Assalamualaikum. Abam Kie mula berminat untuk membeli polisi insuran semenjak 20 tahun lepas semasa mengajar di SMK Majakir, Papar, Sabah. Masa tu abam kie beli polisi insuran konvensional dari syarikat AIA. Tengok kawan2 kat sekolah tu semuanya ada insuran jadi abam kie pun beli la juga.

Sekembalinya ke Kelantan timbul kesedaran untuk membeli takaful yang patuh syariah pula. Kena tinggalkan yang haram ni. Mula2 tu abam kie beli Takaful Malaysia untuk diri sendiri dan 3 orang anak. Tak lama kemudian abam kie tergoda dengan pelawaan ejen Takaful Etika lalu terus membelinya untuk diri sendiri pula. 

Selang tiga tahun kemudian, ejen Takaful Etika ni memang tak beretika kerana tidak membuat perkhidmatan selepas jualan kepada abam kie. Bila call selalu tak dapat. Busy sokmo. Frust tul. Dalam 3 thn pertama tu dia dapatlah komisen daripada syarikat tp bila komisen tu tamat maka pelanggan2 yg lama sudah tidak dipedulikan.

Dalam abam kie tercari2 plan Takaful terkini tu datang la ejen Takaful MAA bernama Bad ke sekolah. Kempen punya kempen akhirnya abam kie bersetuju nak beli takaful MAA untuk diri sendiri dan anak2. Selepas tu abam kie tutup polisi Takaful Malaysia dan Takaful Etika. Senang cerita......

Tahun seterusnya abam kie membeli polisi takaful untuk isteri pula juga dari Takaful MAA tapi menerusi ejen yg lain pula bernama Syukran. Semua ahli keluarga kini dilindungi oleh Takaful MAA yang kini sudah bertukar nama kepada Takaful Zurich. 

Kedua2 orang ejen ni akan datang ke sekolah abam kie pada awal tahun untuk memberikan cenderahati syarikat mereka. Untuk tahun 2018 ini Bad memberikan abam kie sebuah year planner dan kalendar dinding manakala Syukran menghadiahkan sebuah kalendar meja. Alhamdulillah dan terima kasih banyak2 diatas kesudian kalian itu. 

Jadi kepada kawan2 blogger yang berada di Kelantan dan masih belum memiliki polisi takaful, boleh la menghubungi mereka berdua untuk keterangan lanjut. Memiliki takaful ini amat penting sbg perlindungan apabila kita ditimpa musibah seperti kematian dan kecederaan kekal atau sementara. Masih ramai orang Melayu yang belum memiliki takaful. Bertindaklah sekarang sebelum terlambat, ok?

En. Bad : 017-9088090 dan En. Shukran : 013-6616610

P.S. Mereka berdua ni masih bujang tau!