Hari ini abam kie nak bagi cara-cara untuk menjadi kaya dengan menjadi scammer! Siapa yang tak nak kaya kan? Ayuh! Mari kita jadi  ‘scammer’:

1. Saya mempunyai modal tunai sebanyak RM100,000. Saya buka satu syarikat/skim yang ada tawar 3 pakej pelaburan kepada orang ramai: 

A. Gold - RM400
B. Platinium - RM4,000 
C. Diamond - RM40,000

2. Untuk early stage bukan mudah untuk menarik pelabur, stage pertama adalah strategy untuk menjadi 'trusted'. Pada permulaan ramai orang ragu-ragu dan takut ditipu tapi nak tahu. Kebanyakan orang ramai yang suka mencuba akan letakkan pakej yang paling minima iaitu Gold - RM400. Pakej Gold ini dijanjikan akan dibayar RM100 sebulan selama 3 bulan, dan pelaburan ini akan matang pada bulan ke-4, dan mereka mempunyai pilihan untuk mendapat RM800 (keuntungan) dan pakej akan segera ditamatkan. Contohnya 1000 orang masuk, total collection yang saya dapat adalah sebanyak RM400,000. Duit ini cukup digunakan untuk membayar habuan bulanan pelabur selama 4 bulan. Duit modal saya iaitu RM100,000 digunakan untuk membayar sebahagian kecil mereka yang stop pada bulan ke 4. Kalau 100 orang stop saya kena keluar RM800 x 100 = RM80,000. Tak kisah pun keluarkan sikit modal saya, janji saya dapatkan kepercayaan mereka. Tengok nanti bagaimana saya ‘makan' duit mereka balik.

3. Psikologi emosi dimainkan waktu ini dimana pelabur akan menjadi tamak sebab dengan hanya menunggu lagi 5 bulan mereka akan mendapat RM3600 disamping RM100 bulanan. Kebanyakan mereka tidak akan stop pada bulan ke 4 tersebut kerana mereka menanti habuan yang lebih lumayan di hadapan. Maka mereka mengambil pilihan teruskan habuan bulanan RM100.

4. Pada bulan keempat tersebut pelabur-pelabur sudah termakan 'trusted' dengan dana tersebut disamping sebahagian kecil yang stop dan dapat RM800 tersebut menjadi bukti kononnya skim itu adalah sangat-sangat 'trusted'.

5. Waktu ini kepercayaan terhadap skim ini akan menebal. Maka berbondong-bondonglah diajak keluarga, rakan pejabat, sahabat handai, orang kampung melabur bersama kerana taksub dengan keyakinan tersebut. Diajak joint venture, kumpul modal ramai-ramai dan melabur.

6. Make it short. Contoh 1000 orang tadi yang sangat yakin dan dipukau dengan 'Trusted Scheme' upgrade kepada pakej Diamond - RM40,000. Duit tu mungkin dari joint venture, kumpul duit orang, personal loan, jual harta, pinjam 'Along'. RM40,000 x 1000 = RM40,000,000.

7. Senangnya saya nak dapatkan RM40,000,000 (RM40 JUTA!) dengan hanya membayar nilai lakonan 'Trusted'. Bila dah dapat duit, masa ni saya dah boleh isytihar macam-macam kepada pelabur-pelabur saya. Paling senang kena rompak, kena tipu atau pecah amanah (tuduh jer sesiapa dalam syarikat dan jadikan kambing hitam). Dan saya tak mampu pulangkan modal pelaburan tersebut kepada pelabur pelabur. Untuk meredakan amarah pelabur saya, saya minta tempoh 6 bulan untuk selesaikan dan recovery, cukup 6 bulan Saya minta extent lagi 6 bulan. Lama-lama mereka putus harapan dan pasrah duit mereka telah hangus (di sini saya akan mainkan sentimen agama sikit seperti rezeki itu Allah yang tentukan). Mereka akan lupa hari demi hari. 

Jika anda rasa penulisan ini memberi kesedaran dan manfaat kepada anda, haruslah di “kongsikan” bersama orang lain agar ianya tersebar luas dan dapat manfaat bersama. Dipersilakan SHARE dan TAG RAKAN ANDA di ruangan komen di bawah. Moga Allah merahmati perjuangan kita. Sekian. Terima kasih.