie tersentak! Apa kata dia sebelum dia dijemput Ilahi?

"Ingat, abe kie. Kadang-kadang orang beli rumah, mereka terlupa yang umur dia makin lama makin meningkat tua. Tenaga kita pun bukan semakin bertambah."

Berapa ramai orang yang beli rumah dua tingkat, tiga tingkat, akhirnya cuma guna bilik kecil di tingkat bawah dan yang paling hampir dengan tandas.

Katil yang tinggi dan mewah, turun ke lantai. Dapur yang diubahsuai berpuluh ribu diganti dengan meja makan 20x40 inci tepi katil. Kolam renang cuma mampu dilihat. Besen berisi kain buruk yang diletak di tepi katillah kolam renang kita.

Kita fikir nak senangkan anak-anak, tapi bila kita tua dan mati, anak-anak dah ada rumah sendiri. Rekabentuk rumah 30 tahun akan dtg tak sama dgn sekarang. Taknak mereka duduk rumah pusaka. Akhirnya dijual. Kalau rambang mata silap-silap pusaka kita jadi fitnah bergaduh sesama saudara.

Ambillah jalan sederhana. Beli rumah yang cukup-cukup untuk kita berselisih bahu dengan ahli keluarga. Lebih mesra. Bukan yang 10 kali laung pun tak muncul-muncul depan muka. Lebihan duit yang ada, binalah rumah mewah utk keluarga kita di syurga sana."

Demikianlah perkongsian yg cukup hebat untuk kita semua.  *Allahuakbar!!!*

10 Comments

  1. Allhuakbar, terima kasih abam kie dengan perkongsian ni

    ReplyDelete
  2. terima kasih abam kie, kadang kita ne lupa sokmo sebab terikut sangat
    dengan trend.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Terima kasih atas perkongsian. Mohon share

    ReplyDelete
  4. Betul dan setuju...sederhana tapi selesa..mewah dengan cahaya yang terang cahayanya dapat dilihat seluruh kerajaan dilangit.

    ReplyDelete
  5. Setuju sesangat.
    Terima kasih atas perkongsian manusia hari ini [#ingatanuntukdirisendiri] ramai yang terleka berlumba-lumba mencari harta dunia.

    ReplyDelete
  6. Tq for sharing..Pendapat rabia kan..tak perlu rumah mewah2,rumah simple2 pun dh cukup.asalkan ada tempat berteduh.

    ReplyDelete
  7. betul tu abe kie. mek stuju. insyaAllah. sekadar yang mmpu.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.