Berlaku Adil Kepada Anak-Anak
Anda mungkin pernah merasa atau melihat ibubapa yg memelihara anak-anak yg kadangkala
memberi layanan berbeza antara yg sulung dgn yg bongsu, yg lelaki dgn yg
perempuan, yg cerdik dgn yg kurang, yg OKU dgn yg sempurna. Kali ini Abam Kie nak
perturunkan hadis riwayat Anas bin Malik mengenai layanan terhadap
anak, katanya,
"Pada suatu hari ketika seorang lelaki duduk dg n Rasulullah. Tiba-tiba datang anak lelakinya lalu dia menciumnya dan didudukkan di ribanya. Tak lama kemudian datang pula anak perempuannya, lalu didudukkan di sampingnya. Nabi yg melihat hal ini bersabda,"Kamu tidak adil kepada anakmu." (Riwayat Baihaqi)
"Pada suatu hari ketika seorang lelaki duduk dg n Rasulullah. Tiba-tiba datang anak lelakinya lalu dia menciumnya dan didudukkan di ribanya. Tak lama kemudian datang pula anak perempuannya, lalu didudukkan di sampingnya. Nabi yg melihat hal ini bersabda,"Kamu tidak adil kepada anakmu." (Riwayat Baihaqi)
Jika sekadar berbeza layanan mencium dan duduk di riba dgn duduk
di samping pun ditegur oleh Rasulullah, maka mungkin pada kita banyak lagi
ketidakadilan kpd anak-anak yg dilakukan tanpa sedar atau sedar. Anak yg
cerdik dipuji, yg kurang cerdik diherdik dicaci, yg perempuan dibeli itu
ini, yg lelaki dibiar bermain lumpur, yg berjawatan dibangga, yg kerja
buruh, dicebek mulut, yg cantik, yg comel, dibawa ke majlis, dipapar di FB, yg
sedikit hodoh, tak sempurna ditinggal di rumah, berat hati nak snap
camera, sedangkan semua anak adalah kurniaan Allah. Siapa pun tidak tahu
ketentuan nasibnya. Subhanallah!
Bila anak memprotes berebut dg n
saudara lain itu antara ciri ketidakadilan. Dgn demikian ada ibubapa
membeli pakaian yg serupa, memberi pilihan tempat duduk di kereta, pilihan
memilih makanan di restoran dll. Berhati-hatilah. Abam Kie faham perkara adil
kpd anak2 adalah sukar terutama yg ramai anak, tetapi tanganilah agar
mereka tidak memendam perasaan, fahamkan mereka, dengar hujah dan permintaan
serta bantahan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Yg penting
jangan menunjukkan ciri ketidakadilan yg jelas.
Telah banyak
teladan kita melihat anak yg disanjung kerana bijak dlm
pelajaran, cantik, akhirnya tidak peduli ibubapa yg tua bila berjawatan
besar. Sedangkan anak yg kurang cerdik, akhirnya tinggal dgn ibubapa yg tua
dan memelihara mereka. Itu balasan Allah, sindiran Allah kpd
ketidakadilan kita dahulu kpd anak. Bahkan ada anak yg dihantar mengaji
pondok kerana tak dpt 5A dlm UPSR (dgn sindiran hang pi jadi lebai pondok
sudahlah). Ahirnya menjadi penyejuk mata ayah bonda, dan ketika solat
jenazah ibu bapanya, dia yg mengimamkannya, sedanngkan anak yg dibangga
hanya menunggu di kubur dgn cangkul di tangan untuk menimbus tanah kubur
ibubapanya. Allahuakbar.
Ada bapa yg berbangga dgn 3 anak yg
belajar overseas, balik menjadi jurutera di industri, sedang anak bongsu yg
sekadar lulus PMR bekerja sebagai pelayan pejabat di sekolah
dihina, diherdik sebagai bodoh. Tetapi akhirnya bila si bapa rosak buah
pinggang, dgn anak yg dihina sebagai bodoh itulah dia bergantung hidup
membiayai rawatan dailisis percuma kerana anak itu pegawai kerajaan
meskipun sekadar pelayan pejabat. Anak-anak yg dibangga kerana
cerdik, kerana kerja hebat di mana??? Jangan hina anak yg sedikit lemah dlm
pelajaran.
Abam Kie cuma ingin mengajak kawan semua menoleh
ke belakang, melihat kembali layanan kpd anak utk membetulkan kesilapan
agar hadis ini dipatuhi. Kpd mereka yg akan ada anak, beringatlah utk
berlaku adil meskipun pada kadar ciuman sayang dan antara yg diriba dg n
yg didudukkan di sisi. Wallahualam....
Sumber: TUAN HAJI ABD GHANI HARON
17 Comments
terima aksih a.kie atas ingatan, anak2 dijadikan sebaik-baiknya oleh Allah swt tuk kita. Kita yg mencorakkannya.... baik atau pandai itu dah tetapan Allah, tiada apa yg nak dibezakan sebab Allah itu Maha Adil, dan kita juga harus adil dan terima ketentuanNya...
ReplyDeleteTerima kasih Abam kie. #Deep tanpa sedar layanan kita terhadap anak-anak sekarang bakal patah balik kelak bila kita tua nanti
ReplyDeleteSaya sokong statement ni!!! ^^ hahah! ^^
ReplyDeletesangat berguna
ReplyDeleteTerima kasih perkongsian ini
ReplyDeletenice sharing
ReplyDeleteteringat la pulak saya dengan anak-anak yang sudah jauh dari sisi
ReplyDeleteAnak-anak adalah permata hidup kita.
ReplyDeletebetul tu abam kie..kena rendahkan ego kita demi anak-anak..
ReplyDeletebetul2
ReplyDeletesetuju
Terima kasih atas ingatan abam Kie.. Insha Allah, semoga kita semua dapat berlaku adil pada anak-anak..
ReplyDeleteterima kasih abam kie pengkongsian ni
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian.Semoga dapat berlaku adil untuk anak anak.
ReplyDeleteKena adil.. kadang mungkin susah tapi itulah yang sepatutnya ibu bapa buat.. Semoga dipermudahkan urusan semua ibu bapa.. semoga tak lupa amanah Allah
ReplyDeleteHow true. Tq Abam atas sharing
ReplyDeletesetuju sgt... mereka kan dilahir dr perut yg sama, ibu ayah yg sama... jd mengapa perlu ada diskrimanasi antara mereka? jujur ckp, sy sbnr nya ckp pantang kalau ada yg suka banding2 kan org ni... bla ckp seolah2 mcm tak ada iman... igt takdir/rezeki seseorg tu boleh dpt kt pasar mlm ke?
ReplyDeletenice sharing
ReplyDeleteassalamualaikum
salam kenal
done follow
http://hidayuayumie.blogspot.com/
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.