Double bonus! Satu hadiah hari guru dan satu lagi hari lahir!

Assalamualaikum. Diam tak diam abam kie sudah mencecah usia 44 tahun pada 19 Mei 2017 lalu. Sekejap je masa berlalu! Rasanya baru semalam abam kie bersunat, kan? Hahaha... Mengaku sajalah diri tu dah tua. Rambut yang hitam pun sudah bertukar menjadi putih.

Seperti biasa Mei ialah bulan yang paling istimewa di dalam hidup abam kie kerana menyambut dua hari 'kebesaran' selang tiga hari iaitu Hari Guru dan Hari Lahir. Jadi lepas ni tak payah bagitahu la bila birthday abam kie. Pandai2 lah korang nak wish ke, nak bagi hadiah ke, nak ngorat abam kie ke? Betul tak?

Pada hari guru yang lepas abam kie adalah menerima sedikit hadiah daripada pelajar-pelajar. X banyak mana pun sebab tabiat budak2 sekolah menengah ni x suka bagi hadiah kepada guru2 mereka. Lainlah di sekolah rendah. Kadang2 anak2 tu menangis jika ibubapa x nak keluar shopping belikan hadiah buat guru2 mereka. 

Pada malam sambutan hari lahir abam kie yg ke 44 tempohari kami cuma makan KFC di rumah aje. Bukannya apa. Kalau keluar makan pasti perbelanjaan meningkat sikit. Pada mulanya nak gi makan chicken chop tapi restoran makanan barat tu tutup pada malam berkenaan. 

Semoga bila mencecah usia 44 ini abam kie akan berubah ke arah kebaikan, lebih rajin mengerjakan ibadah dan dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t. Aamiin.. 

17 Comments

  1. selamat hari jadi abam kie,moga sentiasa sihat dan dilindungi oleh Nya

    ReplyDelete
  2. selamat hari jadi abam kie

    ReplyDelete
  3. selamat hari jadi dan selamat hari guru abam kie..semoga diberkati Allah sentiasa

    ReplyDelete
  4. seronok dpt adiah.. pape pun epi bedey ye abe kie..

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Lahir Abam Kie
    Semoga Panjang Umur dan Dmurahkan Rezeki

    ReplyDelete
  6. Selamat ulangtahun kelahiran Cikgu AK...

    ReplyDelete
  7. Selamat hari lahir cikgu.
    44 tu masih muda lagi, perjalanan masih jauh.
    Semoga berjaya dalam kerjaya dan kehidupan.

    ReplyDelete
  8. selamat hari lahir dan hari guru Abam Kie. Wuuu... untung dapat hadiah.

    ReplyDelete
  9. semoga dipanjangkan usia ...
    dan sihat selalu ...
    happy teacher's day n happy besday.

    ReplyDelete
  10. Happy belated birthday Abam Kie... moga diberikan kesihatan tubuh badan, umur yang bermanfaat dan sentiasa dimurahkan rezeki... Amin...

    Anak-anak saya sekolah rendah memang wajib bagi hadiah kat cikgu masa hari guru. Kalau saya saja mengusik kata tak de hadiah hari guru, boleh merajuk depa!

    ReplyDelete
  11. Selamat Hari Lahir Abam Kie. Moga dalam lindungan Allah selalu

    ReplyDelete
  12. selamat hari jadi abam kie! semoga dimurahkan rezeki dan panjang umur ye :)

    ReplyDelete
  13. Happy bday Abam Kie...

    Thanks support GA saya...
    Nnt bg detail nama, alamat & no.fon utk post prize ye...tq

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.