Assalamualaikum kepada semua rakan blogger yang dihormati sekalian. Sukacita dimaklumkan bahawa Abam Kie bakal menganjurkan satu lagi giveaway sempena musim peperiksaan SPM yang bakal bermula pada 6 November 2017 nanti. Sehubungan dengan itu abam kie ingin mempelawa rakan2 blogger yg berminat lagi dermawan untuk menjadi penaja 'SPM Fever Giveaway by Abam Kie and Staff' yang bakal dilancarkan pada 6 Nov 2017 dan berakhir tiga minggu kemudian.

Syarat2 untuk menjadi penaja mudah sahaja:

1. Minima tajaan ialah RM20.

2. Anda boleh mengenakan maksima mana-mana 3 syarat berikut kepada bakal peserta:

a. 'Follow' blog.
b. 'Follow' Google Plus.
c. 'Like' FB Page.
d. 'Follow' Instagram.
e. Apa-apa syarat yang bersesuaian.

3. Maksima penaja yang dicari ialah 10 orang sahaja.

4. Jika anda berminat, sila hantarkan nama penuh, URL blog dan emel ke nombor HP Abam Kie iaitu 0129820100 pada atau sebelum 14 Oktober 2017 (Sabtu).

Semoga tawaran ini mendapat maklumbalas yang positif daripada rakan2 blogger yang dihormati sekalian. Ucapan jutaan terima kasih abam kie hulurkan. Semoga kerjasama dan persahabatan sesama blogger ini akan terus terjalin selama-lamanya. Aamiin...