Ada 10 sebab mengapa jika hukuman buang sekolah di'tiada'kan, ia akan membawa malang kpd sistem pendidikan negara ini.

1) Alasan "Apabila mereka dibuang sekolah, tiada sesiapa yang akan bertanggungjawab terhadap mereka selepas itu", yg dikemukakan oleh menteri berkenaan, cuba memindahkan semua tanggungjawab mendidik anak drp tanggungjawab ibubapa kpd guru2 di sekolah.

2) Undang2 dan peraturan2 sedia ada tidak memihak kpd guru jika konflik berlaku antara murid dan guru.

3) Tuntutan kurikulum dan kokurikulum yg semakin bertambah di sekolah tidak membolehkan guru2 menangani murid bermasalah secara berkesan.

4) Mengharapkan khidmat kaunselor di sekolah juga tidak menjanjikan perubahan.. kerana, sejak kaunselor diperkenalkan di sekolah serta bilangan mereka ditambah, masalah murid tak nampak berkurangan.

5) Hukuman buang sekolah adalah hukuman yg paling digeruni oleh murid dan ibubapa. Itu shj yg tinggal buat modal pengetua di sekolah! Jika ini ditiadakan, kata arwah P. Ramlee... "hah2, heh2, hih2, ,hoh2, huhu......".  Hancus!

6) Punca (roots) masalah murid ini bermula drp didikan ibubapa bapa di rumah sejak kecil lagi. Ia perlu ditangani di rumah.

7) Tugas guru masakini adalah rencam menyebabkan masa dan kemahiran mereka tidak berfokus.

8) Seorang guru mempunyai tanggungjawab terhadap sekurang2nya 30 org murid satu kelas. Jika guru tersebut diberi minima mengajar 5 kelas, bermaksud ada 150 murid yg perlu diperhatikan.

9) Masa di sekolah hanya 6 atau 7 jam, selebihnya masa di rumah, cubalah berfikir secara waras, mampukah jumlah masa tersebut mengubah keadaan?

10) Mulut memang sedap bercakap, apa lagi jika bercakap ikut sedap mulut! Tetapi yg menanggung bebannya tidak mampu lagi berkata2... Umpama kata pepatah moden, "Jika pandang tak nampak, ringan mulut bercakap, dijerit tidak didengari, bau busuk pun tidak dirasai, maka sedarlah, ada bahu yg terbeban, ada emosi yg terganggu, ada hati yg terluka, ada dosa yg tidak tertanggung! Hadoi!

Apa yg diharapkan ialah:

1) Perubahan sistem pendidikan mengutamakan akhlak diperingkat awal usia murid. Ajar adab sebelum ajar peradaban.

2) Ubah undang2/peraturan2 sedia ada yg memberi sokongan kpd kaum pendidik.

3) Hukum ibubapa yg mengabaikan akhlak anak masing2.....

PEACE!! ✌✌✌