Malam ni malam jumaat.
Malam yang penuh berkat.
Jangan hanya pikir hal syahwat.
Banyaklah baca selawat.

Malam ni malam jumaat.
Banyak sungguh perkara sunat.
Kutip lah ia dengan semangat.
Ngaji zikir tazkirah dan bertaubat.

Malam ni malam jumaat.
Alam dijadikan dengan rahmat.
Dunia  dihancurkan dengan kiamat.
Hendaklah kita selalu beringat.

Malam ni malam jumaat.
Tafakkur di sejadah baca munajat.
Mohon ampun segala khianat.
Masa berdosa selalu tak ingat.

Malam ni malam jumaat.
Alam kubur hendaklah diingat.
Di sana jarang orang yang selamat.
Kerana hidup dalam gelap gelemat.

Malam ni malam jumaat.
Baca selawat beroleh syafa'at.
Semuga hidup dapat berkat.
Dan mati pula dalam rahmat.

Malam ni malam jumaat.
Basahi mata dengan air yang hangat.
Menangis dan merintih dalam munajat.
Semuga segala dosa diangkat.

Wahai Allah yang bersifat kamalat.
Ampuni dosa hamba Mu ini yang jahat.
Terangi hatiku yang gelap gelemat.
Dengan kasih Mu berserta rahmat...

Sesekali utk berkongsi...satu kelainan..

*peringatan buat diri sendiri*...


2 Comments

  1. Malam ini malam Jumaat
    Luas peluang untuk ummat
    Sentiasalah cari kehidupan yang berkat
    Moga lancar di titian sirat

    Terima kasih peringatan dan perkongsian ya Cikgu AK.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.